Wednesday, December 15, 2010

Terima kasih pada yang mendoakan..cahaya terang yang kami mimpi selamanya akan kekal rupanya tersembunyi petir yang menyambar kuat..

Terima kasih pada semua yang telah menghantar message (jiey rayyan ariff,kak nani iman dll), menelefon(ina nabila), email dan sebagainya untuk bertanya keadaan terkini aisya. Maaf sekiranya ada message yang xberbalas, ada panggilan yang xberjawab.Sungguh, saat dan ketika ini ibu berada dalam satu keadaan yang betul-betul menguji. Terima kasih buat ina ibu nabila kerana tolong menguar-uarkan kepada sahabat-sahabat yang lain. Doa kalian buat aisya xmampu ibu balas.Hanya Allah yang dapat membalasnya. Untuk menjawab semua pertanyaan sahabat-sahabat, ibu ceritakan dari awal bagaimana semuanya berlaku.

Aisya malam kejadian. ibu terlintas nak rakam wajah dia malam tuh sebelum ibu tertidur.
Panas terik yang menyimbah kehidupan kami rupanya tersembunyi petir yang menunggu masa untuk memanah.Membuat ibu hampir xterdaya lagi untuk terus melangkah.Tak ibu sangka demam yang ibu rasakan hanya biasa (kerana temperature aisya time tu tidaklah terlalu tinggi berbanding yang pernah aisya demam sebelum ini) rupanya petanda kepada ujian besar buat ibu. Petang Jumaat 10/12/2010 lagi aisya dah demam.Dia merengek sehingga ke malam.Ibu xlepas dari membasahkan kepala dan badannya dengan tuala basah.11/12/2010 -Dalam kul 4.30++ pagi, aisya baru tidur dengan lena. Dari berdukung, ibu letakkannya di atas tilam.So, ibu ambil peluang untuk melelapkan masa dan berehat sekejap. Kira-kira kul 6.00 pagi ibu terkejut bila dengar aisya menjerit + menangis. Ibu cepat-cepat bangun dan ibu lihat aisya seperti menggeletar kuat (macam kena kejutan elektrik). Ibu menjerit tgk keadaan aisya.ibu angkat dan peluk dia tp matanya dah start memandang ke atas.Ya Allah..pertama kali dalam seumur hidup ibu melihat keadaan seperti itu.Masih tergambar-gambar kejadian itu di mata ibu.Umpama mimpi ngeri! Ibu rangkul aisya sambil memanggil-manggil namanya, nenek sapu muka dan kepalanya dengan air, tok abah membacakan beberapa potong ayat quran dikepalanya.Nasib baik time tu kami di rumah tok abah (babah kerja malam).Kalau  ibu sendirian di rumah xtaulah apa jadi.Dalam perjalanan ke hospital..aisya masih lagi menggigil dengan mata yang memandang ke atas dan air liur yang meleleh laju (tp tidak berbuih).Sesampai di pintu kecemasan mata aisya tertutup,aisya jadi lembik, bibir, kaki dan tangan biru kehitaman!Ibu dah macam orang giler meminta bantuan.Kami di bawa ke Zon Kuning.Oksigen dan segala macam bantuan diberikan.Setengah jam aisya masih xmemberi bertindakbalas.Kaki kirinya seakan tegang.Ibu tepuk pipi aisya.Ibu jerit suruh aisya bangun, ibu suruh aisya buka mata untuk ibu.Ibu angkat tangannya tp tangan itu terkulai jatuh.Akhirnya aisya disorong ke Zon Merah (Unit Kritikal).Time doc menyuruh nurse standby untuk ke zon merah ibu lembik..terjelopok jatuh.Nasib baik tok abah pegang ibu dan menyuruh ibu kuat.Yer..IBU PERLU KUAT UNTUK AISYA!! tp ibu lemah sayang...Ibu pedih, ibu sakit sekali melihat keadaan aisya begitu.

Bacaan yang tertera sangat tidak memuskan menurut doc(curi-curi ambik gambar).
Aisya mula sedar pada waktu petang. Pertama kali dia membuka matanya, dia kelihatan sangat sakit, lemah dan mamai.Dia mula merengek kecil.Mungkin dia takut melihat segala macam wayar yang berada ditubuhnya dan mesin yang berbunyi kuat di sekelilingnya.Ibu memanggilnya..namun ibu lihat matanya umpama xfokus.dia xmemandang pun wajah ibu.Dia mula menarik-narik oksigen yang diletakkan di mulutnya.Ibu minta kebenaran dari doc untuk mendukungnya dan setelah diangkat dia diam sambil matanya dipejamkan kembali.Sesekali dia merengek kecil mungkin tidak selesa.Darah diambil untuk ujian.Kaki, tangan dicucuk untuk drip dan ubat.Kasihan anak ibu..kalaulah ibu boleh menggantikan tempatmu, ibu rela sayang.
Bacaan yang semakin baik.Alhamdulillah..


Keputusan paling besar yang ibu perlu putuskan untukmu......rasanya umpama antara hidup dan mati!

12/12/2010 - Beberapa orang pakar kanak-kanak datang berjumpa ibu. Menurutnya result kesemua ujian yang dijalankan ke atas aisya telah keluar dan semuanya normal.Hati ibu berbunga riang.Alhamdulillah..
Namun ayat seterusnya bagaikan bom atom yang meletup di dada ibu.Menurut salah seorang pakar, mereka sedang mencari punca mengapa aisya boleh jadi sawan sedangkan suhu badan aisya tidaklah terlalu tinggi dan ketika itu aisya baru demam xsampai pun 24 jam selain dari itu sejak aisya masuk ke unit kritikal aisya sudah tidak demam dan sawan.Mereka mengesyaki aisya ada miningitis dan cara untuk mereka kesan adalah dengan melakukan LP (ambil air tulang belakang).Time itu juga ibu menangis...apa lagi dugaan untuk anak kecil ini?Doc menerangkan bahawa LP perlu dilakukan segera supaya kuman/virus tersebut dapat dikesan awal(sebelum sampai ke otak) dan kaedah penyembuhan dapat dilakukan segera.Doc turut menerangkan bahawa Miningitis adalah kuman yang akan menyerang otak mangsa dalam tempoh yang sangat cepat.Dan tidak melakukan LP adalah risiko yang lebih tinggi daripada melakukan LP. Dan doc memberikan ibu masa sehari untuk memikirkannya.Seharian ibu menelefon, message keluarga dan kawan-kawan untuk bertanya pendapat.Bermacam persoalan dan keputusan yang diberikan oleh mereka.Berat sungguh keputusan yang bakal ibu buat untuk permata hati ibu ini.Antara hidup dan mati rasanya.Ramai yang membantah (babah juga membantah), ada yang menyokong.Beribu andaian yang muncul.Ibu buntu, sedih, sangat-sangat.Air mata jadi teman setia dalam setiap sembah sujud PadaNYA..memohon diberikan kekuatan dan petunjuk.

"Ya Allah, janganlah engkau ambil aisya..aku mohon padamu, pinjamkanlah dia untuk aku selama mana yang boleh.Kuatkanlah aisya untuk terus berjuang Ya Allah..Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui Rahsia Di sebalik DugaanMu ini.Aku redha.Berikanlah petunjuk yang terbaik untukku.Amin Ya Robbal Alamin"

p/s: Mohon doa untuk aisya ye kawan-kawan.

7 comments:

mun said...

Ya ALLAh...enkau sembuhkanlah anak kecil ini..sihatkanlah anak kecil ini...kuatkanlah anak kecil ini menempuh kesakitan ini....sesungguhnya Kaulah maha mengetahui segalanya.....aminnnnn

zura_habibhaariz said...

semoga aisya cpt sembuh..aisya anak yg kuat..Insyaallah akan ada sinar utk aisya nnt..sy doakan aisya:-)

ieda said...

bagaimana keadaan aisya hari ni?akak doakan aisya cepat sembuh & aktif seperti biasa...

NrlAidaHml said...

Semoga aisya cepat sembuh!!Semoga ALlah sentiasa melindunngi anak kecil ini..sabar ye Kak Ayu..InsyaALLAH Aisya akan sembuh...

Unknown said...

Menitis air mata kak nanie mebacanya....apa yg terjadi pada aisya sama mcm apa yg berlaku pada Iman...mcm ulang tayang...betapa beratnya dugaan perasaan...betapa sukarnya memperoleh kekuatan...cuma Iman tak kena LP...terus buat MRI dan EEG...Harap ayue kuat, sungguh tika ini hati yg rapuh benar-benar menguji...dan berharap sgt...redup mata aisya kembali menyinar....kalaulah kak nani masih berada di bangi..dah lama kak nani smpi ke hspital serdang menjengok aisya...hspital tu byk memori buat kak nani dan anak-anak...be strong ok....

Bicara hati ibu aisya said...

Terima kasih atas doa dari semua.Alhamdulillah..aisya nampak dah beransur pulih mungkin berkat dari doa ibu-ibu semua.

insan kerdil said...

betapa terduga nya perjalanan kehidupan insan yang teruji....tiada kata yang mampu terzahir....selain doa buat seorang permata hati....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam....