Wednesday, February 23, 2011

Bila dia dah mula pandai menunjukkan kemahuannya...

Tiga empat hari nih ibu perasan yang aisya dah mula pandai untuk memberitahu apa yang dia mahu (selama ni rasanya xpernah lagi dia berkelakuan seperti sekarang. Jarang sekali dia meminta sesuatu. Susu pun hanya diminum jika ada orang suakan padanya atau paling tidak, jika ditengah malam..ibu xsedar nak bangun buatkan dia susu dia akan menangis. Itu pun jika dah benar-benar kelaparan! Jika tidak, dia hanya minum bila diberi. Kalau 5 jam baru ibu tersedar nak buatkan susu, maka dalam masa 5 jamlah dia tidak minum.). Perkembangan baru ni bukan melalui suara @ kata-kata (maklumlah sepertimana maklum, aisya masih lagi belum bertutur sepertimana anak-anak lain ) tapi melalui isyarat tangannya menunjukkan ke arah/benda yang dia mahu. Contohnya, dah dua tiga kali ketika ibu sedang sibuk di dapur, secara tiba-tiba ibu terasa ada satu benda yang menepuk-nepuk lembut kaki ibu atau menarik-narik seluar/kain ibu dari belakang. Bila dilihat rupanya tangan kecil aisya. Bila ibu pandang dan tanya kenapa, mulalah dia akan menunjukkan apa yang dia mahu. Biasanya menunjukkan air-tanda haus atau depang tangan -mahu didukung. :) Comel sekali telatahnya itu. Cik til pun ada cerita pada ibu tentang perkembangan tersebut. Pagi tadi, dalam jam 3 lebih, ketika itu ibu sedang nyenyak tidur...terasa ada tangan menepuk-nepuk badan ibu. Bila mata dibuka, rupanya tangan kecil aisya. Setelah dibancuhkan susu dan diberi padanya, dia minum dan kemudian tidur semula.(paling baik, aisya tidak pernah tidur (dengan botol susu terbiar bersepah-air susu meleleh ke tilam) kerana dia akan memberi botol susunya kembali pada ibu samaada habis diminum atau xhabis diminum) Tanpa menangis malah terkedip-kedip matanya sewaktu melihat ibu membancuh susu untuknya. Mudah sungguh menjaga anak ini.  
Mungkin bagi sesetengah ibu lain, perkara tersebut remeh/ xhairan pun apatah lagi untuk anak yang berumur hampir 2 tahun yang selalunya dah petah bercakap. Tapi bagi saya, sebagai ibunya sangat gembira dengan perkembangan itu kerana itu bermakna anak saya aisya sudah pun pandai menunjukkan kemahuannya dan keinginannya walaupun dengan keadaannya yang terbatas itu.(tanpa bertutur)

3 comments:

Mama Q said...

salam ibu...betul la ibu...klu org lain apa yg terjadi pada aisya bukan lah sesuatu yg membanggakan kerana anak normal mereka lbh pandai...tp bg kiter yg punya anak istimewa ni...setiap perubahan yg berlaku adalah satu pekembangan yg amat membanggakan kiter sbg ibu...mama doakan aisya terus dpt beri kegembiraan pada ibu & isya sihat selalu

insan kerdil said...

tiap hari yang dilalui bersama permata hati....adalah hari2 yang begitu membahagiakan....biar pun seringkali dihidangkan dengan segala ketidakpastian....tetap di satu2 keadaan....dihadiahkan sesuatu yang pasti.....masih lagi dikurniakan ruang dan peluang....bersama mengapai impian....dalam menuju redha Ilahi...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

zura_habibhaariz said...

yeah! samala ngan Habib..walaupun xleh ckp tp ada isyarat yg tersendiri...bgs aisya!