Thursday, February 24, 2011

~Task untuk ibu~

Petang semalam..sekali lagi kami menunaikan temujanji OT dan Audio Aisya. Mood bercerita panjang tiada hari nih. Terkesan dengan 'sesuatu' yang ibu baca pagi tadi atau penat yang menguasai diri beberapa hari nih? Entahlah. So, ibu cerita apa yang dapat disimpulkan oleh therapist dan Audiologist pada temujanji kali nih jelah yek :)

OCC Theraphy
  1. Perkembangan aisya pada temujanji kali nih dilihat semakin baik berbanding sebelumnya. Penggunaan motor halus dan kasarnya sangat memuaskan.
  2. Tahap daya tumpuan yang selalu dikatakan oleh Cikgu Dila (therapist lama) kurang memuaskan juga nampaknya semakin baik berikutan aisya berjaya meletakkan beberapa block yang diberi (walaupun xhbs-xsampai separuh pun dia buat) malah menurut Cikgu Su pada peringkat umur 2 tahun biasanya memang kanak-kanak lebih gemar bermain dan selalunya cepat bosan.
  3. Skill pegang pensil aisya dipuji kerana dia tidak memegang pensil secara genggam tapi seperti orang dewasa :)
  4. Keseimbangan badannya juga semakin baik(walaupun masih goyang). Kalau dulu aisya datang berdukung dan dia lebih suka mengengsot tapi kali nih dia berjalan sambil dipimpin babah dan cubaan berjalan sendiri agak kerap semasa dalam bilik OT tersebut.
Cadangan dan latihan di rumah :
  • Untuk meningkatkan tahap daya tumpu : Ibu perlu beri aisya lebih banyak toys yang pelbagai warna, bentuk dan bunyi (kerana budak mudah bosan) untuk menarik perhatiannya. Cth: Kalau aisya suka buku, beri dia buku yang menarik dengan pelbagai warna atau beri dia main builder cube.Menurut therapist kalau dia dapat main dalam 10 minit pun dah kira baik, xperlu lama-lama.
  • Latihan berjalan dengan betul (tidak terkangkang atau menjengket)
  • Latihan keseimbangan badan cth naik buaian
* Aisya happy sangat semalam kerana ramai kakak2 (budak2 UKM buat praktikal) melayannya. Lepas seorang, seorang datang ambil dan dukung dia bawak g main kat luar time ibu discuss ngan Cikgu Su :)

Audio
  1. Total masa penggunaan hearing aid aisya iaitu selama 34 jam dalam tempoh 43 hari adalah kurang memuaskan :( -3minggu dia xpakai alat tuh Puan.Huhuhu..
  2. Setting volume dinaikkan lagi.
  3. Acuan dalam bahagian kiri seakan longgar.(patutlah kadang-kadang bunyi bising berdengung bila dipasang.Kesian aisya)
Sebelum ni, xpernah ibu diberi task kecuali peringatan supaya memakaikan aisya hearing aid selama yang mungkin tapi kali ni ibu perlu menyelesaikan task iaitu :
  • Semasa aisya memakai hearing aid ibu perlu berada dibelakangnya/atau tanpa disedarinya sambil menyebut AAA.. dan EEE, catit berapa kali baru aisya pandang dan latihan perlu diulang-ulang pada masa yang lain. * AAA.. adalah not tinggi dan EEE...adalah not rendah dalam suatu bunyian.(masih ada banyak not bunyi A.E.I.O.U tapi sebagai permulaan dua perkataan itu dulu)
  • Setelah test tersebut berjaya, ibu perlu menyebut perkatan yang sama dan suruh aisya sebut perkataan itu. Lihat berjaya atau tidak. Ulang banyak kali. Buat catatan.
Menurut audiologist memang memakan masa untuk dia bercakap seperti budak sebayanya kerana perkembangan aisya umpama tahap budak 7bulan yang baru nak tangkap sesuatu bunyi. Kena kerap latihan dan stimulasi.






Insyaallah, akan kita usahakan semuanya ye nak.

6 comments:

mrs_zura said...

bola yg beribu tu feveret Habib..request nk msk setiap kali ke OCCT...
All d best buat ayu n aisya:-)
Semoga aisya ber+ bgs dari hari ke hari...

umi aiz said...

alhamdulillah makin ade perubahan.. aisya ank kuat kn...
ooo main bola2 x ajak babay aiz ye..

Mama Q said...

Salam ibu aisya....just nak tau berapa lama aisya dpt tahan pakai hearing aids tu...anak mama, klu dgn mama setengah jam pun x sampai tambahan pulak dia dh pandai tanggalkan sendiri..waima umur pun dah 4 thn. Klu di taska boleh tahan jugak la lamanya..2 ke 3 jam. Mcm mana yer?

ieda said...

selamat membuat homework ibu...rajin2 yer..hehehe

insan kerdil said...

suatu perjalanan kehidupan....melakar kan pelbagai kisah...biar pun yang sering di nilai.....adalah pada zahir nya....namun makhluk sering nya terlupa.....akan hakikat rahsia-Nya.....

betapa pun jauh nya perjalanan.....berapa pun lama waktu ketika nya.....yang menentukan adalah Dia.....yang Maha Mengetahui...Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.....

sebagai hamba-Nya....percaya dan yakin....pada tiap ketentuan-Nya....adalah hak milik mutlak Penentu.....yang diharapkan semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat....dalam menuju redha Ilahi...untuk yang tersayang.....daripada yang menyayangi....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam...

Yasmin Nabilah.. said...

insyaAllah..moga segalanya dipermudahkan untuk ayu dan Aisya..Amin..:)
Tak sabar lak nak jumpe esok..hehe..