Friday, May 27, 2011

2 tahun 2 bulan...

Aisya di usianya 2 tahun 2 bulan.............
Alhamdulillah,  sebagai ibu yang menyaksikan setiap inci perkembangan anak kecil ini sedari usianya satu hari di muka bumi Allah ini, saya sesungguhnya begitu bersyukur dengan setiap perubahannya walaupun banyak delay berbanding anak seusianya.Biarpun jerih perit menyusuri setiap kesakitan demi kesakitan dari awal dulu, anak ini begitu kuat.Kekuatan dan ketabahan yang ditunjukkan itulah yang menjadikan saya lebih bersemangat untuk berusaha demi memastikan ianya terus berkembang dan meningkat selaras dengan usianya.


               Telatahnya begitu menghiburkan kami sekeluarga.


Alhamdulillah..tiada kata yang mampu terucap melainkan syukur ke hadrat Illahi.Dialah yang menentukan segalanya.Saya juga manusia biasa yang ada kalanya tewas dengan mainan perasaan.Seringkali saya tenggelam dengan kesedihan.Pernah saya kecewa, rasa jemu dan menyalahkan diri sendiri namun mujur saya kembali diingatkan.Masih ramai yang memberi sandaran untuk saya singgah bersandar, masih ada yang mahu mendengar setiap keluh kesah perasaan, masih wujud mereka yang  memahami dan menyayangi, juga masih saya diberikan peluang untuk terus melangkah ke depan.Setiap ujian yang diberikan itulah yang menguatkan.


Sekadar catatan untuk masa depan juga berkongsi setiap perkembangan.Aisya di usia 2 tahun 2 bulan :
  1. Walaupun aisya dah boleh berjalan namun keadaan badannya masih tidak begitu stabil.Yang kesiannya bila dia bermain di playground yang penuh anak-anak kecil, pasti acapkali dia jatuh terduduk kerana berlaga ngan budak kecil yang badannya lebih besar dari dia.Paling kelakar kalau tengok dia jalan laju ala-ala nak berlarilah konon-konon.Dada kedepan (cam nak terhumban ke depan), tangan cam org lari pecut (sambil genggam) tapi langkahan kecil-kecil jer.Hehehe..cute kan?
  2. Pandai dah mintak itu ini.Bukan dengan percakapan tapi bahasa isyaratnya yang tersendiri.Biasanya dia akan pergi kat ibu@cik til@ sesiapalah yang hampir kemudian tepuk lengan/bahu atau tarik tangan kita sambil tunjuk kat benda yang dia nak tuh.Mulut pun turut bunyi 'aaaaa...eeeeee....uuuuu'.Pernah dia buat isyarat panggil ngan tunjuk jari telunjuk pada orang tertentu kemudian bila orang tu dah pandang dia buat jari memanggil sebab nak suruh orang datang kepadanya.Pandai kan dia?? :)
  3. Kalau dulu dia diam jer tanpa bersuara tapi sekarang alhamdulillah kadang kala terdengarlah juga bunyi keluar dari mulut dia walaupun ibu sendiri xpaham apa yang diperkatakannya.Kadang2 terkeluar jugak patah-patah suku kata cth maa, bbahh.Time menangis atau menjerit tone suara dah makin jelas dan kuat berbanding dulu, sangat perlahan malah kadang-kadang gelak pun xde suara.Mulut jer yang ternganga2 tanda suka/gelak.At least suara-suara tu menandakan anak ibu boleh bercakap suatu hari nanti.Insyaallah, kita teruskan latihan ye nak.
  4. Tempoh masa aisya memakai hearing aid sekarang pun dah bertambah walaupun tidaklah sepanjang masa.Dia tidak lagi kerap membuka/mencabut hearing aidnya setiap kali dipakaikan malah dia tahu kalau time nak baring minum susu atau nak mandi, dia sendiri akan tarik hearing aidnya bagi kat orang (ibu, cik til atau babah).Mungkin ini salah satu faktor penyumbang terbesar pada perkembangannya yang no.3 tuh.
  5. Sangat -sangat suka masuk bilik air sebab nak main air.Kalau dibiarkan sejam pun xper.Biar badan dah menggigil, mata dah merah, bibir dah biru tapi selagi xangkat bawak masuk, dia xakan berhenti.(Nanti ibu buat entry tentang main air ni yer)
  6. Sekarang aisya dah pandai bukak baju, bukak dan pakai seluar malah suka bukak pampers.Satu perbuatan yang paling ibu xsuka sebab dia akan shee..shee merata.Pernah atas lantai hall, pernah dalam bilik ibu pastu dia berjalan merata tanpa rasa bersalah.
  7. Dah pandai pegang pen dan pensil.Sangat suka menconteng ;)
  8. Aisya sekarang ni dah pandai memberontak.Bab ni kadang-kadang ibu pun naik hangin.Dia akan melalak kuat sambil jatuhkan badan atas lantai pastu guling-guling.Once bila dah dapat apa yang dia nak atau kemahuannya dituruti automatik dia diam pastu sengih tanda puas hati.Boleh gitu??huh..pandai berlakon tau ini budak.
  9. Dah pandai/tahu mengikut arahan cth kalau ibu dah bukakkan pampers, dia akan amik pampers tu g buang kat dustbin Begitu juga kalau kita ckp 'aisya, tolong ibu buang plastik/sampah nih'..pasti dia akan datang,ambil dan buang sampah tu ke tempat yang sepatutnya.Lagi satu..kalau ibu cakap 'No..no..no' sambil jari telunjuk goyang-goyang ke atas, automatik dia akan rebahkan badan dia sambil nangis.Dia ingat orang marah dialah tuh.Hihihihi...bijak anak ibu nih.
                             Beginilah telatahnya di rumah.
So far..perkembangannya sangat baik.Tiada lagi siri keluar masuk wad buat masa ini dan kesihatannya juga baik (sekali-sekala demam biasa + batuk + selsema tu adatlah kan?)Harapnya aisya akan terus beroleh kesihatan yang baik dan perkembangannya berjalan lancar kerana banyak lagi yang perlu aisya catch up untuk kemajuan dirinya sendiri.

4 comments:

Fysa Ismail said...

alhamdulillah...aisya anak yg kuat..
alala comey nye die time suh amek brg tu...terkedek2 ye jln..aisya nnt kite p mnd kolam lame2 k...aisya pndai cnteng2 da??? nnt umi ajk aiz dtg umah aisya ye..take k sayang..

mama akid said...

alhamdulillah perkembangan positif dr aisyah kadang2 buat diri ini cemburu dengan nya...boleh ker akid secepat aisya

Kasih Ibu said...

Alhamdulillah...aunty doakan moga Aisya diberikan kesihatan yg berpanjangan, kuat dan tabah lalui hari yg mendatang..

buat ibu aisya, sy doakan awk terus diberi kekutan dan kesabaran dlm menjaga anak yang comel ni...

zura_habibhaariz said...

Alhamdulillah..tahniah ayu n family:-)