Monday, December 6, 2010

Usaha berterusan dan langkah yang tak pernah terhenti

Cuti hujung minggu aisya kebelakangan ini dipenuhi dengan aktiviti untuk menguatkan kaki dan mengatur langkahnya untuk berjalan. Bangun seawal pagi untuk ke padang rumput bagi sesi memijak embun pagi-bertatih dalam setengah jam tanpa kasut di atas embun rumput. Selesai, sesi berurut pula dijalankan. Dan setiap petang aisya akan berlatih berjalan di palang besi di taman. Tidak lagi ke swimming pool. Kasihan anak kecil ini..mungkin cara ibu kelihatan seperti sedikit memaksa kerna semuanya ibu ingin lakukan padanya namun ibu tidak boleh terlalu memanjakannya. Aisya perlu lebih latihan dan terapi. Terapi yang dijalankan di hospital 3 minggu sekali itu tidak memadai untuknya. Masih tidak cukup. Bukan ibu tidak bersyukur dengan apa yang aisya ada..dengan keadaan aisya sekarang (mengengsot) malah ibu sangat-sangat bersyukur. Ibu bangga dengan pencapaianmu sekarang sayang. Dari hanya terlentang, terbaring (selama lebih setahun) kini aisya mampu ligat ke sana kemari dengan hanya mengengsot. Dengan hanya menarik tumit kaki, menekan tapak tangan dan mengangkat/menyeret punggung. Namun ibu yakin aisya boleh lebih dari itu. Ibu tahu aisya mampu melakukannya. Maafkan ibu nak...semua yang ibu lakukan ini adalah untuk kebaikkanmu. Agar aisya boleh berjalan sama seperti kawan-kawan yang seusia. Berjalan, berlari dan berkejaran dengan riang apabila di taman. Teruskan usahamu sayang. Jangan menangis dan terhenti di situ. Jangan takut jatuh kerana ibu akan sentiasa menemani untuk menyambutmu tanganmu. Hentikan tangisan itu dan teruskanlah langkahmu, jangan mengalah dan cepat berputus asa....hanya itu yang ibu pinta. Selama manapun ibu akan terus menunggu...saat dan ketika kau bisa melangkah sendiri.

 

 



 


4 comments:

Anonymous said...

langkahan biar kehadapan...seandai nya letih....ambil lah masa sebentar...

melangkah lah ikut kemampuan...seandainya tumpuan terganggu...jangan beralah kerana jalan itu masih ada...

teruskan lah melangkah biar betapa pun payah nya....seiring sejalan sehati sejiwa...jangan berputus harap mendepani apa jua ketentuan-Nya....

...kerana ketentuan Allah adalah Rahsia Allah....

wallahu'alam...

Min said...

go aisya go! u r strong girl!

Mawar said...

go aisya go, tgok muka dia...sungguh2 betul nk jln

nuyin2u said...

nak amik semangat ibu n aisya utk kami juga..