Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu pada semua ibu di dunia!

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu2 di dunia khasnya untuk ibu-ibu kuat yang punya anak istimewa.Kalian memang ibu yang hebat! Jasa kalian membawa ke syurga.
Sedih untuk saya nyatakan tapi itulah kenyataannya.Saya kehilangan ibu sejak saya berumur 10 tahun.Bayangkan dalam usia yang masih terlalu mentah, saya terpaksa hadapi sebuah kenyataan yang sangat pahit - kehilangan ibu tersayang buat selamanya!Apa yang saya ingat, ibu adalah seorang yang agak tegas dan sangat berdisiplin (maklumlah ibu saya adalah seorang guru) tetapi jiwa penyayangnya sangat tebal.Setiap kali result exam keluar sayalah yang paling takut.Masih saya ingat awal semester tahun satu result saya agak corot.Saya dimarahi dan didenda.Dendanya adalah masa belajar saya ditambah dan masa untuk bermain dikurangkan.Memang saya marah pada dia masa tu tp sekarang baru saya paham....denda itulah yang akhirnya membuatkan result semester akhir saya cemerlang dan saya sering menduduki top 5 dalam kelas setiap tahun.Dan ibu akan memberikan hadiah atas tiap kejayaan saya.Huhuhu..alhamdulillah, berkat ajaran yang saya terima dari dialah saya jadi seperti saya hari ini.
Ibu saya pergi dengarnya akibat barah perut dan yang lebih menyedihkan kerana ketika itu ibu saya baru sahaja melahirkan adik bongsu kami.Saya perlu menghadapi sebuah kehilangan dan menyambut sebuah kedatangan serentak!Dugaan lebih hebat apabila kami 5 beradik terpaksa dipisahkan untuk dijaga kerana abah terpaksa bekerja.Siapa yang akan menjaga kami nanti sewaktu dia keluar bekerja?Kami bertiga yang besar (ketika itu 10 tahun, 9 tahun dan 6 tahun) dijaga oleh abah dan yang lainnya sorang dijaga nenek belah abah dan baby dijaga oleh nenek belah ibu.Saya ingat lagi bagaimana tangisan kami 3 beradik yang terpaksa meninggalkan dua adik yang masih kecil di kampung.Hidup saya ketika itu penuh dengan rindu dan kesedihan malah result exam juga mula merosot namun semua itu mengajar kami kuat dan hubungan kekuargaan menjadi bertambah erat.(sebab tu saya sangat rapat ngan abah, malah digelar ának abah'-kerana semuanya mengadu kat abah.abah tahu semua rahsia hidup saya ;)
Alhamdulillah....masa berlalu pantas meninggalkan semua kenangan itu.Adakala teringat juga kenangan lalu.Kami kini dah kembali bersatu di bawah satu bumbung dan yang gembiranya saya kini dah punya mak baru.Walaupun pada awalnya saya tidak begitu rapat dengannya (sebab start dari form 3 saya dah di hantar ke asrama di Kuantan, kemudian di Uitm di Seri Iskandar Perak dan seterusnya ke UTM, Skudai) tapi sejak habis belajar saya tinggal bersamanya.Barulah saya nampak setiap pengorbanannya.Tidak semua ibu tiri jahat!Mak tidak pernah memukul waima menjentik sekalipun kami adik beradik.Bermula dari saya berkahwin dialah yang sibuk menguruskan segalanya sehinggalah kepada saya bersalin anak pertama dan kedua.Dialah yang menjaga, memasakkan makanan semasa dalam pantang dan sebagainya.Sungguh jasanya tidak dapat saya balas.Apa sahaja yang mampu saya lakukan, saya akan cuba lakukan untuknya.Mak pernah berkata 'Kalau abah dah xde nanti, sapalah yang akan menjaganya malah dia turut berdoa agar biarlah dia mati xsakit lama kerana dia xnak menyusahkan kami'.Mak saya sakit.Dia pernah menjalani operation sebanyak 3x malah sehingga kini berulang alik untuk rawatan susulan.Yang paling menyakitkan kerana dia terpaksa membuang kedua2 rahimnya akibat barah rahim.Saat itu kami adik beradiklah yang memandikan, mengelap, menukar pampers mak dan sebagainya sehinggakan nurse dan doktor xpercaya bahawa kami ini hanyalah anak tirinya.Setiap masa ketika di wad, mak tidak pernah keseorangan kerana kami adik beradik akan bergilir menunggunya.Hanya itu yang kami mampu lakukan untuk membalas jasanya walaupun ianya sudah pasti tidak setimpal dengan jasanya pada kami.Sempena hari ibu lepas, kami membawa mak ke Restoran Sekinchan Ikan Bakar bersama sebuah kek, sejambak bunga dan beberapa hadiah dari kami anak-anaknya.

"Mak...sempena hari ibu ni.Ayu ucapkan selamat hari Ibu.Terima kasih kerana sudi menerima kami sebagai anak mak.Pengorbanan dan jasa mak pada kami adik beradik xmungkin dapat kami balas.Kami sayang mak!"

p/s : xsempat nak upload pic ;) 
Juga terima kasih pada anak ibu kakak aireen sebab wish ibu awal pagi bersama ciuman hangat di pipi.Katanya dia buat kad untuk ibu kat umah tok abah tp sampai sekarang ibu xdapat lg kadnya tuh.Hehehe..

5 comments:

insan kerdil said...

tiap insan punya bahagian 'cerita nya'......'dibekalkan' bersama 'sesuatu' buat 'penawar'....meski ada ketika nya...yang 'terzahir' itu tampak 'nyata'...namun tetap terkandung rahsia yang 'tersirat'....yang ada ketika nya bisa 'terungkai'...ada jua ketika nya 'masih' di perbatasan masa....

al-Fatihah buat yang telah pergi....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Nonie said...

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya kan:-)

Fysa Ismail said...

selamat hari ibu !!!

qemaishak said...

Selamat Hari ibu kak...

mama akid said...

selamat hari ibu=)