Thursday, July 14, 2011

~Bahagianya Bergelar Seorang Ibu~

'Anak-anak saya adalah 'nyawa' saya.Mereka melengkapkan kehidupan saya sebagai seorang wanita yang sempurna.Merekalah yang menjadi 'guru terbaik' dalam saya melalui kehidupan seorang ibu.Pengalaman yang telah mereka beri kepada saya adalah memori yang paling indah dan tidak akan pernah dapat saya lupakan seumur hidup saya.Merekalah buah hati, bunga cinta, penyeri, jiwa, penguat dan pelengkap kehidupan kami suami isteri.Senyuman dan gelak tawa mereka adalah penawar kedukaan dan kesakitan saya.Kenakalan, gelagat dan telatah mereka adalah 'wayang' dalam kehidupan saya.Bebelan, tangisan dan celoteh mereka adalah 'radio buruk' yang bermakna buat saya.Setiap peristiwa dan detik masa bersama mereka adalah 'diari' berharga dalam kehidupan saya.Sakit mereka sakit jugalah saya.Tangisan mereka bisa meluluhkan jiwa raga saya.Merekalah tonggak kehidupan saya.Mereka segalanya bagi saya.Aireen...aisya, ibu sayang sangat pada kamu berdua!'

(Moga kalian dapat membacanya suatu hari nanti betapa ibu terlalu bahagia memiliki kamu berdua)
Kelahiran kakak di saat usia perkahwinan ibu dan babah masih 'pucuk'.Terlalu muda dan mentah dalam melayari kehidupan berumahtangga.Namun berita kehadiranmu dalam rahim ibu begitu mengujakan semua orang dalam family kita.Dan layanan yang ibu terima sebagai 'ibu mengandung' ibarat puteri raja.Apa sahaja yang diidamkan ibu pasti semua orang sibuk mencari ;) Manis sekali untuk dikenang.Kakak hadir dalam suasana serba serbi sederhana kerana ketika itu ibu tidak bekerja (surirumah sepenuh masa setelah alahan yang teruk.Hingga menyebabkan ibu terpaksa melepaskan jawatan ibu - setelah 2-3 bulan mengandung yang ketika itu boleh tahan lumayan di sebuah syarikat swasta.) manakala babah pula baru sahaja mendapat kerja.Kelahiran kakak sungguh mudah.Ibu hanya kesakitan berada dalam labour room lebih kurang 2 jam sahaja walaupun menurut doktor anak pertama biasanya mengambil masa 10jam iaitu 1cm untuk setiap bukaan.Kakak meluncur keluar selepas 3-4 kali teran dengan bonus kehadiran babah di sebelah ibu.Rezeki kakak murah kerana ramai yang menghadiahkan macam-macam.(kalah hadiah orang kahwin!Ada stok hadiah yang masih xhbs dipakai lebih setahun).Dan rezeki terbesar, ibu terima surat tawaran kerja kerajaan (walaupun jawatan tidak utk kelayakan sebenar) selepas tempoh berpantang.Minggu pertama ibu bekerja, ibu selalu menangis dalam tandas kerana rindukan kakak.Ibu sanggup terkejar-kejar lari balik tengok kakak waktu rehat semata-mata nak bagi kakak susu ibu.Susu badan membengkak, ibu pernah perah dalam tandas guna tangan dan buang camtuh jer.Sungguh kakak membawa rezeki yang banyak dalam hidup kami.Di awal kelahiran kakak sering menangis malam-malam.Tak tahu apa sebabnya.Kami pernah berkejar ke klinik pada jam 2 pagi semata-mata kerana dia menangis tanpa henti.Pernah tidur dalam kereta (sebab kakak suka aircond.Kalau dalam kereta, dia akan diam dan tidur lama).Namun bulan-bulan berikutnya kakak lah bayi yang paling mudah dijaga (orang cakap.Hihihi) Kakak membesar dengan sihat dan bijak.Segala-galanya cepat.Meniarap, merangkak, duduk mengikut progress yang sebenar malah kakak start bertatih pada usianya 9 bulan++.Kakak start bercakap pun awal malah kakak tidak pelat seperti kanak-kanak lain.Mulut macam bertih goreng, xreti penat.Bercakap jer.Ehmm..akal pun semakin panjang.Ada jer alasan kalau dilarang atau dimarah.Hihihi.Kakak minum susu ibu sejak dari lahir dan betul-betul stop semasa usianya 3 tahun lebih (campur dengan susu formula).Dalam usianya 4 tahun sekarang alhamdulillah, kakak semakin bijak.Dah boleh mengeja perkataan2 ringkas, skill menulis dan mewarna yang semakin baik, dah menghafaz beberapa potong doa pendek, banyak perkataan Inggeris yang dia faham maknanya dan yang dia paling suka menghafal lagu-lagu (bab lagu 2, 3 kali dengar dah dihafalnya).Syukur atas setiap perkembangannya itu.Sekurang-kurangnya, dia adalah harapan saya untuk menunjukkan contoh yang baik buat adik-adiknya nanti.
Aisya pula kedatangannya tanpa kami sedar.Tiba-tiba baru perasan saya dah terlewat datang bulan.Walaupun dalam keadaan yang tidak bersedia namun kami sekeluarga happy.Tambah-tambah lagi saya kerana saya memang sangat sukakan bayi.Bersalin 10 orang anak pun saya sanggup!Yang xlaratnya sebab kedua-dua kandungan saya mengalami alahan muntah yang teruk.Saya sukakan tiap moment indah bergelar 'ibu mengandung'.Saya suka melihat perut yang membuncit di depan cermin.Kata babah 'seksi'.Hahaha..Saya bahagia merasai setiap gerakan halus dan tendangan perlahan di perut.Untuk aisya, saya banyak mempersiapkan diri contohnya bab 'breastfeeding'.Saya melanggan PaMa, saya jadi member susuibu.com, saya menelefon Pn.Rita Rahayu-pakar laktasi, saya search internet dan sebagainya.Saya berhabis membeli set breastfeeding 'Avent' dan Spectra 3.Niat saya untuk menyusukan aisya secara exclusif.Tanpa campur sebarang susu formula.Kebetulan ketika itu, rezeki saya memang murah kerana saya  'freelance' membuat pelan untuk ubahsuai rumah.Jadi untuk kelahiran baru (aisya) saya membeli semua keperluan bayi baru seperti yang pernah saya angankan dulu yang tidak mampu saya tunaikan semasa kelahiran kakak.Bukan niat berhabis tetapi sekadar memenuhi impian semasa ada rezeki.Namun kita hanya mampu merancang.....yang menentukannya adalah Yang Maha Kuasa.Itulah ketetapannya.Pam guna hanya sekejap, katil bayi tidak berusik, kelengkapan bayi terbiar, pakaian bayi tidak digunakan.Aisya lahir xcukup bulan dengan pelbagai komplikasi.Andaian dan diagnosis yang dikhabarkan pula begitu memeranjatkan saya.Aisya hanya memakai pampers tanpa berbaju seluar, di hidungnya ada tiub susu di badannya penuh berselirat pelbagai jenis wayar berbagai warna, memakai bantuan oksigen setiap masa, ditemani beberapa mesin yang membingitkan telinga.Begitulah dunia aisya pada awalnya.Setiap hari, pantang saya hanyalah di dalam bilik NICU.Dengan berkain batik, bersweater, berstokin tanpa berbengkung, tanpa bertungku selama 44 hari berulang alik rumah ke hospital kemudian ke IJN (10 hari) dan kembali semula ke NICU sehinggalah hampir 6 bulan.Barulah anak kecil yang kuat itu dibenarkan mengikut saya balik.Namun rutin kami tetap sama-masih berulang alik hospital untuk segala macam ujian, terapi dan rawatan malah 2 tahun pertama kami sering berkampung di wad 5A atau 5B.Bersama aisya, saya belajar untuk menjadi seorang yang lebih redha, cekal dan keras hati.Saya juga menjadi seorang yang lebih berdikari.Kalau dulunya saya seorang yang lembut dan 'cembeng' tetapi kini saya rasa lebih kuat selepas melalui pengalaman demi pengalaman bersamanya.Semuanya kerana aisya.Dia mengajar saya erti lebih bersyukur, lebih menghargai dan 'usaha tanpa jemu'.Ternyata banyak perbezaan antara kakak dan aisya.Aisya delay jauh dari usianya yang sebenar.Tidak meniarap dan merangkak.Bertatih pun di usia 2 tahun (itupun sampai sekarang masih belum seimbang) Bersuara/bercakap juga jauh sekali.Namun dia ada keistimewaannya tersendiri.Dia juga bijak, nakal, comel dan pandai mengambil hati.Jika dia sihat, dia adalah anak kecil yang sangat aktif dan keletah.Setiap inci perkembangannya sering sahaja mengujakan saya walaupun hanya sekadar aisya pandai memegang pen, aisya menoleh bila dipanggil atau aisya berbunyi 'uu..uhh..' sambil menunjuk sesuatu atau membuat isyarat tanda dia menceritakan/memberitahu sesuatu.Biarpun nampak biasa tapi untuknya itu adalah satu perkembangan yang sangat baik.Dan saya bersyukur kerana sehingga kini aisya masih bersama kami berbanding sahabat-sahabatnya yang lain yang telahpun dijemput olehNYA.
~Semoga hubungan erat ini berkekalan selamanya~
Biar seteruk manapun kelainan, biar sejauh manapun perbezaan, biar apapun tanggapan....mereka berdua tetap kesayangan saya.Tetap istimewa di hati saya.Saya bertuah kerana dapat merasai kedua-dua pengalaman itu (menjaga anak tipikal dan istimewa).
Indahnya bergelar seorang ibu~Tiada ungkapan yang bisa menzahirkannya kecuali bagi mereka yang merasainya sendiri ;)

7 comments:

zura_habibhaariz said...

saya LIKE entry nie seratus kali:-)

mama akid said...

sedih..terharu...satu perasaan yang sama dapat saya rasa....kehidupan tanpa mereka ibarat tin yang kosong....mengeluar bunyi yang kuat tetapi tidak memebawa apa2 makna...kekuatan dari merekalah yang memeberi kehidupan baru buat kita...aisya dan kakak semoga menjadi sumber inspirasi ibu....semoga menjadi sumber kekuatan dan pengubat ibu..insyaallah..

Kasih Ibu said...

rasa sebak baca luahan hati seorg ibu...begitu bermakna kehadiran cahaya mata dlm kehidupan pasangan suami isteri...

moga ibu aisya terus tabah dlm mlalui liku2 kehidupan...Aminnn...

duniaanita74.blogspot.com said...

sayu kak ita baca ..taniah...kak.ita bangga....soga terus tabah ok..

Nonie said...

Jalan demi jalan...cabaran demi cabaran...sume ibu di dunia ini melaluinyer dalam proses melahirkan hinggalah membesarkan buah hati tersayang namun tak sume akan merasai saat sama seperti kite yang punyer anak yang amat istimewa seperti Aisya,Nabila,Iman,Humaira dan rakan-rakan lain...apapun akak cukup bangga dengan Ayu kerana kuat & tabah menghadapi saat-saat kesukaran itu & lihat sekarang tentunyer tiada apa yang paling membahagiakan Ayu selain melihat gaya & telatah anak-anak kan..Alhamdulillah..moga anak-anak kita ini sentiasa mendapat keberkatan Allah hendaknya..aaaamin:-)

Unknown said...

akak nangis...hati akak sebak...sebab apa yg ayu tulis sama apa yg ada dalam hati akak...betapa besarpun perbezaan mereka...mereka tetap permata hati kita....pengarang jiwa kita....salam buat aisya dan kakak...

Fysa Ismail said...

indahkan kak saat-saat perkembangan anak2....benarlah kata pepatah 'sejuk perut ibu mengandungkanmu nak' ....terbayang2 pepatah tu bile anak kite dapat melakukan perkembangan terbaru...
moga aisya makin sihat dan berkembang dengan baik..