Thursday, April 7, 2011

~Masih belum sihat~

2 hari berlalu tanpa sebarang entry
Bukan niat untuk mendiamkan diri malah jauh sekali untuk berahsia sesuatu
Kerana ibu tahu di luar sana ada ramai ibu, umi, mama, mummy, aunty dan sebagainya
Yang tidak lokek untuk mengirimkan sepotong doa buat aisya
Malah menghantar email@ sms bertanyakan khabar si kecil
;) Terima kasih semua...terima kasih di atas kasih sayang kalian pada aisya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
2 hari yang berlalu begitu memenatkan, yang penuh ke'tension'an, yang sangat merisaukan....
Bermula dari hari Ahad, membawa ke hari Isnin...kemuncaknya pada hari Selasa
Anak kecil itu lembik kerana muntah yang tiada henti
Setiap kali susu masuk ke badannya,tak sampai pun setengah jam, muntah akan menyembur-nyembur mengeluarkan semula susu yang diminum.Kejadian berlaku sejak pagi.
Dan yang paling menyedihkan...time itu ibu terpaksa berkursus.Kursus yang tidak boleh dikecualikan walaupun ibu memohon dikecualikan atas nama anak yang kurang sihat.

Seawal jam 6.10 ibu dah keluar meninggalkan aisya.Sejak dari tengahari cik til menghantar pesanan memaklumkan aisya muntah tak henti dan setiap kali minum susu.Hati yang gundah terpaksa ibu kuatkan untuk menunggu ke petang.Pastinya kursus yang ibu jalani terganggu dek akal yang kusut memikirkan keadaan anak di rumah walaupun info yang diberi semasa kursus ibu akui sangat-sangat berguna dalam tugasan harian ibu di pejabat.Hati asyik berperang nak balik dan mata xpuas dari mengintai jam dah pukul berapa.Petangnya, tanpa menunggu lama ibu memecut meredah kesesakkan lalulintas dan hujan yang lebat balik ke Putrajaya.Di rumah ibu lihat aisya lemah terbaring walaupun senyum masih mampu diukir sebaik melihat ibu masuk ke dalam rumah.Penat barangkali akibat muntah yang berterusan, atau lapar kerana cik til dah stop memberi susu sejak jam 3petang (takut muntah lagi dan aisya juga menolak untuk minum walaupun air suam kosong).

Selepas maghrib kami ke Poliklinik An-nur.Dari Putrajaya (terlalu ramai orang yang sakit, penuh dah klinik tuh ), tak sanggup nak menunggu lama lalu membawa kami ke Bandar Baru Bangi.Setelah ibu ceritakan dari awal kejadian aisya muntah-muntah dan setelah di periksa, doktor juga mengatakan mungkin akibat tukar susu.Menurut doktor lagi perut aisya dah 'berbunyi'(apa yang berbunyi tak tahulah), mungkin dia akan cirit birit pulak lepas nih.Ubat diberi untuk mencegahnya.Juga sepeket susu Isomil untuk dicuba.Hampir sahaja referral letter untuk ke hospital dikeluarkan.Huhuhu..sedeynya hati ini tak usah cakaplah.Semua salah ibu.Ibu yang gatal nak tukarkan aisya susu.Akibatnya?anak ibu yang kena tanggung sakitnya.Maafkan ibu yer sayang.isk..isk..isk :(

Semalam, ibu masih lagi berkursus.Aisya dah beransur sihat.Dah leh main-main macam biasa.Siang menurut cik til dah ok, tak muntah tapi aisya kurang minum susu (susu dah tukar kembali minum yang lama).
Masalahnya waktu tengah malam @ awal pagi selepas dia menyusu, dia pasti akan batuk-batuk tak berhenti (seperti gatal tekak/batuk kering) dan muntah.Selagi tak muntah, selagi tulah dia akan batuk macam nak terkeluar anak tekak, sampai merah-merah muka teran batuk.Dah muntah, dia akan lega dan sambung tidur.Begitulah yang berlaku jam 4pagi tadi.Aisya batuk dan muntah selepas minum susu.

Ada sesiapa yang tahu macam mana nak buat atau atasi masalah ini?Kesian tengok muka dia time batuk tuh.Selagi tak muntah selagi tuh dia akan batuk-batuk :(
Tak mau muntah-muntah lagi yer anak ibu.

5 comments:

umi aiz said...

patutlah x sedap je hati bile xde entry dari akk.. xde khabar ttg aisya...nak mengalir air mata bile dengar aisya muntah2. moga cpt sembuh ye nak..umi tak de petua mcm ne nak menangani nya..
kak yu take k for aisya k...

Rizziela said...

Siannyer Aisya..mungkin betul kot..dia x sesuai dengan susu baru tu

Mama Q said...

ayu....cian aisya...x der petua/cara la utk anak2 yg muntah2 ni...klu org dewasa boleh la cuba ubt herba cina ker...tp ayu leh la kot tanya kat kedai cina...klu ayu berani la...ye la cam mama Q pun x berani nak cuba ubt sembarangan tp masa mama Q keje ngan syarikat cina dulu...geng2 kat situ selalu la rekemen ubt tradisional dia org & dia org kata berkesan.

Kerikil Kehidupan said...

Alah siannya aisya..moga Aisya segera sembuh yer nak...

Ayue...tabahkan hati yer...

MaMaNuRiN said...

Moga aisya cepat sembuh. Kena lawan kuat kuat tau sakit ni,supaya ibu tak susah hati.