Wednesday, May 11, 2011

Aisya Demam Lagi

Ehmm..dah lama kan xbercerita pasal aisya.Anak kecil saya yang genit itu ;P
Baru jer plan nak updated perkembangan terkini aisya tup-tup petang semalam balik dari kerja, saya lihat aisya baring kat sofa.Nampak xaktif macam biasa.Biasanya sebaik pintu rumah saya buka, pasti anak genit tu akan terkedek-kedek menghampiri saya bersama sengihnya.Kemudian mengekor saya hingga ke bilik tidur, menunggu saya menukar pakaian (sambil matanya memerhatikan setiap tingkah laku saya) dan mendepakan tangan supaya saya mendukungnya.Tapi tidak pada petang semalam ;)
Bila saya pegang muka dan kepalanya untuk dicium.....PANAS.Ehm, demam balik kamu sayang?Rasanya ini tempoh yang agak lama (adalah dalam lebih kurang 2 bulan) aisya xdiserang demam tp ternyata ianya kembali lg.Tak boleh jadi nih..saya mandikan aisya supaya suhu badannya turun.Alhamdulillah, dia nampak masih mahu bermain bila diagah.
Malam ~ aisya dah start xnak menyusu.Bila disuakan botol, dia hanya menyedutnya sedikit (adalah dalam 2, 3 kali sedut kemudian botol diunjukkan semula kepada saya tanda xmahu minum.Sudu badan dan kepalanya juga makin panas.Mata dah merah dan berair, bibir merah dan muka nampak pinky.Panas sangat nih.Saya basahkan kepalanya dan bersiap untuk ke klinik.Di klinik, seperti biasa....aisya hanya di beri ubat demam dan ubat 'punggung'.
Malam tadi anak itu tidur lena cuma sesekali dia terkejut/ menangis (mengigau barangkali).Suhu badannya pun tidaklah sepanas sebelum makan ubat. Belakang badan dan dahinya juga basah dek peluh walaupun kipas bilik dipasang no.4.Sepanjang malam (bermula dari petang sehingga pagi tadi) hanya sebotol susu sahaja berjaya dihabiskan (6oz).
Harapnya tiada apa yang membimbangkan bakal terjadi.Mungkin ini petanda dari Allah agar saya tidak alpa dan leka dengan nikmat kegembiraan yang dia kurniakan pada kami ketika ini.Dan semoga demam yang menyerang nih sebenarnya petanda yang aisya bakal mendapat satu lagi potensi/perkembangan baru.Bercakap barangkali???Subhanallah...Allahuakbar!Jika benar, sayalah ibu paling bahagia di dunia ini ;) Lekas sembuh ye anak ibu.

4 comments:

mama akid said...

insyaallah...orang cakap kalau anak2 kita demam..akan ada perubahan baru dari mereka kita tunggu dengan sabar yer...

Fysa Ismail said...

sama dengan baby aiz la.semlm masa nk jemput die. selalu dah berlari kalau nampak sha.tapi duduk je kat ibu.rupa nye demam.risau jgk,3mgu sekali mesti demam tu dtg blik. nasib semlm x pnas sgt..tp lpas dh bg mkn ubt trus aktif die.
aisya moga cpt sembuh ye...

zura_habibhaariz said...

kesiannya aisya demam..smg cpt sembuh ye sayang

Azma said...

sian aisya.. cepat sembuh ye..nnt ibu susah hati..