Thursday, December 16, 2010

Cepatlah sembuh sayang..ibu rindu senyuman aisya.

14/12/2010 - Alhamdulillah..hari ni aisya dah ditolak ke wad kanak-kanak.Tidak lagi berada di Unit Kritikal.Oksigennya juga sudah dibuka.Berkat doa yang tak putus dari semua.Terima kasih.Dan result daripada LP semalam sangat ibu bersyukur...aisya bebas dari miningitis cuma result virusnya belum lg diterima.Alhamdulillah..syukur Ya Allah.Kau perkenankan doa seorang ibu. 
Keadaan aisya?setakat ini dia nampak beransur pulih walaupun mungkin tidak sepenuhnya.Yer...ramai yang menantikan perkembangan aisya selepas melakukan LP. Bukan sahaja message malah kakak-kakak di wad yang mengetahui aisya menjalani LP semuanya duk sok sek sok sek membuat bermacam andaian.'Kalau akaklah, akak xbagi anak akak buat LP tu', 'bukan ker bila buat LP tu nanti boleh jadi lumpuh?'. Dan aisya jadi perhatian dan bualan ibu-ibu yang menjaga anak-anak mereka di wad itu.Bukan ibu xdengar semua tu tapi ibu malas nak ambil tahu.Cukuplah ibu bersedih dengan keadaan aisya, ibu xmahu lagi menambahkan beban perasaan ini.Tahukah mereka perasaan seorang ibu bila terpaksa berdepan dengan situasi membuat satu keputusan yang membabitkan hidup dan mati permata hatinya yang tersayang?Biarlah apa orang nak cakap, yang penting ibu yakin ibu dah buat yang terbaik untuk aisya walaupun dalam hati kecil ini terselit juga ketakutan.Aisya dah hampir pandai berjalan...bagaimana nanti kalau dia tiba-tiba xboleh?Jauhkanlah Ya Allah.xpe dik, kita mula balik dari awal :(
'Maafkan ibu ye aisya..kalau-kalau keputusan yang ibu buat tu silap.Sumpah..ibu hanya nak yang terbaik untuk aisya.Apapun keadaan aisya nnti ibu terima sayang'.





p/s : Ibu terlalu rindu senyuman aisya..ibu rindu sangat nak tgk aisya mengengsot laju.Cepatlah sihat sayang.

8 comments:

mun said...

syukur alhamdulilah.semoga aisya cepat sembuh ye sayanggg

zura_habibhaariz said...

:-)
semoga aisya cpt sembuh..percaya kata hati insyaallah she'll be okay...

Yasmin Nabilah.. said...

peduli kata org..apa yg ayu buat mmg perkara btl.org andai ckp je.yg rasa kita...

ieda said...

insyaAllah aisya akan sihat seperti biasa...jgn pedulikan cakap org di sebelah.jadikan saja semua itu sebagai kekuatan utk aisya.

insan kerdil said...

untuk mengerti hati insan yang teruji....dan diuji...adalah seumpama air yang meski pun 'permukaan' nya tampak boleh dibaca...namun tidak bisa untuk 'ditilik' dalam hati nya..

semoga dipermudahkan segala urusan....buat permata hati yang sentiasa bersinar di hati seorang ibu...di hati seorang bapa....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Mawar said...

Insyaallah kak, gerak hati ibu biasanya lebih tepat. Kami sekeluarga doakan yg terbaik buat aisya. Akak bykkan istighfar & bersabar ya

Anonymous said...

Buat LP, bukannyer penyebab org jadi lumpuh atau tak boleh jalan. Org selalu salah paham...LP bukan sebabnyer...Org tak boleh jalan/lumpuh sebab brain injury yang dia alami..U did the right thing...kalau tak buat LP, lagi bahaya...tak dpt detect aisya sakit ape...

-haryati-

Jue-Isteri_Ibu said...

harap aisya cepat sembuh yer, sayang..ayu da buat yg terbaik untuk aisya..yg lain berserah pada Allah..jgn peduli org lain, ok..