Monday, February 14, 2011

Masih dalam mood xsihat

2 hari bercuti, kami tidak kemana-mana. Tahap kesihatan aisya masih tidak memberi peluang untuk kami beriadah @ keluar berjalan dan melakukan aktiviti sosial seperti kebiasaannya. Malah, dah dah beberapa minggu aisya tertinggal dalam melakukan terapi/latihan/stimulasi seperti kelazimannya. Tiada lagi keluar untuk latihan berjalan di taman, tiada lagi aktiviti pijak embun pagi, tiada lagi sesi urutan, tiada lagi swimming untuk anak kecil itu. Malah hearing aid nya dah hampir 3 minggu tidak berusik. Mungkinkah semua ini bakal memberi impak besar pada potensi dan pencapaian yang telah aisya gapai sebelumnya? Doa ibu agar ianya TIDAK. Mungkin aisya akan sedikit lambat kerna perlu bermula kembali tapi diharap ianya tidak hilang begitu sahaja.

Sabtu malam ahad, aisya mengalami masalah kesukaran bernafas. Lekuk di dada yang dalam apabila cubaan menarik nafas begitu merisaukan. Mungkin kerana selsemanya yang mengganggu atau pun batuknya yang semakin teruk. Dan ibu sangat berharap agar ianya tiada kena - mengena dengan masalah paru-parunya. Terus-terusan dia batuk tanpa anak kecil itu sempat menarik oksigen baru masuk ke badannya. Rengekan dan tangisan sering saja kedengaran akibat ketidakselesaan itu sepanjang malam. Air suam dan susu juga ditolaknya mentah-mentah. Alamatnya kami satu rumah bergilir-gilir memantau aisya termasuklah tok abah kesayangan aisya. Tanpa mahu mengambil risiko, pagi itu ibu bawa aisya ke sebuah klinik swasta. Setelah diperiksa, doc mengatakan bahawa paru-paru aisya masih ok (tiada jangkitan kuman ) cuma kerongkong aisya dah bengkak dan merah menyala. Mungkin itu penyebab dia xmahu minum dan makan. Antibiotik yang diambil pada Rabu lepas ditukar dengan antibiotik baru yang lebih kuat kesannya. Tiada ubat selsema dan batuk yang diberi kerana menurut doc ianya tidak sesuai untuk aisya yang mempunyai operation history (4/9/2009 & 24/6/2010) kerana ubat tersebut boleh mencairkan darah dan berbahaya jika terluka. Ibu dinasihatkan agar memeriksa kencing aisya supaya air dalam badannya xkering. Sekiranya kering dan aisya masih xmahu minum, aisya perlu dihantar ke hospital segera untuk dimasukkan air.

Harap dengan antibiotik baru yang dibekalkan, keadaan aisya akan bertambah baik dan pulih. Doa yang tidak pernah putus untuk anak ini agar segalanya dipermudahkan.

Sewaktu menunggu untuk berjumpa doc di klinik.
"Cepatlah sihat wahai anak".

5 comments:

zura_habibhaariz said...

masih belum sihat anak yg cantik nie? hmm risau pulak...skrg bila baca di mana2 anak kwn2 ramai yg tak sihat..semoga aisya cpt2 sembuh...rindu nk tgk..nnt sy koling2 ayu ye..take care ayu..jgn risau sgt..

Yasmin Nabilah.. said...

Aisya lekas2 sembuh..Kakak Nabila dah nmpk ok sket..tp tk tau la kat sek camner arini..huhu..

insan kerdil said...

adakalanya Allah mengingatkan akan sesuatu yang sering kita pohon dahulu.....namun dek kerana kelemahan serta kekurangan seorang hamba....kita seperti terlupa untuk terus2an menikmatinya....

terkadang jua Allah menganugerahkan sesuatu yang asalnya kita tidak tahu kebaikannya....akan terselit jua rahmat-Nya...kerana Dia Maha Menyayangi...Maha Mengasihani....

semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat buat yang tersayang....daripada yang menyayangi....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam..

Bicara hati ibu aisya said...

zura & ina: terima kasih
insan kerdil : Terima kasih.saya cukup suka dengan semua hasil tulisan awak.Ayat-ayat itu banyak menyedarkan, mengingatkan dan menguatkan saya yang selalunya lalai dan hampir tewas.

ummuharithasif said...

smoga aisha syg cpat sembuh...smoga ayu tabah menghadapi sgala ujian drpdNYA...Allah menguji sb DIA tahu ayu kuat & Dia rindu untuk mendengar rintihan & doa ayu...smoga Allah berikan yg terbaik tuk aisha skeluarga.