Thursday, July 7, 2011

~Batuk & muntah~

Petang semalam balik amik kakak aireen kat umah tok abah terkejut bila nampak aisya pun ada sama.Biasanya aisya kat umah Putrajaya ngan cik til.Nenek bagitau aisya batuk-batuk dan muntah-muntah.Ehmm..kenapa ni nak?Ibu lihat aisya tidak secergas biasa.'Lemau' jer dia petang semalam. Tak nak main-main ngan kakak seperti selalu sebaliknya hanya duduk kat tepi dinding - diam sorang-sorang.Bila ibu panggil pun dia diam menghadap ke dinding.Ibu g kat dia, angkat dan riba.Rasa badan dan dahi, xpanas.Balik rumah, ibu bawak aisya naik kete ibu.Cik til bawak kakak aireen naik kete dia.Sampai kat umah pun aisya xselincah biasa.
Malam ~ aisya tidur awal.Mungkin sebab badan xberapa nak sihat.Dalam kul 9++ dia batuk-batuk pastu muntah.Start dari itu, dia merengek, menangis, muntah, muntah dan muntah.Dari atas katil dia, ke ruang rehat depan tv, kemudian atas katil ibu semuanya habis kena muntah dia.Baju dah 3,4 kali bertukar.Akhirnya ibu hampar toto besar dan kami berkampung kat ruang tamu.Bila ibu suakan air suam suruh dia minum dia palingkan muka dia sambil geleng-geleng kepala.Nak tak nak ibu guna shringe untuk bagi air suam tuh tapi still secara 'paksa' supaya lega sikit tekak dia yang mungkin perit sebab muntah.Minyak TYT ibu sapukan ke dada, leher dan belakang badannya.Aisya kalau xsihat memang xnak diletak.Dia nak tidur atas lengan atau bahu ibu sambil berdodoi.Walaupun nampak dia dah lena tapi sebaik jer badan mencecah ke tilam, dia pasti akan jaga dan sambung menangis.Aduhaiii..letih memang letih tapi ibu turutkan juga supaya dia xmenangis dan kembali muntah.Babah balik dalam kul 12 (babah ot), babah tengok ibu dah xlarat nak dukung aisya (lenguh tangan + sakit pinggang) akhirnya babah lak yang ambik shift dukung aisya.Oh ya..sebelum tu ibu dah bagi 2 kali inhaler puff oren dan biru pada aisya untuk legakan batuk dia.Ntah jam berapa ibu terlelap bila lihat aisya dah betul2 lena atas bahu babah.Sedar2 5.30pagi tadi, terkejut tengok aisya tidur dalam buai betul2 kat bawah kaki ibu.Tak pernah-pernah dia tidur malam berbuai.Ishh..ajaran bahaya nih.Mesti babah yang letakkan dalam buai nih.Ibu angkat letak atas tilam, kemudian buatkan dia susu.Masa sedang bersiap nak ke opis tadi terdengar pintu bilik ditolak dan terjengul muka budak tecik tu bersama batuk-batuknya.Ibu dukung dan peluk dia sekejap, cium dan bagitahu dia ibu nak g kerja sebelum ibu hantar aisya ke bilik cik til (biasanya kalau masuk bilik cik til..aisya akan sambung tidur.Harapnya begitulah).
Baru 5 minit lepas ibu call cik til tanya keadaan aisya.Alhamdulillah, menurut cik til aisya ok cuma batuknya jer masih tak hilang.Harapnya tak berlarutanlah batuk dan muntahnya tu.Bimbang andai ada infection pada paru-paru apatah lagi jantungnya.Semoga semuanya baik-baik sahaja.

5 comments:

zura_habibhaariz said...

siannya si comel nie..hrp2 cpt sembuh

Fysa Ismail said...

anak umi yg sorg ni pun demam jugak ye...sian die...cpt sembuh2 ye aisya...

mama akid said...

akid pun batuk ngn selsema...musim agaknya...lemau jer lah..moga cepat sembuh yer aisya

Noina said...

Alahai aisya..tak sihat ke?huhu..jaga kesihatan yek..Hurm..sekarang ni cuaca pun tak berapa nak baik sgt... :( Moga aisya lekas2 sembuh..

Anonymous said...

Terharu dan menitis juga airmata saya membaca coretan puan. Saya doakan semoga anak2 puan sihat dan puan tabah serta cekalkan hati...Apapun yang berlaku...sentiasa ingat pada Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga keluarga puan beroleh rahmat dan perlindungan daripada-Nya. Sampaikan salam pada baby Aisya...