Thursday, February 17, 2011

Kematian itu pasti tiba dan seringnya doa saya xpernah putus agar 'pinjaman' ini dipanjangkan tempohnya selama yang mungkin.

Tadi saya terima satu message yang mengejutkan daripada K.Nor, teman saya sewaktu kami sama-sama menunggu permata hati masing-masing di IJN untuk menjalani pembedahan (pada tahun 2009) mengatakan bahawa anaknya (darling) perlu dibedah sekali lagi dalam masa terdekat kerana pembedahan lama mengalami komplikasi (anak k.nor mempunyai masalah injap rosak - di tukar dengan injap lembu dan jantung berlubang yang kronik) Secara tiba-tiba kenangan di IJN menjelma dalam ingatan saya. Kami satu bilik malah bersebelahan katil. Satu bilik ditempatkan 4katil iaitu saya(aisya), k.nor(darling), k.zura(nafeesa), k.imah(danny). Ketika itu, hanya pada teman-teman dalam biliklah kami mengadu resah. Setiap luahan dan tangisan yang membasahi pipi, kami tidak pernah malu kerana kami senasib dan saling memahami. Jika seorang menangis, maka yang lainnya akan turut sama mengalirkan airmata. Malah ada ketika merekalah yang akan memeluk dan memberikan saya bahu mereka untuk dibasahi bagi menenangkan saya yang paling muda dan paling 'cembeng' antara mereka (thank's k.zura- you are like my mother). Sungguh terasa akrabnya kami waktu itu. Jika saya ke surau untuk solat, atau keluar untuk mandi/ke tandas, atau keluar untuk mengambil susu perahan saya di peti ais dan memanaskan susu untuk aisya, mereka dengan rela hati membantu saya menjaga aisya. Sungguh, hubungan yang terjalin walaupun tanpa sebarang ikatan darah ini sangatlah bermakna dan tidak akan saya lupakan seumur hidup saya apatah lagi hingga kini hanya aisya dan darling anak k.nor sahaja yang tinggal untuk terus berjuang demi meneruskan kehidupan di bumi Allah ini.
Kematian demi kematian ke atas 'anak-anak' saya (anak k.zura dan k.imah) hampir melemahkan saya. Arwah danny anak k.imah meninggal sewaktu usianya 19 bulan, setelah 3 bulan menjalani pembedahan manakala arwah nafeesah anak k.zura yang paling rapat dengan saya malah nafeesa sama-sama masuk ke dewan pembedahan dengan aisya, pergi meninggalkan kami sewaktu berusia 8 bulan iaitu  5 bulan selepas pembedahan demi pembedahan yang dijalankan ke atasnya akibat pelbagai komplikasi. Yang paling sedih seumur hidupnya dia hanya pulang ke rumah 1 hari setengah sahaja. Selebihnya hari-hari yang dilalui hanya di wad, ICU dan dewan bedah (IJN-Hosp.Putrajaya-HKL)
Arwah Arissa-zaidah, puteri kesayangan saya yang sama-sama bermastautin di NICU (satu bilik ngan aisya selama +- 4 bulan ~muda 2 bulan dari aisya) juga pergi meninggalkan kami. Selain k.zura, zaidah adalah bestfriend saya sejak di NICU sehinggalah kami sama-sama membawa anak kami keluar dari NICU (18/9/2009-2 hari sebelum sambutan hari Raya Aidilfitri). Setiap masa kami berbalas pesanan bertanyakan khabar dan ada ketika kami bertemu sewaktu temujanji di hospital. Kehilangannya ketika berusia 11 bulan sangat mengejutkan saya kerana 2 hari sebelum pemergiannya saya masih berbalas pesanan bertanya khabar arissa dan bertukar gambar si kecil dengan zaidah. Perginya hanya kerana demam. Sungguh, pemergiannya saya tangisi melebihi mummynya sendiri.
Berita-berita kematian yang saya terima itu automatik mengingatkan saya pada aisya. Saya akui saya juga pernah membayangkan saat seperti itu.. andainya terjadi pada anak kecil kesayangan saya. Mampukah saya melaluinya? Tapi melihat pada kekuatan aisya, hati saya bertambah yakin bahawa anak saya mampu meneruskan. Anak saya anak yang kuat! Maka saya juga perlu kuat dan berusaha mengubatinya.
Saya xmahu kesakitan itu ada lagi padanya. Saya tak mahu lagi menyaksikan detik-detik 'seksa' anak saya yang perlu bergantung hidup dengan bantuan mesin hayat! Telinga saya perit untuk mendengar bunyi-bunyi mesin yang ada di sekeliling anak saya, mata saya pedih melihat wayar-wayar yang berselirat di badan anak saya. Saya serik untuk melihat wajah lesu kepucatan anak saya yang menahan kesakitan dan saya juga xsanggup lagi untuk mendengar desah nafas serta tangisan halus dari mulut kecil itu seumpama mahu menceritakan kesakitan yang ditanggungnya. Saya sakit setiap kali melihat kesakitan dia. Sumpah...jika saya di beri pilihan lain saya tidak mahu anak saya melaluinya sekali lagi. Namun, saya hanya mampu berdoa, meminta agar dijauhkan. Kematian itu pasti tiba dan seringnya doa saya xpernah putus agar 'pinjaman' ini dipanjangkan tempohnya selama yang mungkin.

Pada k.nor - saya doakan agar segalanya selamat dan dipermudahkan. Sabar dan kuat ye kak. Andai kita dekat, pasti bahu ini saya sandarkan buat akak seperti dulu-dulu.
Pada darling - Darling anak yang kuat kan? Ingat kata-kata yang acik ayu pernah bisikkan di telingan darling dulu? Jangan sesekali putus asa. Terus kuat dan kuat tau. Doa Acik ayu sentiasa ada untuk darling. Insyaallah, acik ayu datang lawat darling nanti.
Pada k.zura, zaidah & k.imah - kalian tetap ada dalam hati saya. Terima kasih atas semangat dan kekuatan yang telah dipinjamkan. Semoga kalian tenang dan bahagia selalu. 'Keep in touch ya sis'.

4 September 2009 - Pediatrik Intensif Care Unit (PICU)
Pada anak-anak ibu yang telah menjadi bidadari syurga, xpernah putus doa ini ibu utuskan untuk kalian. Semoga kalian tenang di sana. Bergembira dan berbahagialah di sana sementara menunggu untuk menjemput kedua orang tua kalian nanti. Alfatihah.

9 comments:

MommyAqil said...

sedihnya kak ayu..teringat terus kt NICU walau saya hanya duduk kt situ 10 hari tapi keperitan tetap terasa apatah lagi kak ayu n kakak-kakak yang lain berbualan-bulan di sna pasti lebih penderitaan yang kalian rasai..yang menghadapi kamatian pasti lebih-lebih sedih.. semoga kak ayu dan kakak-kakak yang lain akan terus tabah dan redha dengan setiap 'kehilangan' kerna pasti ALLAH menjanjikan sesuatu..InsyaALLAH..semoga AIsya terus sihat seperti kanak-kanak yang seusia dengannya..amin..

Yasmin Nabilah.. said...

Moga Allah terus meminjamkan aisya utk ayu..Amin..

jgn sedih2 ek ayu..sayu ina baca entry ni..ina sendiri takut utk lalui peristiwa kehilangan selepas alanna pergi dulu..

fariza zulaika said...

sabar ye kak..

Kerikil Kehidupan said...

Semoga Aisya yang comel itu akan terus kuat...kami warga Star juga baru kehilangan seorang murid tahun 4 yang mengalami komplikasi injap rosak...

Hug buat aisya....

MaMaNuRiN said...

adoi -:(

terasa sakit mama bila membaca entry ni..aisya kuat yer sayang!

insan kerdil said...

Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Fatimah r.a. : "Aku berwasiat kepadamu, hendaklah engkau ucapkan di waktu pagi dan petang:"

"Wahai Allah yang hidup, yang jaga, aku mohon dengan rahmat-Mu, pertolongan-Mu, perbaikilah untukku keadaanku dan janganlah meninggalkan aku (supaya aku menjaga diriku sendiri) walaupun sekelip mata"

ketentuan Allah adalah rahsia Allah.....

wallahu'alam....

Mawar said...

kak ayu,

trsentuh sy mmbaca entry akak ni, seolah2 sy dpt merasakn keperitan hidup kawan2 yg akak sebutkn tu, moga mereka terus kuat & tabah melalui hari2 mereka

buat kak ayu, jgn sesekali brhenti brharap & jgn putus doa kak

umi aiz said...

kak yu, sayu sangat membacanye..moga aisya terus kuat dan terus membuat kak yu tersenyum penuh kesyukuran..
sampaikan peluk cium sy tuk die ye..

Min said...

hidup & mati memang telah tertulis, menangis, sedih juga adalah fitrah manusia. kita juga belum pasti sama ada mereka atau kita yg bakal dijemput dulu. cuma ayu, kita sama2 doakan yg terbaik di sisi Allah buat anak2 kita serta kita dan family sekiranya saat itu tiba. kerana, ia pasti tiba...