Thursday, December 16, 2010

Anak ibu memang budak yang kuat!!

15/12/2010- Lihatlah wajah ini.Wajah yang terlalu ibu rindukan sepanjang 4 hari lalu.Yang mana selama 4 hari itu hanya diam, tidur, merengek sahaja.Tiada senyuman dan ketawa.Tapi hari ini, setelah 4 hari berlalu...Aisya umpama mendengar bisikan  ibu di telinganya setiap malam supaya dia kuat dan ibu rindu nak tengok aisya senyum macam selalu.Terima kasih sayang kerana tidak pernah menghampakan ibu.Syukur padaMu Ya Allah kerana masih memakbulkan doa-doaku biarpun sebagai hambamu yang lemah aku seringkali alpa padaMu.
Alhamdulillah..aisya kini dah beransur pulih.Progress nya menurut doc sangat baik.tiada lagi demam dan sawan.Malah kini senyuman dah mula terukir pada wajahnya.Dia dah mula mahu bermain, duduk, berdiri dan meneroka benda-benda di sekelilingnya seperti biasa (line (jarum untuk masuk antibiotik) kat tangan tu dah banyak kali dia tarik dan akibatnya setiap harilah line perlu di buat) Semalam ibu terpaksa suruh HO stop melakukan line setelah 1 jam proses membuat line masih xdapat-dapat.Dari 2 orang HO yang mencuba sampailah lebih kurang 10 orang yang masuk mencuba.Aisya di dalam bilik prosedur tu dah 1 jam melalak.Ibu minta supaya setiap kali nak buat line biarlah pakar yang buat kerana ibu memang tahu aisya susah nak dibuat line.HO jumpa ibu meminta maaf.katanya dia dah cuba yang terbaik untuk buat line tp salur darah aisya yang terlalu halus dan selalu dicucuk menjadikan salur darahnya pecah/bercabang.Sebab tu susah nak cari.huhuhu...kiri kanan kaki tangan dah penuh dengan bekas cucuk.Kata pakar dan beberapa doc yang merawat, aisya budak yang kuat walaupun dah alami macam-macam.Yer..memang anak ibu kuat!!

                                       





Seorang makcik yang melawat aisya petang semalam menyalahkan ibu di atas semua kejadian yang menimpa aisya.Katanya ibu 'xpandai jaga anak'.Wah sedap sekali ayat itu.Nasib baik ibu memikirkan dia 'makcik'..dan selama ini tidak pernah pun walau sepatah ibu membalas kata-katanya.Rasanya kalau untuk menyakitkan hati ibu baiklah xpayah datang melawat.Sokongan yang ibu perlukan dari yang datang melawat bukan  kata-kata yang menambah parah di hati ini.Walaupun ibu diam tp dalam hati ini hanya tuhan sahaja yang mengetahuinya.Ibu menangis sendiri.Salah ibukah anak ibu jadi begitu?Gagalkah ibu dalam menjaga anak?Setiap ibu pasti xmahu anaknya begitu.Semua menginginkan yang terbaik..yang tercantik..yang terhebat untuk anaknya.Tp kalau itu yang tersurat buat kami, apa boleh ibu lakukan?Ibu hanya lakukan yang terbaik untuk anak ibu.Mengapa masih ada yang xpaham?Wahai hati..sabarlah, kuatlah.Biar selautan airmata ibu tumpah, biar ibu terpaksa merangkak,biar bergolok bergadai.......insyaallah, ibu akan cuba terus bertahan dan kuat demimu aisya kerna ibu masih ada Allah yang selalu mendengar rintihan ibu, tempat ibu memohon dan berharap.




Senja ini..setelah seminggu lamanya ibu berumahtangga di hospital tetiba ibu terasa kerinduan..rindu pada telatahnya, rindu pada wajahnya, rindu pada senyumannya, rindu pada celotehnya yang becok...rindu,rindu, rindu.Kakak..ibu rindu sangat kat kakak.Kasihan kakak terpaksa berpisah sementara dari kami.Malam itu ibu menelefon kakak.
Ibu : Assalamualaikum kakak
Kakak :Waalaikumsalam..ibu, ibu kat mana tuh?kat spital yer?
Ibu : ha'ah.ibu kat spital sayang.
Kakak : Aicha cakit ye bu? aicha watper?
Ibu : Ehmm..aisya sakit.dia tido.kakak doalah aisya cepat sihat yer.
Kakak : kakak dah doa hari-hari 'Ya Allah, Ya Tuhanku..sihatkanlah aisya supaya boleh balik rumah.Boleh main sama-sama ngan kakak'
Ibu : Ibu rindu kakak..kakak rindu ibu tak? (airmata dah bergenang)
Kakak : Rindu.kakak rindu ibu ngan aisya.
Ibu : K, lah kakak.Xmau nakal-nakal tau.i luv u sayang.assalamulaikum (hujan pun turun)
Kakak : Walaikumsalam..luv u ibu ..ummmmuh..

huhuhuhu...sangat rindu!!

9 comments:

MommyAqil said...

alhamdulillah..aisya dah kembali sihat..semoga Aisya terus sihat dan bertambah sihat..InsyaALLAH..

kak ayu,sabar yer dgn dugaan ini..semoga kak ayu terus tabah sekuat-kuatnya..

mun said...

syukur alhamdulillah..lega hati saya dpt melihat senyuman aisya..entah kenapa...pertama kali jumpa blog nie...dan pertama kali terlihat wajah aisya..hati ini rasa begitu terpaut dengan si kecil itu..rasa dekat...dan saya rasa macam ade satu aura yang menarik saya rindu pada aisya....

Yasmin Nabilah.. said...

huhu..cian kakak..rindu kat aisya.

Alhamdulillah..ada nampak progrees yg bagus dari aisya..:) seronok tgk dia main2 dlm bb coat.mogd aisya lekas2 keluar spital yek..

insan kerdil said...

jika sesetengah daripada 'mereka' fikir sesuatu itu boleh 'ditentukan' oleh makhluk....maka kenapa hidup 'mereka' sendiri turut tidak boleh 'ditentukan' dengan kehidupan yang sempurna...?

Aisya istimewa pada makhluk.....dan begitu istimewa pabila mendapat perhatian dan kasih sayang daripada Penentu....Pemilik....

pabila salah seorang nya lemah....yang kuat akan membentengi sehingga yang lemah itu kuat kembali....

dalam lengkap melengkapi....hadirnya bahagia pabila saling memberi dan menerima....dalam menuju keredhaan-Nya....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Mawar said...

Kak, jgn salahkan diri sendiri @pun salahkan sesiapa, hanya ALLAH Maha Mengetahui segala rahsia-NYA, bykkn sabar & istighfar

Lega sy tgok aisya main...wajah yg tenang & ceria

Jue-Isteri_Ibu said...

wah, aisya dah semakin ceria..manis betul senyumannya..alhamdulillah, aunty rindu dgn senyum aisya..ayu, bykkan bersabar..saya faham apa yg ayu rasa sbb sy pun pernah merasainya..Allah Maha Mengetahui..

MaMaNuRiN said...

alahmdulillah, aisya dah makin pulih..makin kuat..thanks ayu kerna menjadi seorang ibu, mal, umi, mummy adn mama yang kuat buat aisya dan anak-anak..insyallah, kasih sayang ibu dan ayah pada anak seperti aisya akan ada hikmahnya..pasti ada rahmat dariNYA..

ishhhh sampai hati "makcik" tu kan..eeee mama pulak yg rasa nak gi penampar je hehehe..

Ummi Alisya said...

Aisya, terus kuatkan semangat untuk sihat ye nak.

Untuk ibu pula, tabahkan hati. Biarlah dengan kata2 nista orang yang memang tak akan faham! Semoga Aisya cepat sembuh dan boleh balik main dgn kakak!!!

Min said...

alhamdulillah, gembira jugak melihat senyuman aisya yang kembali ceria!!!