Tuesday, July 5, 2011

Dah berjumpa yang sesuai TAPI...

Dah lama rasanya blog ni bersarang.Ke'busy'an yang melanda dan kepenatan yang mencengkam beberapa hari ini membuatkan mood untuk menulis tiada walaupun banyak idea/perkara yang nak dikongsi bersama.Oh yaa..andai ada yang risaukan keadaan aisya sebab saya lama xupdate tentang dia, jangan bimbang. Aisya baik-baik sahaja dan dia sekarang ligat dengan cara dia tersendiri.Hehehe... ;P
Terus pada perkara yang ingin sangat saya kongsikan dan saya rasa ianya penting serta berguna untuk ibubapa yang juga mungkin mengalami masalah yang sama seperti saya.Sejak dari bulan lepas, (selepas saya mengikuti Support Group Family di Hospital Serdang) saya telah mencari banyak info tentang terapi/kelas/sekolah khas pendengaran dan pertuturan.Dan antara yang terbaik saya temui adalah sebuah PDK yang dikenali dengan nama PDK Kiu yang terletak di Kg.Pandan, KL.
'Program PDK KIU khas untuk golongan cacat pendengaran berumur seawal 3 tahun.PDK KIU menitik beratkan pembelajaran pelatih mengikut kaedah KIU sebagai kaedah komunikasi.Kaedah kiu pula menggunakan kaedah pergerakkan tangan dan bertutur berpandukan kedudukan huruf-huruf Vowel, kaedah ini sangat berkesan kerana tidak semua kanak-kanak ini mengalami tahap pendengaran yang teruk dan mereka menggunakan alat bantuan pendengaran atau membuat Coclear Implan, kebanyakkan kanak-kanak yang belajar di PDK KIU boleh bertutur dan KIU sesama mereka, guru-guru serta ibubapa dan mereka juga berjaya meneruskan pelajaran menengah mereka di sekolah menengah biasa seperti budak-budak normal yang lain.'
Saya juga telah menyaksikan sendiri beberapa orang pelajar PDK Kiu yang berupaya bertutur walaupun mungkin sedikit berbeza dari yang normal malah mereka boleh menyanyi, bernasyid, membaca dan yang paling syahdu adalah mereka mampu mengaji dengan baik.Apa lagi yang seorang ibu inginkan dari seorang anak yang dikandungnya melainkan boleh membacakan ayat-ayat suci al-Quran dan mendoakannya  ketika dia tiada nanti?
Antara aktiviti yang ada di PDK ini adalah :
-Horse Riding
(MAFEC.TUDM Sg Besi) seminggu sekali, 9am-12pm setiap Khamis.
-MOTOR ACTION TRAINING.
(Taman Sinar Harapan,Seremban)Seminggu sekali, setiap Rabu.
-PDK Sport Day
-Lawatan
-Graduation Day dan macam-macam lagi.
Pada saya, sekolah ini sangat baik untuk aisya namun saya masih memikirkan siapa yang patut saya 'upah' untuk menjaganya di sana kerana jadual kelasnya adalah setiap hari (Isnin - Jumaat) bermula jam 8pagi sehingga 12.30tengahari.Setelah berbincang dengan pihak pengurusan, adalah disarankan agar aisya bersama dengan penjaga semasa di sekolah kerana di sana hanya belajar bukan mengasuh.Saya pula xmampu untuk berada di sampingnya sepanjang kelas akibat tuntutan tugas lain.Saya terfikir untuk mengambil cuti tanpa gaji 6 bulan @ 1 tahun semata-mata supaya saya boleh mengikuti setiap perkembangan dan pembelajaran aisya namun setelah berbincang dengan mereka yang terdekat dan memikirkan secara mendalam rasanya saya masih belum cukup mampu berbuat demikian atas alasan kedudukan kewangan keluarga.Mungkin ada yang akan mengatakan ianya hanya satu alasan 'ala...hendak seribu daya, xnak seribu dalih'.Iyer benar, saya akui...saya boleh sahaja mengorbankan kerjaya saya tetapi bagaimana saya dapat menghantar aisya ke sana-sini bersekolah, berterapi, menjalani rawatan itu ini, mencari supplement yang terbaik dan sebagainya sekiranya saya TIADA wang?Sungguh saya bingung.Saya ralat jika tidak dapat menghantarnya ke sekolah dalam usianya yang masih muda ini supaya dia boleh lebih berkembang.Dan yang penting saya mahu aisya belajar bertutur.Saya yakin aisya boleh melakukannya jika selalu diasah.Sayangnya masa yang diperuntukkan di rumah untuk saya melatihnya sungguh terhad.Jadi mungkin dengan menghantarnya belajar di sekolah PDK Kiu ini adalah yang terbaik.Saya sedang mencari sesiapa yang berminat untuk menjaga aisya (separuh hari sahaja) di sekolah dengan syarat dia seorang yang penyayang dan betul-betul boleh diharap (bancuh susu, tukar pampers dll keperluan semasa di sekolah).Aisya seorang anak kecil yang tersangat baik...mudah sekali menjaganya :)
Atau ada kengkawan yang mempunyai idea @ pendapat untuk berkongsi dengan saya?Saya sangat mengalu-alukannya dan terima kasih.
 

5 comments:

mama akid said...

saya puntak ada idea nk dikongsikan bersama ibu aisya...cuma saya harap ibu aisya dapat buat keputusan yang paling bijak demi masa depan aisya...ape2 pun dari ibu aisya say sokong sepenuhnya...

Mama3Q said...

mungkin adik beradik ibu atau ayah aisya, (kalau ada..)paling sesuai tolong jaga...kalau amik bibik susah juga, sbb nak guna separuh hari shj

Fysa Ismail said...

waa aisya nak sekolah dah ye..be good girl ye dear..
kak yu moga allah permudahkan segala urusan ye....sha tau kak yu boleh buat keputusan yg terbaik..

produk ococ said...

yuran pdk 30rm sebulan kan? apa kata ayu up skit, bincang dgn pdk for d extra work to do with aisya..just opinion la..

Tika said...

Perkara yg sama ketika saya mencari sekolah Aimy. Dah dapat PDK, agak jauh dan susah pula nak ditemani hari-hari. Saya bekerja, kalau tak kerja bagaimana pula nak menanggung segalanya. Sudahnya tergantung begitu saja.

Teruskan usaha mencari pusat latihan yang lain yang mungkin lebih dekat sesambil fikirkan jalan penyelesaian utk PDK tersebut.

Moga dipermudahkan segalanya... insyaAllah..