Friday, August 17, 2012

Hari Kemenangan...

Beberapa hari sahaja lagi semua umat Islam akan meraikan hari kemenangan 'Aidilfitri' setelah berjaya melalui nikmat dan ujian sebulan berpuasa.Terus terang saya sendiri masih belum puas untuk meninggalkan Ramadhan.Terasa seperti baru semalam menyambut Ramadhan.Kini, tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita ;(
Persiapan raya?Entah kenapa mood untuk persiapan raya langsung tiada.Tiada tempahan biskut raya yang bermacam jenis seperti tahun sebelumnya, tiada pertukaran langsir dan barangan rumah seperti selalu malah baju raya saya sendiri cukuplah 2 pasang ( itu pun sepasang tambahan last minute setelah babah suruh beli. Kalau tidak hanya sepasang sahajalah baju raya untuk dipakai pada hari pertama raya.)Yang saya utamakan adalah persiapan anak-anak kerana merekalah yang teruja untuk beraya.Masing-masing 2 pasang baju kurung,4 -5 helai t-shirt, 2 helai jeans, 2 pasang gaun dan 2 pasang kasut baru.Asal keluar jer, yang berkenan di mata adalah pakaian kanak-kanak :)
Tahun ni, turn kami beraya di Johor iaitu kampung belah babah.Yang membuatkan saya syahdu tahun ni kami beraya tanpa abah mertua yakni orang yang sangat rapat dengan saya.5 bulan pemergiannya, hati ini masih lagi sebak setiapkali balik ke kampung.Selalunya waktu2 begini dialah yang paling sibuk ke hulu ke hilir membuat persiapan.Dan, dialah yang rajin menemani saya keluar mencari barang keperluan juga yang melayan saya bersembang sambil memasak di dapur.Aduh...rindunya saya pada arwah.Semoga arwah tenang dan berbahagia di sana.
Di kesempatan ini, saya memgambil kesempatan menyusun 10 jari memohon kemaafan andai ada tulisan saya yang mengguris rasa tanpa saya sedar.Maafkan saya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga.Hati- hati membawa kenderaan pulang beraya ke kampung.Jangan main mercun.Jaga kesihatan.Semoga kedatangan Syawal nan mulia membawa keceriaan dan kebahagian pada semua.

Wednesday, July 25, 2012

Terima kasih semua ;)


Terima kasih pada yang selalu bertanya khabar, yang sering menitipkan kata sokongan serta yang xpernah putus mendoakan anak ini walaupun blog ini dah lama sepi.

Monday, July 23, 2012

Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum w.b.t,
Rasanya masih xterlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa pada semua umat Islam khasnya kepada yang sudi membaca blog aisya yang semakin hari semakin suram ini.Alhamdulillah, kerana masih lagi diberi peluang untuk merasai nikmatnya berpuasa serta mencari berberkatanNYA.Di sini saya memohon ampun dan maaf andai ada coretan dan tulisan yang mungkin menyakiti tanpa saya sedar.Semoga kita sama-sama mendapat maghfirah dariNYA berkat bulan nan mulia ini.

Oh ya..tak lengkap rasanya coretan saya andai xbercerita sedikit tentang 'sang puteri kecil' saya itu.

Alhamdulillah, syukur padaNYA di atas anugerah yang tak ternilai ini.Syukur kerana kami masih lagi bersama.Dia semakin berkembang mengikut fasanya yang tersendiri.Akalnya semakin panjang.Ada sahaja perbuatannya yang mencuit hati.Keletahnya buat kami ketawa senang.Ada masa tantrumnya datang juga.Jangan tak tahu...anak ini kecil-kecil, cili api.Sungguhpun kecil, kalau datang tantrumnya tu boleh bikin ibu pening juga tau.Satu yang ibu geram, dia dah pandai mengamuk...pastu siap baring atas lantai ;( Merajuk boleh tahan.Kalau dia xnak janganlah kita paksa sebab dia akan silang tangan kat badan pastu muka berpaling kat lain.Memang dia xakan buat.Kalau nak sesuatu pulak, sampai dapat dia akan mintak gak benda tuh.xdapat, nangis.Tapi bila diutarakan pada therapist kata mereka itu satu perkembangan, sebab dia dah pandai tunjukkan emosi dia cuma ibu perlu pandai kontrol agar ianya xmenjadi habit.Bertutur rasanya masih jauh lagi perjalanan itu.Satu yang ibu perhatikan aisya jenis yang 'cepat tangkap'.Bak kata org 'pick up'.Nak ajar dia sesuatu xperlu ulang banyak kali.Alhamdulillah..

Oh ya..kami dalam perancangan cuba mendapatkan bantuan untuk koklear implannya.Sekarang dalam proses berbincang + ujian saringan dengan panel koklear implan.Ujian pertama (tanpa semakan rekod perubatan) panel penilai mengatakan dia layak.Semoga ada harapan untuk anak kecil  itu ke arah yang  lebih baik.Insyaallah..berkat bulan Ramadhan nan mulia ini.Amin.

Disebalik kegembiraan dan senyum tawanya, ada masa kesakitan itu datang juga mencuit.Namun anak kecil ini tetap berjuang melawan kesakitan itu.Dua minggu bertarung dengan kesakitan batuk dan muntah yang berterusan, kini dia semakin pulih walaupun sisa-sisa batuk muntah itu sesekali masih datang berkunjung.Nafas pun adakala laju sangat.Malam tadi masih lagi muntah semasa tidur.Badan pun dah sedikit susut.Bila ke klinik, jawapan yang diberi adalah tekak bengkak.Semoga kesakitan itu lekas pergi ye sayang.

'Jom terawih aunty2 semua' - Salam Ramadhan dari aisya sekeluarga ;)

Tuesday, April 17, 2012

Rindunya pada dunia blogging

Lama sungguh xmenaip di blog kesayangan nih. Rindu! Rindu sangat nak meluahkan rasa di sini. Rindu juga untuk menyimpan segala kenangan perkembangan puterihati tercinta (dah kata blog ni blog dia.hihi) hampir 5 bulan menyepi. Nak masuk 1/2 tahun pun. Nasib baik ingat lagi passwordnya. hihi. Bukan sebab xde masa...kerna masa tu masih ada walaupun kadang2 terkejar2 dengan segala macam urusan yang ada. Baik urusan anak-anak, urusan rumahtangga dan urusan kerja yang pastinya xakan pernah habis. Bukan juga merajuk.Kerana xada apa pun yang perlu dirajukkan ;) Cuma mood untuk berblogging tu ntah ke mana. Setiap kali cuba untuk menaip cerita yang berlaku, setiap kali itu jugalah cerita2 tu semua masuk ke draft. Sudahnya..terbiar sepi tanpa dipublish. Namun walaupun blog ini bersarang lama namun blog rakan2 tetap saya jenguk seperti biasa. Sekadar untuk mengetahui perkembangan terkini mereka.
Banyak yang berlaku sepanjang menyepikan diri. Suka duka kehidupan yang pastinya menjanjikan suatu kenangan yang xakan dilupakan sampai bila2. Nanti, kalau ada peluang akan saya coretkan di sini sebagai kenangan hidup.
Tentang aisya??oh ya..anak itu sekarang semakin aktif. Dia berkembang mengikut fasanya yang tersendiri yang kini berumur 3 tahun. Dia kini semakin tinggi, sedikit berisi berbanding dulu (berat 8kg++), gigi dah banyak, rambut dah panjang walaupun nipis dan xtakut orang (suka sangat bersalam xkira sapa). Walaupun mungkin xsama seperti anak lain namun dia sepertinya dia, sudah cukup membuatkan kami bahagia. Ada masa datang juga sakit demamnya, batuk dan selsemanya namun tidaklah sekerap dulu. Syukur sangat2 di atas anugerah dariNYA ini. Anak itu sekarang semakin cerdik, ligat dan kuat merajuk okey. Gelagatnya sering sahaja membuat kami tersenyum sendiri.  
Appoinment rawatan dan terapi di hospital masih tetap berjalan seperti biasa. Cuma mungkin sedikit jarak temujanjinya berbanding dulu yang agak kerap.(kalau dulu 2x sebulan, sekarang hanya sekali sebulan).Sehingga kini ibu masih lagi mencari alternatif dan kaedah untuk rawatan pendengaran dan pertuturannya. Mungkin aisya akan di hantar ke sekolah yang bersesuaian dengannya untuk merangsangnya berkomunikasi.
Satu yang masih membuatkan hati seorang ibu ini terkilan adalah kerana secara jujurnya saya kini mempunyai masalah masa untuk sering melakukan aktivi terapi bersamanya di rumah. Sangat-sangat sedih sebenarnya bila membaca dan melihat ibu2 lain semakin bersemangat dan ligat menyusun atur segala macam rawatan dan terapi buat permata hati mereka namun saya sering sahaja terlepas peluang untuk melakukan semua itu gara2 xcukup masa dek kesibukan saya yang mengalahkan Perdana Menteri. Sungguh saya kesal ;( Semoga saya akan dapat kembali moment dahulu (yang kerap berada di rumah melakukan terapi dan bermain bersamanya).
Pengubat rindu semua ;)

Wednesday, October 5, 2011

Kawan ketawa senang di cari...kawan menangis??

Tengok tajuk cam gempak jer kan?hahaha..tapi itulah kenyataannya.
Apa-apapun saya just nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas perhatian dan sokongan yang diberikan oleh kawan-kawan semua.Serius....xsangka + sedih + terharu + happy sangat sebab saya ada raaaaaa....mai kawan yang sentiasa ada xkira semasa susah dan senang.Kata-kata semangat dan sokongan dari kalian semua sedikit sebanyak menjadi penguat dalam diri saya.
Oh ya..berkaitan entry sebelum ni, saya terima banyak msg/email yang memberi sokongan dan juga beberapa nasihat.Seperti kenyataan dalam entry tersebut 'saya menulis untuk berkongsi dan juga sebagai kenangan masa depan' jauh sekali untuk meraih simpati.Terima kasih.Insyaallah, rasanya tiada apa yang membimbangkan tentangnya (berdasarkan beberapa kenyataan dari yang berpengalaman dalam bidang perubatan dan juga research yang saya buat sendiri).Semalam saya dah pun ke Klinik Pembedahan, Hospital Putrajaya namun saya perlu membuat temujanji berikutnya.Terima kasih atas doa yang dikirimkan ;)
Saya sayang korang semua.
'A friends is someone who knows
the song in your heart
and can sing it
back to you when
you have forgotten the words'.

Monday, October 3, 2011

~DIA lebih tahu~

Mulanya mahu dirahsiakan sahaja kisah ini.Namun saya risau + sedikit takut.Mungkin meluahkan pada blog sedikit sebanyak boleh meredakan jiwa kacau ini selain dijadikan rujukan atau kenangan di masa hadapan.Mungkin juga kengkawan yang pernah mengalami atau mempunyai info tentangnya (terutamanya yang pakar dalam bidang perubatan), dapat berkongsi dengan saya ye.
Sebenarnya, saya dah sedar dari sebelum Ramadhan lagi kewujudannya.Suatu hari, semasa mandi saya terasa seperti ada ketulan di breast.xbesar mana tapi ianya berbonjol dan ianya bergerak-gerak bila ditekan.Saya risau namun hanya berdiam.Sesekali saya search tentangnya di internet namun saya masih tidak pasti apakah ia.Oh ya..beberapa hari sebelum puasa, saya ada ke LPPKN membuat pemeriksaan namun menurut mereka tiada apa-apa.Saya disuruh membuat SADARI (pemeriksaan payudara sendiri) iaitu selepas 10 hari period.Keadaan berlarutan sehingga di pertengahan Ramadhan, apabila saya kerap terasa breast seperti berdenyut-denyut.Waktu itulah saya ceritakan pada babah tentangnya, juga pada cik til, seorang dua yang rapat dan pada tok abah.Mereka beria-ia menyuruh saya ke klinik tapi ketika itu keghairahan sambutan hari raya sedang berlangsung dan saya takut.huhuhu..saya berjanji yang saya akan ke klinik selepas hari raya.Demi janji dan penjelasan lanjut tentangnya, saya ke klinik 4 hari lepas (lama kan saya bina kekuatan nak berhadapan dengan doktor?saya sendiri takut g spital sbnrnya.huhuhu)Setelah menjalani scan breast, disoal macam2 pertanyaan....saya diberitahu kemungkinan saya mempunyai 'fibroadenoma' bukan seketul malah ada 3 ketulan di breast kanan.Saya terima referrel letter untuk ke surgeon.Setiap hari saya search tentang penyakit ini.Harapnya tiada yang membimbangkan sangat.Doakan untuk saya ye kawan2.
Result scan saya
Sejarah keluarga saya memang ada penyakit barah.Mak kandung dan nenek saya juga meninggal disebabkan penyakit tersebut-barah perut.

Friday, September 30, 2011

'Cik til nak keje lain'

'Adik ingat nak cari kerjalah'.Itulah ayat cik til pada saya beberapa hari lepas.Terkejut??tak jugak (namun tergamam gak ar sekejap).Saya tak marah jauh sekali untuk berjauh hati.Malah sekarang, saya yang sibuk mencarikannya pekerjaan yang sesuai dengan kelayakkan dan kebolehannya.Dulu, saya berjanji padanya..merayu memohon agar dia tolong saya menjagakan aisya sehingga aisya sihat.Sekarang setelah aisya semakin sihat dan aktif, dia mula memikirkan kerjaya yang lebih baik.Mungkin juga bosan barangkali setiap hari menjalani rutin yang sama di rumah.Berkawan hanya dengan anak-anak kecil.Biarlah, lagipun dia masih muda.Banyak lagi pengalaman dan ilmu yang perlu dia kutip.Kadang-kadang kesian juga padanya.Sebenarnya saya patut sudah bersedia dari awal lagi.2 tahun cik til sanggup berkorban (berhenti kerja) untuk menjaga aisya..kerna saya lebih percayakannya daripada menghantar aisya ke rumah pengasuh.2 tahun cik til bersama kami di rumah itu.2 tahun juga banyak jasanya pada aisya.Sangat banyak dan tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit yang kami bayar padanya setiap bulan.Lepas ni...xtaulah bagaimana pula situasinya setelah cik til benar-benar tiada di situ lagi.Bukan sekarang, mungkin sehingga hujung tahun ini.Tentang aisya..mungkin saya perlu menghantarnya ke sekolah/taska/nurseri?bermakna saya perlu mencari sekolah yang terdekat dengan office yang juga mahu menerima anak istimewa ini.Atau ke rumah pengasuh?saya perlu pastikan yang dia betul-betul seorang yang penyayang dan bertanggungjawab, juga sanggup melayan segala karenah aisya yang bermacam ragam sekarang.Melihat dan mendengar pelbagai cerita berkenaan pengasuh sekarang benar-benar menakutkan saya.Atau mengupah bibik di rumah?rasanya xmahu privasi kami terganggu dengan hadirnya orang luar (yang tidak kami kenal hati budinya) bersama kami lebih-lebih lagi pada waktu cuti.Mesti susah kan?kemana-mana perlu membawa mereka sekali.Atau jalan paling selamat hantar saja ke rumah tok abah?Tapi kasihan pula, nenek sekarang dalam keadaan uzur (selalu sahaja tidak sihat), aisya pulak dah banyak ragamnya.Itu tidak pula termasuk peel sikakak tapi saya yakin tok abah pasti tidak akan membantah.Hurmm.. kami masih lagi belum menemui jalannya.Biar sahaja masa menentukan.(dah hujung-hujung nanti, pasni ada penyelesaiannya-malas nak serabut-serabut pikir.huhuhu)Apa pandangan kalian???
2 beradik yang semakin bijak dan banyak ragamnya
Pasni...sapa lak yang nak memanjakan kamu berdua nih??
* Yang paling merisaukan adalah si aisya tuh.Dapat ke dia menyesuaikan diri dengan orang lain?2 tahun setengah umurnya, dia xpernah tinggal dengan orang lain selain saya ibunya dan cik til.Alangkan saya tinggalkan dia sekejap jer tanpa cik til kat rumah tok abah g kedai dia boleh menangis sampai muntah-muntah dan kejang-kejang kaki.Inikan pula seharian di rumah oarng yang langsung dia xpernah kenal.Aduhaiii..

Thursday, September 22, 2011

Pabila dikelilingi dengan nilai kasih sayang

Lihatlah telatahnya....tersenyum saya sendirian melihat telatahnya mendodoikan anak patung kesayangannya itu.So sweet.Lagaknya persis seorang ibu yang sedang mendodoikan anak kecil.Alhamdulillah, walaupun masih kecil namun dalam dirinya sudah wujud nilai kasih sayang.Itulah yang saya ingin terapkan untuk kedua-dua anak saya.Saling menyayangi tak kira tua, muda.Nampaknya apa yang saya ajarkan dan praktikkan pada mereka selama ini telahpun menunjukkan hasil.Apakah itu petanda yang ibu dah xperlu risau untuk memberinya adik??hahaha...*sila tutup mulut*
Muah..muah..muah untuk aisya comel ibu nih.

Wednesday, September 21, 2011

Kisah sehari di hospital

13 September 2011 - Satu hari kami di hospital memenuhi tuntutan temujanji demi temujanji yang telah diaturkan untuk aisya.Untuk tarikh ini ada 4 temujanji yang perlu dipenuhi iaitu temujanji pakar kanak-kanak, temujanji terapi carakerja (Occt), temujanji speech teraphy dan yang terakhir temujanji dengan pakar audio (ENT).Membaca setiap satu temujanji ini di buku kuning temujanjinya yang pastinya dibuat di hospital (sudah sangat maklum keadaan tempatnya) pasti ada yang mengeluh.Penat?Pada saya anak kecil saya yang kuat ini tidak pernah mengeluh, jauh sekali untuk mengadu letih atau bosan kerana semua itu adalah rutinnya setiap bulan malah ada juga yang dibuat 2 kali sebulan.'Alah bisa tegal biasa' kata orang ;) Itulah semangat yang saya kagum ada padanya sejak dari dia kecil lagi.Seorang pejuang kecil yang tak pernah putus asa.
Untuk temujanji kali ini ulasan yang kami terima dari pakar kanak-kanak (Mrs. Raja) adalah:
a)    Pertumbuhan perkembangan fizikal aisya memuaskan - semuanya meningkat (berat naik sikit dari 3 bulan lepas iaitu 8.1kg (2 tahun 1/2), ukuran lilit kepala 45cm dan tinggi 79.5cm) Seperti biasa, doktor masih menekankan berkenaan berat badan.
b)    Apabila diutarakan tentang masalah aisya yang sering muntah selepas makan/minum, pakar mengatakan kemungkinan besar adalah kerana tekaknya tidak boleh menerima makanan/geli dan saya disarankan 'memaksa' anak saya makan sedikit demi sedikit dengan memberi makanan yang berkalori tinggi seperti cheese, french fries, ayam goreng dan sebagainya.
c)   Berkenaan dengan gigi aisya yang lambat/xkeluar2 dah selepas 11 batang yang sudah ada tuh, pakar mengatakan tidak perlu risau.
d)    Murmur/desiran di jantung yang masih berbunyi kuat.Pakar hanya bertanyakan bila temujanji berikutnya di IJN dan merekod sesuatu di skrin komputer.
Beberapa soalan ditanyakan kepada saya tentang aisya.Dah pandai apa?Selalunya kat rumah dia diam je ker?Dia kawan ngan sapa kat rumah?Minum susu apa?Keseluruhan adalah memuaskan.Aisya nampak aktif dan sihat katanya ;) Alhamdulillah.Epilim perlu diteruskan.Begitu juga multivitamin dan beberapa ubat lainnya.
Untuk Terapi carakerja, kami disambut oleh 2 pelatih lelaki yang sangat mesra.aisya dibuai di atas gegelung buaian (untuk melihat tahap keseimbangannya-teroleng-oleng dia cuba menahan badan daripada jatuh), duduk atas bola besar, melompat atas trampolin (aisya masih xpandai lagi nak melompat betul-betul, just goyang bontot jer), membuat balingan (tangan kanan xkuat), bermain dengan beberapa alat permainan bewarna bagi meningkatkan tahap penggunaan mata dan tangan, masuk kolam bola (masih lagi menangis ketakutan), diberi beberapa arahan mudah dan bebearapa latihan lain.Keseluruhannya juga dikatakan agak memuaskan walaupun masih delay.
Bagi speech teraphy pula, xbanyak perubahan yang dikesan pada aisya.Aisya berada pada tahap lingkungan bayi 6 bulan -babling.Masih lagi saya di ajar beberapa teknik braingym untuk dipraktikkan pada aisya.Dan masalah badannya yang nampak 'lembik/lesu' di tegur oleh terapist.Menurutnya aisya nampak 'slow motion' dalam ertikata lain lemah jer perlakuannya.Pada saya mungkin sebab penat seharian di hospital.
Dan temujanji terakhir jam 3.30 petang pada hari itu adalah berjumpa dengan pakar audiologi.Alat bantu dengar aisya diperiksa.Mould mungkin perlu ditukar baru sebab dah longgar.Yang lainnya berada dalam keadaan baik.Audiologi masih bertanyakan pada saya tentang 'kemungkinan untuk melakukan koklear implan' namun tiada jawapan yang dapat saya berikan untuk itu.Menurutnya aisya perlu menjalani satu ujian pendengaran pada bulan 12 nanti.Diharapkan segalanya bakal berjalan dengan baik dan segala urusan dipermudahkan olehNYA.

Busy...sakit...dan kematian

Really miss my blog.fuhh...fuhh sambil sapu sawang2 yang dah melekat ;P
Lamanya xmenjenguk blog sendiri apatah lagi blog kengkawan lain (kalo adapun..sempat curi-curi masa tengok/baca guna hp jer.Itupun hanya blog tertentu)Macam manalah nak jadi blogger tegar nih?Banyak cerita untuk dikongsi sepanjang proses 'bertapa'.Mungkin saya akan update sedikit demi sedikit sebagai kenangan walaupun ceritanya dah basi ;) Seperti biasa...alasan berdiam diri mesti nak cakap BUSY!(confirm ramai yang akan geleng kepala punya)Huh, orang lain pun busy gak kan?Kesibukan kerja memang tak akan pernah habis kalau diikutkan sangat.Tapi serius start dari Ramadhan membawa sehingga ke minggu lepas memang saya terlalu amat busy.Keluar rumah seawal jam 6.20 pagi, adakala sampai rumah jam 9.30++malam.Bayangkan kepenatannya.Ini semua gara-gara kerana menjadi 'orang kuat' sempena Hari Inovasi Jabatan.Dah habis pun majlisnya 15hb lepas, barulah boleh bernafas lega.Selagi xsettle majlis...selagi tu rasa diri ini sentiasa dihambat masa.Terkejar-kejar rasanya.Semua benda nak dibuat, nak dicapai, nak ditengok dan macam-macam lagilah ;p Itu baru masuk bab kerja pejabat, belum lagi kerja-kerja rumah yang memang wajib perlu dilaksanakan setiap hari. (Time ni baru terpikir alangkah bestnya kalau ada bibik kat umah.*wink...wink..wink* berangan saja okeh)
Bercerita bab aisya.....anak kecil itu agak tidak sihat kebelakangan ini.Batuk-batuk dan muntah-muntah yang berterusan.(nanti saya update apa kata paeds tentang masalah muntahnya itu di entry lain)Bermula dari awal raya, dia kerap muntah xkiralah sama ada apabila makan atau menyusu namun dia masih nampak aktif sehinggalah Jumaat lepas (cuti Hari Malaysia), ketika itu kami ke Kelang.Sepanjang perjalanan kami balik dari Kelang ke Putrajaya dia muntah berterusan.Keadaan sangat membimbangkan kerana bibirnya juga berubah menjadi biru dan nafasnya sangat tidak lancar.Suhu badan pun panas.Babah terus melencong terus ke Pusat Rawatan Pakar An-Nur.Kami diberi keutamaan untuk masuk ke bilik doktor.Ketika itu dia dah longlai (ntahkan penat kerana asyik muntah atau nak tidur).Setelah diperiksa dan sebagainya...suhu badannya naik ke 38.5c (demam), ubat bontot dimasukkan sebanyak 2 biji dan aisya di'rehatkan' di bilik pemerhatian sementara di Pusat Rawatan itu.Dia asyik merengek dan xmahu baring di katil yang disediakan melainkan atas lengan saya.Alhamdulillah..dalam setengah jam kemudian, keadaannya bertambah baik dari sebelumnya dan setelah diperiksa sekali lagi, kami dibenarkan pulang MELAINKAN sekiranya jadi lagi seperti tadi, kami perlu terus ke Bahagian Emergency.Sabtu dan Ahad kami dikuarantinkan dari keluar berjalan.Hanya duduk berehat dan bermalasan di rumah.Lagipun keadaan aisya nampak lemah.
Petang Ahad (18 Sept)- kami diuji pula dengan berita perkhabaran kematian salah seorang pakcik saudara saya kerana penyakit ‘Aspiration Pnemonia’(yang tertulis di dalam surat kematiannya).Petang itu juga kami berangkat pulang ke kg di Kuala Terengganu membawa bersama tok abah dan nenek.Segala macam ubatan aisya saya bawa sebagai persediaan sepanjang perjalanan yang jauh itu.Alhamdulillah…keadaannya baik-baik sahaja, tidur sepanjang perjalanan.Mabuk ubat barangkali.(buat masa ini aisya perlu makan 7 jenis ubat 2x sehari) Dan semalam keadaannya nampak semakin pulih.Alhamdulillah ;)
Kurus kan dia sekarang?

Wednesday, September 14, 2011

Raya...raya...raya..

Masih lagi dalam mood beraya.hehehe.2 minggu sudah kita beraya.Tiap-tiap minggu ada sahaja jemputan 'open house' sehinggakan ada juga beberapa jemputan yang xsempat untuk dipenuhi.Maafkan kami yer.Terima kasih pada yang telah sudi menjemput.Rumah kami??Rasanya tiada 'open house' untuk tahun ini tetapi saya amat mengalu-alukan kedatangan teman-teman ke rumah kami yang serba sederhana itu..Kalau nak datang tu, jangan lupa call@ msg dulu.Bukan apa, takut tuan rumahnya tiada di rumah (keluar beraya) dan bolehlah saya memasak sedikit untuk dijamu pada yang sudi datang (xkan nak jamu org datang ngan biskut dan kerepek raya jer kan?)hihihi...
Oklah..sebenarnya, saja nak tepek beberapa pic aisya beraya baru-baru ni.Itupun kebanyakkan gambar adalah ihsan dari rakan-rakan.(Ibu aisya sekarang ni sangat susah nak pegang kamera tau, padahal bawak jer kamera tu kalau g mana2.Cuma mood nak ambil gambar tu yang ke laut.Huhuhu)
Berposing ngan spek mata besar.Lawak sungguh anak ibu nih.
Tomei tak saya?
 Muka terkejut
Terus xnak pandang kamera
Salam raya ngan abg habib.
Opss...eh, awak tu anak dara tau.xmalu ke cium anak teruna orang?hihihik.
 Anak dara ni buat perangai - 'mengamuk' kat umah orang.
Pertemuan tak dirancang -Umi & Alisya pun ada ;)

Thursday, September 8, 2011

Aidilfitri nan indah..

Pejam celik pejam celik dah 8 hari dah raya rupanya hari nih.Sekejapnya rasa.Xpuas lagi nak bermanja, berehat, berkumpul bersama seluruh keluarga dan sanak saudara.Yelah..hari raya jelah rasanya dapat kumpul ramai-ramai.Yang jauh pun balik beraya bersama.Hari lain masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.Ye tak?
Raya pertama kami tahun nih kami sambut di Serdang - umah tok abah (turn ibu pulak tahun nih.).Antara hidangan pagi raya kami ialah nasi minyak, nasi impit, lemang, serunding daging, kuah kacang, gulai daging, ayam masak merah, laksa penang dan laksa terengganu.Pergh, gumuklah ibu pas raya nih.Lepas jer sembahyang raya rumah kami diserbu oleh sepupu-sepupu.Wah..seronok sangat.Mereka ni adalah sepupu rapat saya dari keluarga belah abah.Kami memang rapat sejak dari kecil lagi.Ada yang tinggal jauh nun di Terengganu.Tapi yang xbestnya..gambar family kami xcukup satu family.Papa, mummy n adel serta pak uda, mak uda, qael dan qhaleef x ada.So, Gambar raya kami xlengkap satu family besar.Tahun depan kami lak yang xde(turn babah).Huhuhu..Raya ke-2 kami beramai-ramai konvoi berangkat ke Melaka, Jasin (Keluarga besar saya berkumpul dengan keluarga besar belah babah) dan seterusnya kami ke Muar berhari raya bersama keluarga papa n mummy aireen aisya pula.Kemudian kami meneruskan perjalanan pulang ke Labis (rumah babah pula).
Raya umah babah pun xkurang meriahnya kerana Raya ke-3 kami ke Felda Maokil kerana adik biras saya bertunang.Raya ke 4 kami beraya di sekitar Segamat (rumah Pak Ngah dan Mak Lang).Raya ke- 5 ke Muar dan Raya ke 6 ke Air Itam.Haaa...berjalan xhingat kan?Inilah 1st time kami beraya sakan membawa keluarga menziarah rumah-rumah saudara mara.Ada antaranya yang saya sendiri xkenal (yelaa..saudara mara belah babah ramai sangat.Pulak tu berjumpa jarang sekali) Ikutkan banyak lagi rumah yang kami xsinggah antaranya sekitar JB dan Kota Tinggi.Lagi-lagi kalau di belah saya, di Terengganu.Alamatnya seminggu cuti pun belum tentu habis kesemuanya ;) Aireen dan aisya sudah pastilah seronok dapat berjalan walaupun jelas keletihan pada waktu malam.Aisya raya pertama agak moody kerana xberapa sihat (batuk dan selsema yang kerap meleleh) namun hari-hari berikutnya dia nampak ceria dan seronok berjalan.Cumanya dia ada masalah muntah-muntah.Langsung xleh masuk makanan, pasti muntah.Dah tidur pun boleh termuntah.Yang lain-lain, dia ok, sihat dan ceria sepanjang mood beraya nih.
So, kita lihat gambar raya yeh.Ni gambar raya hari pertama kat umah tok abah.Raya berikutnya kami xberpeluang/xsempat nak bergambar ;)

Merekalah keluarga besar kesayangan saya
'Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga'

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya!!

Ramadhan kian menghampiri ke titik akhir, saya rasa masih belum puas menikmati bulan yang penuh berkat ni.Sedihnya nak meninggalkan Ramadhan namun Syawal pasti akan tetap tiba.Hari untuk kita semua meraikan kemenangan, hari untuk kita bergembira (namun jangan pula dilupa pada yang tiada)
Maka di kesempatan yang ada ini, saya menyusun 10 jari memohon keampunan seandainya ada tulisan dan coretan saya yang terkasar bahasa, menghiris hati atau mencuit rasa sepanjang persahabatan 'alam maya' kita.Pada yang memandu balik kg jauh-jauh tuh, berhati-hatilah selalu.'Ingatlah orang tersayang yang menantikan kepulangan kita.Jangan cemari keindahan dan kegembiraan hari raya tahun ini dengan airmata duka.Akhir kata.................................
'Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga'

p/s : Jemputlah singgah beraya ke rumah.Tapi nak datang sila inform saya awal-awal yer ;)

Haaa..kan santek senyum camtuh selalu..

Dah berhari-hari anak ibu asyik duk merengek jer kan?Susah hati betul dibuatnya.Tapi malam tadi ibu dapat dengar semula gelak tawa dan melihat seri mukanya yang ketawa kesukaan tuh.Yes..aisya back to normal.Kembali tersengih dan tersenyum comel.Camtulah lain kali.Kan cantik anak ibu selalu tersenyum ;) Tambah-tambah lagi nak dekat ngan raya nih.xmau nangis-nangis lagi yer sayang.
~Kena gomol ngan ibu~
Tolong adik babah....
~Kan santek hari-hari senyum camnih~
Gelak sakan bila kena geletek ngan ibu
Pandai lak tu berlakon takut ibu gomol + geletek lagi
~ buat-buat tido tp masih mulut tersengih~
Laa...akhirnya tertido jugak.Ini bukan lakonan tau.Ini betul-betul
Ibu geram bila tengok wajah anak-anak time tidur
~Mulus wajah itu~

Thursday, August 25, 2011

Model Cilik Berbaju Kurung ;P

Saja nak share pic aisya berbaju kurung.Hahahaha...ibu dia yang xsabar tunggu hari raya nak pakaikan anak dengan baju kurung sebenarnya ;P
Model cilik saya menggayakan baju kurung purple ;P Tomei tak???hahahaha..
Sebenarnya ni bukan baju raya tau (tp melaramnya macam dah sambut raya.hahaha).Baju kurung yang boleh dikira pakai berapa kali sebab jarang sangat dipakai.Kalau pakai pun time raya atau time kenduri ;) Ni pic semasa kami memeriahkan jemputan berbuka puasa yang dianjurkan oleh tempat kerja babah (Perbadanan Putrajaya) beberapa hari lepas.
Eh tambah model lagi sorang?...'ni kakak sayalah ;P'
3 cinta hati  saya ;)
~eh..eh, nak tinggal ibu yer?~

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday ;P

'I Love Papa'....So Sweet ;)

Kurusnya awak nih ;P

'Kenapa dah susut badan dia?'...............'kenapa kurus sangat si aisya nih?'..............'eh, nampak makin kuruslah dak aisya sekarang'.Itulah antara beberapa soalan dan kenyataan yang diutarakan tentang aisya hujung minggu baru-baru ni.Bukan seorang dua yang bertanya dalam satu hari tapi lebih.Yup...'KURUS'. Itulah yang sering ibu dengar kebelakangan ini tentang aisya.Sejak demam yang sekejap ok, sekejap datang tu memberi kesan pada berat badan aisya.Kalau 2 bulan lepas, dia dilihat dah nampak sedikit berisi berbanding sebelum ni kini dia nampak semakin kurus.Mungkin kalau ditimbang beratnya hanya 7kg sahaja.Dengan muka yang cengkung dan badan yang apabila dibuka baju nampak tulang temulangnya,ibu tahu jawapan utamanya ialah kerana dia langsung xnak makan selain menyusu sahaja ditambah bila rasa sihat jer, dia mula aktif (xduduk diam), so macam mana berat badan nak naik?Buntu bila memikirkan apa yang hendak diberikan padanya.Resepi kanak-kanak banyak yang ibu dah cuba.Bubur ayam, makaroni sup, mushroom sup, roti bakar telur, telur +mayonis, cheese semuanya dia tolak.Aisya masih belum pandai sepenuhnya makan makanan yang pejal kerana selalunya dia akan tercekik dan muntah.Dia tidak pandai menguyah.Semua makanan yang dimakan, ditelan sahaja (sebab tulah tercekik).Kalau diikutkan umurnya 2 tahun 6 bulan, terapist mengatakan sepatutnya susu dah dikurangkan dan aisya perlu lebihkan makan.Tapi macammana nak kurangkan pengambilan susu sedangkan dia memang menolak untuk makan?Itulah masalah utama saya sekarang.Multivitamin, vitamin C, Lysine, Carborie malah susu Pediasure dah pun saya beri namun beratnya masih begitu.Buntu sungguh memikirkannya.....
~Muka xsihat.Baru lepas nangis.Asyik nak berkepit je ngan ibu~

Tuesday, August 23, 2011

Mata oh mata

Jumaat lepas, saya EL kerana 'kurang sihat' + anak pun tak berapa nak sihat + temujanji aisya dengan Opthalmologist.Hihihi..Seawal pagi kami dah terpacak di hospital (sebab xnak menunggu lama).Dengan badan yang xberapa nak sihat tu + kena mendukung anak kecil yang langsung xnak kat orang lain memang agak memenatkan.Walaupun babah setia mengikut ke hospital hari tu namun xde maknanya jugak sebab si aisya hanya nak bertepek ngan ibu.Huhuhu..
Setelah melalui beberapa ujian dan pemeriksaan, ada 2 ulasan yang kami terima dari Opthalmologist pada hari itu berkenaan mata aisya.Satu yang agak menggembirakan dan satu lagi tak berapa best nak dengar. Pertama - yang bestnya adalah 'penglihatan mata aisya ok.Dia nampak'.Alhamdulillah...tersenyum ibu mendengarnya.Yang xbestnya pula adalah setelah saya maklumkan pada pakar bahawa kebelakangan ini mata aisya kerap nampak juling apabila dia memandang sesuatu terlalu lama atau memandang ke atas.Juling aisya adalah juling ke dalam (bola mata masuk ke dalam)Pemeriksaan dilakukan dan ternyata 'power' matanya tinggi - 450 di kedua-dua belah mata.Menurut opthalmologist, bola mata aisya 'kecil'.Ianya normal bagi bayi2 premature tapi sepatutnya bola mata akan membesar mengikut tahap pembesaran namun tidak bagi aisya.Juling berlaku kerana matanya bekerja keras untuk fokus pada sesuatu.Dan saranan diberi agar aisya memakai kaca mata bagi mengelakkan juling kekal sekiranya terus dibiarkan.Atau pilihan lain adalah memakai contact lens.Huh???biar betul??kecil2 nak pakai contact lens??mengalahkan ibu nih.Ibu sendiri xpernah pakai contact lens.Hihihi..Kami diberi tempoh 6 bulan (appoinment berikutnya) untuk melihat perubahan power matanya.Sekiranya masih sama atau tidak berkurang, (paling tinggi pun adalah 350 kebawah) tiada pilihan lain melainkan aisya perlu berkaca mata.
Apa-apalah dik, asalkan bisa memberi kebaikkan.Ibu akan lakukan.

Monday, August 22, 2011

~Mimpi itu~

Mimpi hanya mainan tidur...sekadar berkongsi apa yang di mimpikan ;(

Sabtu malam Ahad yang lalu, saya terjaga dari tidur dengan keadaan sedu sedan dan lelehan airmata yang masih lagi basah hanya kerana sebuah mimpi!Dan mimpi itu membuatkan saya sedikit resah walaupun saya tahu ianya hanya sekadar mainan tidur.Akibatnya saya tidak mampu menyambung semula tidur dan hanya menjadi pemerhati kepada mereka-mereka yang masih lagi lena sehinggalah waktu bersahur.Saya berdoa dan berharap agar mimpi itu hanyalah sekadar mimpi dan tidak lagi berulang sekalipun hanya sekadar dalam tidur saya.Sungguhpun muncul hanya sekejap namun impaknya pada saya begitu mengganggu emosi dan perasaan ketika itu.Nak tahu apa yang saya mimpikan??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya mimpikan aisya 'meninggal'kan saya selamanya.Dalam mimpi itu saya menyaksikan segalanya.
Kesakitan dan pemergiannya.Dan sehingga sekarang saya masih lagi dapat merasa 'kerinduan yang tidak terucap' semasa saya berada dalam mimpi tersebut.Sakit!Perit sekali!Semoga saya tidak lagi didatangi mimpi sedemikian.Saya insaf dan sedar, jika saya hanya diuji melalui mimpi..........................................bagaimana mereka yang benar-benar merasai kehilangan di alam nyata?Tiada ungkapan yang bisa saya lahirkan.Semoga ibu-ibu itu tabah dan terus kuat menempuh ujianNYA.
Kepada Allah saya masih lagi bermohon, agar dipanjangkan umurnya, dipermudahkan segalanya tentangnya dan dipulihkan kesakitannya.Semoga ruang dan peluang itu masih ada untuk saya terus bersamanya.Amin...
p/s : Aisya kurang sihat dua tiga hari nih.Badannya adakala ok (dah ok sikit mulalah melasak), ada masa panas berlarutan (time ni dia nampak agak lemah).Batuk beserta kahak, selsema yang asyik meleleh, makan langsung xnak (badan dah susut balik), muntah-muntah.Waktu malam dia kerap merengek nak tidur berdodoi atas lengan ibu.Sejam dua berdodoi, nak patah gaklah rasa lengan ibu nih.Huhuhuhu....

Thursday, August 18, 2011

Janganlah 'datang' lagi hendaknya..

Malam tadi untuk yang kesekian kalinya.....anak kecil saya tu kembali 'buat hal'.Entah apa yang ditangiskan pun xtahu.Dibuatkan susu, geleng tanda xmahu.Dibaringkan dan ditepuk, makin kuat pula tangisnya.Kerjanya hanya nak didodoi sepanjang malam atas lengan ibu.Bila ibu peluk dan dodoikan dengan 'Lailahaillallah........' dia diam.Pandai sungguh, nak bermanja agaknya.Nak tidur atas lengan ibu!Bantal empuk tu xbest agaknya ;)
Tapi satu yang dibimbangkan...masa ibu dodoi tu matanya kejap-kejap ke atas.Bila ibu raup matanya xkasi pandang atas, dia ok sekejap pastu buat lagi.Bila nampak dia dah nyenyak, ibu letakkan dia ke tilam.Baru jer ibu nak terlelap, tiba-tiba 'uuweeeeeek'.Alahai dia muntah pulak.Habis menyembur-nyembur muntah atas tilam, bantal, badan, muka semua.Ibu angkat dan tepuk2/gosok2 belakang dia kemudian lap2 ngan kain basah.Ibu beri dia minum air suam.seteguk dua minum, dia menggeleng.Akhirnya dia terlelap balik setelah ditepuk-tepuk atas tilam ibu.Nampak muka keletihan.Tidur pun nampak terkejut-terkejut.Sahur tadi aisya pun turut bangun tp langsung xnak kat orang lain.Hanya nak berdukung dengan ibu.Makanya nak xnak ibu menyiapkan makanan bersahur dan makan sambil menggendung anak kecik itu.Sib baik kecik kalau tak, kalau montel dan besar mahu patah tangan ibu ni nak menggendung sepanjang masa nak oii.Sebelah tangan makan, sebelah lagi duk tahan/pegang badan dak kecik nih yang melepek kat badan ibu.Badan aisya pagi tadi dedar2..nak demam barangkali.Sebab tu dia buat perangai.Ehmmm..musim demam sekarang ni kan?Kakak nabila dan kakak alisya pun demam.Cian anak-anak ibu nih.Harapnya demam mereka cepat sembuh dan xberpanjangan.Amin..
 ~Muka budak xberapa nak sihat pagi tadi.
Sambil menyusu, sambil mata melilau tengok ibu bersiap nak g keje~