Friday, May 6, 2011

Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan seterusnya bertawakal padaNYA.

Entry ni dah lama saya taip cuma berfikir banyak kali untuk mem'publish' kannya.Akhirnya petang semalam saya berani mem'publish''kannya dengan tujuan untuk berkongsi.Namun entah di mana silapnya, pagi tadi apabila saya membuka blog, entry tersebut hilang malah di bahagian edit post juga tiada.Huh...geram rasanya.So, saya menaip kembali entry ini kerana ada yang masih bertanya.Sekadar berkongsi pada yang pernah bertanya.Harap dapat menjawab setiap persoalan.
Ada yang email bertanya kepada saya, apa yang saya lakukan dan beri pada anak saya aisya.Melihatkan perkembangannya yang bertambah maju dan saya pasti ayat itu mungkin lebih menjurus berkaitan dengan perkembangan 'aisya dah boleh berjalan'.Alhamdulillah...walaupun agak lewat tapi genap di usia aisya 24 bulan akhirnya anak kecil itu bertatih juga.Huhuhu..maaf, saya tiada sebarang rahsia.Apa yang saya kongsikan di blog ini..itulah yang saya sering lakukan.Andai ada yang bertanya saya berurut di mana tempat yang bagus...sebenarnya memang itu salah satu usaha saya.Saya akui dahulu, saya akan tuju ke mana saja tempat atau cadangan tempat berubat/berurut yang di katakan bagus.Saya pernah ke Pusat Rawatan Darul Syifa' Bangi, saya pernah berubat dengan beberapa perawat Islam yang cara rawatannya berbeza-beza.Malah saya juga pernah beria-ia ingin menghantar aisya menjalani rawatan dengan K.Raw setelah mendengar tentangnya di blog2 sahabat lain (namun semua itu tidak terlaksana sehingga sekarang.Hihihi..)
Jika kalian mahu tahu saya adalah seorang ibu yang agak tegas khasnya pada setiap rawatan dan terapi aisya.Saya tidak berkompromi dalam hal ini.Jadual terapinya sahaja dah penuh bertanda di dalam kalendar kecil atas meja pejabat saya.Saya gagahkan dan paksa diri saya untuk terus melakukannya tanpa henti walaupun pada awalnya saya begitu stress.(tang ni cara saya salah) Temujanji rawatan, fisioterapi dan terapi carakerja aisya xpernah gagal saya tunaikan kecuali sekiranya tarikh tersebut aisya admit wad.Itupun saya pernah minta pada doktor di wad (melihat keadaan aisya yang semakin baik) untuk turun ke bilik terapi / memohon cikgu terapi naik kewad kerana saya rasa rugi jika terapinya ditunda.Setiap hari teknik urutan (yang saya belajar semasa fisioterapi) akan saya lakukan padanya especially setiap kali selepas mandi, masa nak pakai baju(cik til pun akan lakukan perkara yang sama semasa saya bekerja).Setiap hujung minggu aktiviti kami pasti xlari dari terapi air (swimming-aisya paling suka), latihan berjalan (pagi pijak embun rumput, petang berjalan sambil pimpin 2tgn/ kat tiang/pagar di taman).Aisya juga pernah saya cuba kaedah tanam badan dalam pasir pantai (1x jer buat pastu stop terus sebab xsampai hati).Di rumah, saya paksa dia berdiri di sofa.Kadang-kadang saya pegang sambil dirikan dia pastu saya lepas perlahan-lahan.(kalau kaki anak masih xkuat, jangan buat).Dulu semasa dia belum pandai duduk sendiri, saya selalu dudukkan dia sambil pegang antara pinggang dan punggung..saya dudukkan dia dengan bantal penuh disekeliling untuk support badan dia.Saya selalu cakap padanya yang saya nak sangat tengok dia duduk, berjalan, berlari macam anak-anak lain.(sambil berbicara sambil airmata begenang sebak.huhuhu) Saya terpaksa lakukan semua tuh walaupun banyak ketikanya saya sendiri sebak mendengar tangisannya tp saya yakin yang satu hari aisya pasti boleh berjalan walaupun ketika itu saya sendiri xtahu bila.Adakala bila melihat kesungguhan aisya mencuba walaupun banyak kali jatuh, saya turut akan jadi lebih bersemangat untuk melatihnya.
Tentang ubat pula..selain ubat-ubatan dari hospital (ubat puff untuk paru2, ubat jantung, vitamin, pernah memakai krim sapu untuk excema kerana dulu aisya excema teruk dan segala macam lagi yang lain) saya mencuba pula carborie (tahu dari ina ibu nabila), multivitamin - untuk menambahkan berat badannya dan examo CKM500 untuk merangsang IQnya.Terus terang saya xberani mencuba ubat-ubatan lain kerana aisya mempunyai masalah kesihatan dalaman (PDA Failure -masalah salur injap yang sempit dan Lung Chronic Disease).Saya takut ubat yang diambil dari luar akan berlawan dengan ubatan yang diberi oleh pihak hospital.Ada masa dugaan hebat melanda juga dan saat itu pernah hampir menjatuhkan saya ( aisya perlu di operate untuk kali ke-2, aisya diberitakan mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran yang teruk, aisya diserang sawan melebihi 1/2 jam sehingga masuk ICU, aisya dijangka  terkena virus minigitis, aisya perlu menjalani prosedur LP/ambil air tulang belakang dan sebagainya).Alhamdulillah, saya cepat tersedar dengan doa dan sokongan dari semua.Saya cuba untuk kembali bangun walaupun dengan langkah yang agak perlahan namun untuk terus berdiam dan putus harap tidak sekali.Airmata adalah terapi paling mudah untuk melegakan diri saya.(So, pada ibu-ibu, xsalah andai kita menangis.Menangislah sepuasnya tetapi selepas itu, bangkitlah dan teruskan usaha)
Selain itu, saya banyak mengajar aisya sambil bermain.Apa sahaja permainan yang saya rasa boleh meningkatkan keupayaan deria motor kasar, motor halus dan penglihatannya saya beli.Tak perlu permainan yang mahal-mahal...ada juga mainan yang terdapat di pasar malam boleh dijadikan satu bahan terapi.Yang bewarna-warni, yang berbunyi, yang berlampu semuanya saya cuba.Terus terang, mengajar aisya (yang di katakan guru terapinya agak kurang fokus + mempunyai masalah pendengaran yang teruk) sangat mencabar untuk saya.Adakala saya rasa sebak, marah, bengang dan stress dengan kelakuannya.Kadang-kadang dia menunjukkan semangat nak belajar tapi banyak masa dia hanya memandang dengan muka kosong dan lebih suka bermain sendirian, meneroka isi rumah.Pada saya menjaga anak kecil yang mempunyai masalah kesihatan dalaman + langsung xreti bertutur memberitahu apa yang sakit + sakit yang datang menyerang tiba-tiba tanpa sebarang tanda adalah sangat mencabar dan teruji berbanding dengan anak yang nampak sakitnya (luaran) dan boleh memberitahu kesakitannya.(itu pendapat saya).Namun saya bersyukur sangat kerana nasib saya jauh lebih baik dari ibu-ibu kuat lain yang anaknya hanya terlantar.Saya mungkin tidak sekuat mereka.Saya mengerti perasaan mereka malah saya dapat rasakan kepedihan itu.
Satu yang masih saya terkilan tentang satu perkara kerana saya xbanyak membantu anak saya aisya.Saya tiada idea dan tidak tahu bagaimana caranya harus saya bantu anak saya itu mendengar dengan baik seterusnya bertutur mengungkapkan perkataan.Hearing aid telah saya beli untuknya namun memakaikannya umpama berperang.Saya cuba praktikkan bercakap dengan kuat terang dan jelas serta mencuba melatihnya lips reading.Saya dah cuba namun saya belum nampak hasilnya ;( Semoga akan ada keajaiban dari Allah untuk anak kecil itu.
Rasanya itu sahaja yang saya dapat kongsikan bersama.Saya harap apa yang saya ceritakan dah pun  menjawab beberapa soalan yang saya terima.Terima kasih pada yang bertanya.Sebenarnya setiap dari kita yang bergelar ibu pasti ada cara masing-masing dalam merawat dan menjaga anak istimewa kita.Cuma mungkin caranya yang berbeza mengikut keadaan anak dan faktor yang tertentu.Bagi saya walaupun berbeza cara namun tujuan kita adalah satu.Semua ibu mahukan yang TERBAIK untuk anaknya.Itulah yang saya semat dalam diri dan lakukan sejak aisya keluar dari NICU (ketika itu umurnya 6 bulan) sehinggalah ke hari ini.Saya masih mencari jalan dan terus berikhtiar untuk aisya.Untuk semua ibu khasnya yang ada titipan dari syurga...berusahalah selagi kita mampu.Hanya kita yang boleh membantu anak-anak kita.Berusahalah, berdoalah dan bertawakallah.Allah itu Maha Mendengar, DIA Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Dia tidak akan menguji hambanya yang tidak mampu.Percayalah....pasti ada habuan atas setiap titis air mata, usaha dan pengorbanan yang kita lakukan pada anak-anak ini cuma masanya kita tidak tahu bila.Jika bukan di sini...(dunia), di akhirat pasti ada ;) Doa saya tidak pernah putus untuk kalian semua.Moga kita terus diberi kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam merawat dan menjaga anugerah teristimewa ini.Amin.


Aisya dahulu...penuh dengan segala kesakitan!

Aisya hari ini..Alhamdulillah, moga kesakitan itu berlalu pergi.

~Syukur padaMu YaAllah kerana memberikan aku satu anugerah yang tidak semua orang bisa melaluinya~

9 comments:

Fysa Ismail said...

alhamdulillah..allah sentiasa di sisi akak n aisya...allah makbulkan doa-doa akak dan sesekali die akan datangkan ujian..aisya juga sangat kuat untuk mengharunginya..aisya nak buat ibu die tersenyum bahagia. moga kebahagian dan kesihatan aisya sentiasa berpanjangan...

hugs n kiss tuk aisya dr baby aiz..

zura_habibhaariz said...

nak like patploh kali entry nie...
i'm proud of you! Semoga aisya akan terus berkembang dan sihat hendaknya...

Nonie said...

Semoga Allah memberkati segala usaha Ayu untuk memulihkan Aisya...akak kagum dengan semangat Ayu yg x pernah putus asa dalam memenuhi setiap appoinment...akak rasa akak x sekuat tu coz adakala appoinment2 Humaira x dpt dipenuhi atas faktor akak bosan dengan rawatan menggunakan kaedah yg sama setiap kali kami dtg hospital..tp selepas membaca entri Ayu..akak sedar akak x boleh pentingkan diri sendiri demi perkembangan Humaira...:-(((

Rizziela said...

Usaha ibu yg kuat itu telah membuahkan hasil..semoga Asya terus sihat dan sempurna seperti kanak2 lain

Semakin besar..semakin comel la Aisya ni

mama akid said...

kagum dengan ketabahan ibu aisya...dari saat ini saya akn jadi spt akk...untuk melihat akid berjalan satu hari nnt...insyaallah
aisya dapat berjalan seawal umur berapa bulan?

Bicara hati ibu aisya said...

Terima kasih semua atas.Tanpa doa dan sokongan kalian semua pasti saya xakan sampai ketahap sekarang.Insyaallah, Allah mendengar setiap rintihan kita.
mama akid: aisya baru jer pandai berjalan.genap2 umur masuk 24 bulan (2 tahun)

Azma said...

Mmg kadang2 kita terpaksa bertegas utk melihat perkembangan anak kita bertambah baik selalu. Wpun kdg2 cam kejam je (cam saya slalu buat, pekakkan telinga wpun anak menangis2), lama2 si manja faham sndri & tak menangis lagi. Buat perangai pun jarang skali kan!!

Alhamdulillah..usaha ayu direstuiNya..Semoga aisya sentiasa baik & bertambah baik serba-serbi..

insan kerdil said...

bertemu.....berkenalan sesama insan...meski punya 'cerita' berbeza...berbeza jua 'dataran' ujian nya...namun yang menyamakan tiap satu daripada nya....sebagai hamba Allah...tetap akan sedayanya berusaha disertai solat dan doa....agar sentiasa sabar dan redha dengan ketentuan-Nya...tergolong di kalangan hamba-Nya yang mensyukuri tiap anugerah daripada Ilahi...

semoga masih diberi ruang dan peluang....bersama permata hati... mengapai impian...menyusuri tiap dugaan...mendepani apa jua ranjau...dalam menuju redha Ilahi...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Tika said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH...

Semangatmu kuat!! Syukurrr...