Thursday, December 2, 2010

Jagalah tepi kain sendiri..xperlu duk belek kain orang lain.

"Menjaga tepi kain sendiri lebih baik dari duk sibuk menjaga tepi kain orang lain."- entry nak luah perasaan (emosi..huhuhu)

Malam tadi ibu, babah, kakak dan aisya balik umh tok abah. Cadangnya saja jer nak singgah selepas kami g isi minyak kereta ibu dekat ngan umah tok abah. Lupa pulak yang hujung minggu ni jiran tok abah akan adakan kenduri kahwin anaknya. So, time kami balik umh tok abah tuh...ramailah makcik-makcik yang datang 'merewang' kat umh jiran tu- dalam bahasa melayunya gotong royong utk kenduri. Ibu xamik pot pun. Ibu masuk ruang menonton tgk Bersamamu - kisah anak-anak OKU (masalah pendengaran). Ibu memang tertarik dengan kisah yang dipaparkan kerana ianya ada kaitan dengan masalah aisya. Aisya dan kakak duk leka main kat ruang tamu. Sedang asyik ibu menonton (time tu nak hbs dah citer ) tetiba pendengaran ibu tertangkap suara-suara org duk bercerita. Ibu xambil pusing pun. Tetiba ibu dengar lagi... 'tu anak ayu yang sakit tu kan? comei budaknya.sian, kecik-kecik dah kena macam-macam'. Dalam hati ibu 'eh..makcik-makcik ni sibuk duk tengok anak aku ker tuh?'. ibu buat xkisah lagi sebab ibu tahu gril tu berkunci. 'Yelah..tu lah anak ayu yang CACAT tuh. Duduk icu berbulan-bulan. Tengoklah badan dia kecik jer. Umur dah dekat 2 tahun tp badan cam budak 4,5 bulan. Orang lain dah berlari dia masih ngengsot lagi. Telinga pun xdengar. Kesian betul' Pergh...terasa darah menyirap naik ke muka. Ibu terus ke ruang tamu amik aisya dan tarik kakak ke dalam. Sebelum itu ibu pandang 3 orang makcik yang berada hampir dengan grill umah tok abah tuh sambil mulut ibu berkata 'xpelah makcik..anak saya memang istimewa tp sekurang-kurangnya dia xde dosa dan xpernah susahkan sesiapa'. Makcik yang berkata tu senyap dan mereka cepat-cepat berjalan keluar. Ye..mungkin nampak ibu agak kurang ajar tp serius ayat yang dituturkan oleh makcik tersebut sangat menyakitkan hati ibu. Sungguh ibu sangat kecik ati, sedih dan bengang! Sepanjang umur aisya, xpernah sekalipun kami mengatakannya cacat dan inilah pertama kali ibu mendengar ada orang memanggilnya begitu. Kenapa semudah itu makcik tersebut menuturkannya tanpa memikirkan perasaan ibu, orang yang melahirkan anak itu? Sepanjang jalan balik ibu sebak. Ayat itu masih terngiang-ngiang di telinga ibu sehingga ke waktu tidur. Akhirnya xtahan menangung sendirian, ibu bertanya pada babah 'Yang, aisya tu cacat ker?' sesungguhnya berat sekali nak sebut perkataan itu tp ibu nak gak dengar jawapan babah. 'Sapa yang cakap camtuh?' Dengan hamburan airmata dan esak tangis yang ibu dah xboleh nak tahan ibu ceritakan semula kejadian di rumah tok abah tadi. Babah menarik dan melepaskan nafasnya, mengusap airmata dan memeluk ibu lalu menjawab 'Sayang..walau apapun orang bercakap pasal aisya, awak xyahlah ambil kisah kerana kita tahu aisya tu SANGATLAH ISTIMEWA. Awak bertuah sebab terpilih untuk melahirkan dan menjaganya. Saya bangga sebab saya ada awak dan anak-anak yang kuat, comel dan bijak tuh. Dah, xyah pikir dah'.
Huhuhu..sungguh touching. Terima kasih babah. i luv u!


6 comments:

CuppyCakeMommy said...

Tak kena atas batang hidung dia sendiri..tunggu je lah babe..langit tak sentiasa cerah..and kita akan sentiasa berada di atas..
sabar ok..semuar orang tahu aiya is a secial girl in her own way..tengok gambar2 dia kat blog pun dah lh sejukk kan hatiii..

Suatu hari..insyaallah doa kita ramai2 akan dimakbulkan..suatu hari Aisya akan berjalan dengan bangga depan makcik2 tu...

Mawar said...

Assm, akak byk2kn sbr...istighfar. org kata kat kita, kita dpt pahala free. Sy yakin akak kuat, boleh hadapi smua ni

Dgn lahirnya seorg anak yg penuh dgn ujian & keperitan, maka lahirlah juga seorg ibu yg brhati cekal & tabah, dan akak adalah salah sorang dr ibu2 itu

Salam syg sy buat aisya, wassalam

nuyin2u said...

ye...sgt touching..meleleh air mata saya..sabarlah wahai kawan..

Min said...

ayu, sabar la dik... kita dan anak kita adalah mereka yang terpilih serta istimewa di sisi Allah. Insya Allah! tak yah amik pot ngan mak cik2 tu... moga ayu n family terus kuat & tabah...

mrs_zura said...

b strong k...kata2 tu dh selalu sgt sy dgr..kalu tak kuat kita aku jatuh tersungkur jugak...pedulikan n teruskan seperti biasa...insyaallah yg mengata akan tersedar jua..yg berada di atas tak semestinya terus di atas:-)

Anonymous said...

pabila salah seorang daripada nya lemah...yang kuat perlu membentengi sehingga yang lemah itu kuat kembali...

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah....

wallahu'alam...