Tuesday, May 10, 2011

Majlis Perlancaran FAMEKids

8 Mei 2011- adalah tarikh yang penting dalam hidup saya.Bukan sahaja kerana tarikh tersebut adalah sambutan Hari Ibu tetapi pada hari tersebut jugalah saya di jemput oleh watie dan mommy lyna ke majlis pelancaran FAMEKids iaitu sebuah kumpulan sokongan kepada anak-anak istimewa.Jutaan terima kasih kepada watie dan mommy lyna yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengumpulkan anak-anak istimewa ini.Sungguh saya terharu dan bangga sekali kerana akhirnya ada juga kaum melayu yang begitu prihatin dengan nasib anak-anak ini kerana selama ini dalam usaha saya mencari/ men'google' badan/kumpulan sokongan anak-anak istimewa majoritinya adalah dari bangsa lain.
I'm proud of u watie dan mommy lyna.Congratulations!Semoga selepas ini kita dapat mengumpulkan lebih ramai anak-anak yang senasib dan boleh saling menyokong antara kita khasnya pada ibu-ibu muda yang menghadapi masalah ini kerana saya cukup paham dan mengerti bagaimana rasanya berhadapan dengan sebuah kenyataan pada awal kita dimaklumkan tentang 'kelainan'permata hati tersayang.Bagaimana rasanya berhadapan dengan orang luar dan penerimaan mereka yang kebanyakkannya masih cetek/kuno tentang anak-anak istimewa.Semoga kita menjadi sebuah keluarga besar yang saling menyokong, memahami dan menghargai anak-anak istimewa ini.

So, enjoy d'pics.....
Banner anak-anak kami.Lepas ni confirm bertambah ramai kan anak-anak ibu? ;)




Aisya seronok sangat di sini.Banyak mainan.

Sampai lentok-lentok dia..

Aisya malu dapat hadiah.hihihik..
Sebahagian dari keluarga saya ;) Sayangnya xdapat snap pic ramai-ramai.
p/s : Watie...mommy lyna, pasni buatlah program lagi yer.

1 comment:

Fysa Ismail said...

wahh best nye....cantek baju aisya...