Tuesday, December 21, 2010

Temujanji yang tertunda..yang xpernah habis

Sepatutnya 13/12/2010 aisya perlu memenuhi 4 temujanji serentak (fisioterapi, OCCT,ENT dan speech teraphy) pada hari itu namun serangan sawan yang xdiduga berlaku menempatkan aisya di unit kritikal pada tarikh tersebut. Bukan mengenai sawan yang ibu ingin ceritakan di sini tetapi berkenaan tarikh temujanji terapi pertuturan aisya yang tertunda. Semalam ibu call pihak ENT untuk memohon tarikh temujanji baru untuk terapi pertuturan aisya namun agak mengecewakan bila tarikh yang kosong slps 13/12/2010 adalah 23/5/2011. Maknanya aisya perlu menunggu 5 bulan lagi untuk dia mendapat temujanji pertama dengan pakar terapi pertuturan. huhuhu..lamanya. Time tu aisya dah pun 2 tahun lebih. xterlambat ke? Risau sungguh ibu memikirkannya. Kalaulah ibu mampu dari segi kewangan, ingin sekali ibu membawanya ke terapi pertuturan private. Tiap-tiap minggu pergi pun xper. Nak tanya pada yang berpengalaman, apa yang speech terapist lakukan semasa terapi pertuturan tu yek? Boleh ibu praktiskan pada aisya di rumah sementara menunggu 5 bulan tu.
27/12/2010 ni pulak aisya akan ibu bawa ke HTAR, Klang untuk ujian pendengarannya. Selalu ibu impikan supaya adanya keajaiban terhadap pendengaran aisya. Moga dia tidak lagi memerlukan hearing aid untuk mendengar (ni pun dah 3minggu dia reject untuk memakai hearing aid tu- bila dipakaikan, dia tarik buang)
Sekarang ibu masih menanti panggilan daripada pihak HKL untuk temujanji EEGnya.Agak berdebar juga menantikan aisya yang akan menjalani ujian ini apabila memikirkan keputusan yang bakal diterima nanti. Moga tiada yang tidak diingini berlaku pada otaknya (melainkan yang sedia maklum tentang pengecutan sebahagian otak aisya). Walaupun ada pendapat mengatakan, sekiranya keputusannya normal...serangan sawan mungkin tidak akan berhenti. Setakat ini sejak 2 hari keluar dari wad, ibu memang amat alert pada setiap reaksinya dan epilim diteruskan 2x sehari.Moga-moga segalanya dipermudahkan buat kami.

8 comments:

mrs_zura said...

insyaallah aisya akan ok...kuatkan semangat...
1)amik tgn ank letak kt tekak kita n buat bunyi AAAA...ooooooo...uuuuuu...mmmmm...suh ank kita tiru dgn letak tgn ank di tekak dia n tiru bunyi kita...
2)tiru bunyi haiwan
3)tiup belon yg buih tu
4)buat beberapa ayat mengenai sesuatu beda or perbuatan...cthnya ini sabun..sabun ni wangi..kita mandi gunakan sabun..dll..
5)ajar angguk n geleng
6)ajar anak mengenal warna..
hmm tu je yg sy teringat masa nie..hrp dpt membantu aisya...

Bicara hati ibu aisya said...

thank's a lot ye zura.yup, tu pun dah banyak membantu.akan ayu cuba praktiskan utk dia..habib buat speechteraphy kat spital putrajaya yer?

sarah-najwan said...

salam..

nmpk keletah aisya..semoga ibu tabah menghadapinya

semoga semuanya akan selamat dan ok..

Mawar said...

kak ayu,
moga sntiasa tabah hadapi liku2 hidup kita yg pnuh dgn ujian ini. kami prnah ada 3 appointmnt srntak, sian sgt kt anak penat. tp rupanya hari ni baru sy tau yg ada insan lain yg smpai 4 appnmt srentak...

akak try buat apa yg zura bgtau, tu pun bleh mmbantu, cuma akak kna istiqomah...buat setiap hari, at least 1 jam pun ok

nuyin2u said...

23hb 12, aisyah saya baru nak g terapi pertuturan firstime stlh 2x x dpt g. 2 tahun tu kira cepat juga, xp lah, enjoying our child, no matter what

Yasmin Nabilah.. said...

Untuk Nabila, dia direfer ke speech sebab masalah swallowing. tapi kira sekali la untuk bertutur. Alhamdulillah otot menelan Nabila nampak semakin baik..

Untuk ina, masa untuk aisya akan tiba juga. Yang penting Ayu tanya rakan2 yang penah pergi speech dan tanya apa yang dorang buat kat sana..Macam nabila pun, makan masa gak dia nak sebut2 perkataan. walaupun umo dah nak masuk 3 tahun, tapi cakap cam baby lagi. mau tak sedih.. :(

Jue-Isteri_Ibu said...

alhamdulillah. aisya dah sembuh.. saya ambil info dari komen zura yer ayu..ainiesampai skrg x dipggl utk speech..huhuhu..:(

ieda said...

akak nak bgtau pun tak pasti sb tak belajar bab ni dulu.nabila pun tak sempat dibawa ke speech therapy lg...punya sibuk mak bapak dia berjalan..hehe.
tapi kami praktik kat rumah ja.ajar dia sebut ikut suku kata.mmg lambat tapi ada improvement.
mula2 ajar umie,kakak,tok,along,wan..
then nasi,air etc...amalkan guna full words bila bercakap dgn dia.
masalah satu ja..nabila ni pandai lebih..kita ajar dia sikit ja pastu dia yg nak ajar kita plk.bila dia kata "amau" tak payahla nak suruh lg...mmg dia takkan sebut.
perlahan2 insyaAllah aisya boleh bercakap tapi kena make sure pendengaran dia ok.