Wednesday, December 29, 2010

Penawar duka lara ibu..

Setelah 2 minggu berlalu siri serangan sawan terhadap aisya..alhamdulillah, aisya kini nampak semakin sihat dan aktif. Menghilangkan sedikit demi sedikit kerisauan ibu terhadap kesihatannya. Malah, kadang kala ke'aktifan' dia menunjukkan seolah-olah dia tidak langsung mempunyai sebarang masalah kesihatan. Terbit kekaguman melihat kesungguhan dan kekuatan anak kecil itu melawan setiap kesakitannya. Anak kecil itu sungguh menghiburkan dengan keletah dan gelagatnya yang mencuit hati juga sungguh membahagiakan ibu dengan senyuman dan tawanya dari wajah yang tulus itu. Doa dan ikhtiar yang tidak pernah putus semoga aisya akan terus sihat dan kuat.
Berbaring/meniarap atas sofa sambil bermain dengan
 kereta mainan
Penat baring, duduk main cekak rambut kakak pulak

Konon-konon nak pakai tapi orang letak cekak atas
kepala, dia letak kat leher.
Dah boring..amik remote astro lak

Main tukar-tukar chanel tv
Tengok tuh..penuh dengan kesungguhan nak tekan remote astro tuh.Siap hala remote tu depan tv lagik.
Beberapa keping gambar reaksi aisya bermain sorang-sorang yang sempat ibu snap.

4 comments:

ummuharithasif said...

smoga aisya sentiasa sihat,insyaAllah...comel la aisya ni..cute sgt ;)

Kerikil Kehidupan said...

Alhamdulillah...semoga aisya terus sihat dan ceria....

Min said...

cumil sungguh aisya ni, mcm nk cubit2 je rasa... alhamdulillah, dia dah sihat ye...

ainurbalkis said...

Aisyah comel..