Friday, April 22, 2011

~Berbagai rasa dalam satu hati~

Petang semalam seperti yang dikhabarkan, saya membawa aisya ke temujanji fisio dan OT nya.Berikut adalah peristiwa yang berlaku :


Fisioterapi
Petang semalam semua cikgu fisio yang pernah melatih dan mengajar aisya berjalan sepanjang 2 tahun ini ke bilik fisio kerana teruja apabila diberitahu oleh cikgu Ira yang aisya dah berjalan.Yang ibu terharu sebab hampir semua mereka masih ingat nama aisya walaupun ada yang dah setahun xmengajar aisya (di Hospital Serdang setiap 6 bulan, cikgu terapi akan bertukar)Lepas seorang, seorang datang menjenguk aisya.Hehehe...jelas nampak kepuasan dan kegembiraan di wajah mereka.si aisya lak mood tengahri tuh agak ber'angin' sebab ibu kejutkan dia yang sedang enak tido untuk ke hospital.Tapi sekejap jer...pastu dia mula terkedek-kedek berjalan mengambil segala permainan yang ada di situ.Bila diusik oleh cikgu-cikgu yang ada, terus malu duduk kat riba ibu xmau bangun-bangun.aisya keluar dari bilik fisio dengan memberi ciuman selamat tinggal dan bersalam dengan semua yang ada dalam bilik itu.


Dengan gembiranya ibu dimaklumkan bahawa aisya sudah boleh didischarge dari rawatan fisioterapi dengan bersyarat.Ibu perlu memantau setiap perkembangan dan pergerakkannya dari masa ke semasa.
  1. Perlu latihan di rumah supaya aisya belajar menyeimbangkan diri ketika berdiri atau berjalan.
  2. Kaki aisya yang kelihatan kengkang semasa berjalan perlu di ajar dengan betul.Mungkin dia kengkang sebab pampers yang dipakai.
  3. Perkembangan perlu selaras dengan usia cth aisya perlu pandai berlari dan melompat dalam usia 3 tahun.Jika tidak, dia perlu dirujuk kembali ke unit fisioterapi.
Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan rahmat dan nikmat ini untuk kami.DIAlah yang memudahkan segala jalan.Syukur!
Ibu juga diingatkan dengan satu perkara.Memang ibu pernah dimaklumkan dulu, aisya ada berkemungkinan untuk kembali seperti dulu SEKIRANYA bahagian otaknya yang mengecut itu terus mengecut, jadi ibu dinasihatkan agar stimulasi perlu dijalankan berterusan walaupun telah didischarge daripada fisioterapi.


Terapi Carakerja
Saya jarang tidak puas hati atau mengeluh dengan layanan dan cara kerja cikgu-cikgu/staf di unit ini.Segala tindakan, arahan dan nasihat yang diberi saya ikut dan terima kerana saya tanamkan dalam diri....mereka nak buat yang terbaik untuk aisya, anak saya.Tetapi kejadian yang berlaku petang semalam sedikit mencarik perasaan saya.Sungguh saya rasa ter'kecik hati', terkilan dan tidak puas hati dengan apa yang berlaku.Saya akui saya salah tapi bukan saya xusaha langsung.Dan semalam saya terlupa membawanya kerana tergesa-gesa balik dari opis terus ambil aisya dan ke hospital bukan saya sengaja!

Saya dimarahi kerana tidak memakaikan aisya hearing aid nya.Menurut cikgu barunya itu, macam mana aisya nak dengar arahannya kalau tidak memakai hearing aid.Macam mana dia nak buat terapi kalau aisya tidak mendengar dan tidak fokus.Macam-macam lagi yang dibebelkan namun saya diam.Aduhai...saya mengaku memang silap saya tapi cara cikgu tersebut mengeluarkan ayat nasihatnya teramat berbisa dan menikam hati saya.Bisa sekali.Dan yang paling saya kesal....kami di tinggalkan dalam bilik lampu tanpa sebarang aktiviti.Hanya ditinggalkan bodoh begitu selama hampir setengah jam sebelum tarikh temujanji akan datang di beri dan ayat cikgu tersebut kepada cikgu terapi lain yang saya dengar sebelum pintu ditutup (walaupun dia bercakap dalam bahasa Inggeris, jangan ingat saya bodoh....saya graduan UTM malah pernah menjadi pelajar terbaik wahai cikgu yang bijak!) sangat menyakitkan hati.Malah mata-mata lain yang memandang aisya umpama seorang makhluk asing yang mengjengkilkan buat saya marah!Sungguhpun aisya xmendengar tapi dia masih boleh melihat.Bukankah ada pelbagai lagi alat terapi yang  boleh digunakan sekalipun tanpa hearing aidnya?Sebak saya menahan dari air mata saya jatuh ketika dalam bilik lampu tersebut.Sedih kerana kami diperlakukan begini.Adakah kerana saya mendapatkan perkhidmatan di hospital kerajaan?Bukan di swasta?Entahlah...selama ini saya cukup berpuas hati dengan setiap layanan, rawatan, nasihat dan perkhidmatan yang kami dapat di situ tapi semalam, petang itu........sungguh sangat saya kesal.Di mana perginya etika seorang yang layak dipanggil doktor????

9 comments:

Mama Q said...

perkara biasa berlaku kat agensi kerajaan....

ieda said...

therapist tu tgh hangin kat benda lain gamaknya..habis tempias kat semua org.tak patutla dia buat mcm tu.org mcm ni biasanya dtg kerja sb nak duit gaji ja..not for the sake of the children.

ttg hearing aids tu...normal utk anak2 baya aisya ni reject benda2 yg di letak kat badan dia.jgn frust.letak ja...sekejap2 pun tak pa.its not mainly for hearing dia tapi utk biasakan dia dgn alat tu dulu.buat sementara fokus kat lips reading....kalau dia dapat lips reading pun dah bagus sgt ayu...kelebihan besar tu utk aisya.

zura_habibhaariz said...

Alhamdulillah dh xyah fisio...
hmm sabar la ye ayu...dieorg perasan bgs la tuh...

Nonie said...

Berat mata memandang..berat lagi bahu memikul kan Ayu...sabar yer..apapun tahniah coz Aisya x perlu lg join fisio walaupun bersyarat..lega sikit wlpn hanya pantau di rumah coz rumah sendiri lg selesa dr hospital tu yg punya seribu ragam manusia:-)

Mama3Q said...

mama2q baca cerita ni pun hangin, memalukan kami yg bekerja kerajaan, tapi cuma nak betulkan satu perkara, yang buat fisio ni BUKAN DOKTOR, tapi mereka adalah ahli fisioterapist...

Fysa Ismail said...

alhamdulillah...xpayah oprate jntung lg..now fisio dah xde lg...aisya makin sihat n kuat....moga semuanye berjalan dengan baik dan tak perlu lagi aisya menanggung kesakitan...
love u sayang..

oli said...

cakaplah elok-elok, kenapa nak marah-marah pula kan.

jangan pedulikan kata-kata mereka tu!!yang penting ayu dah buat yang terbaik untuk aisya.

mama akid said...

sabar yer ibu aisya..ni semua dugaan...tapi mereka tak patut bertindak mcm tu..tp ape2 pun banyakkn bersabar....

beargemoks said...

sabar ye kak ayu..eta baru tau semua ni..