Friday, December 3, 2010

Kisah di suatu petang..

Suatu petang, ibu perhatikan gelagat aisya semasa cik til nak keluar membuang sampah...apabila aisya nampak jer cik til dah siap memakai tudung, dia mula xsenang duduk. Matanya memerhati ke mana sahaja kaki cik til melangkah dengan harapan cik til akan angkat dan dukung dia (sebab pada anggapan aisya cik til nak turun ke taman @ ke kedai macam selalu tuh) Hehehe..
Sebaik jer tangan cik til memulas tombol pintu, aisya dah angkat-angkat tangan dia (supaya cik til nampak yang dia nak ikut-cerdik kan anak ibu nih :) )
Namun bila cik til melangkah keluar dan menutup pintu rumah..bermulalah esakan dan akhirnya raungan tangisan. Saja ibu xangkat dan dukung aisya sebab ibu nak tengok reaksi seterusnya. (kalau dukung confirm senyap terus) :)




Lihatlah wajah anak ibu yang manja nih - Tak makan dek pujuk. Ibu bagitahu, "cik til kuar kejap jer g buang sampah. Bukan nak g taman. Adik duduklah ngan ibu." Lagi kuat raungan dia. Huhuhu..
 









Kakak pula ambil alih pujuk aisya dengan menunjukkan toys n car. Pun tak dilayan oleh budak kecik cerdik nih. Masih dengan tangisan yang semakin syahdu.




 



Tiba-tiba tangisan yang kuat itu berhenti bila mata terpandang 'sesuatu' yang dipegang oleh kakak aireen. Nampaknya dia berminat....jeng..jeng..jeng









Tangisan bergema kembali setelah ibu mengatakan 'No!' pada apa yang dia mahukan. Lihatlah..dengan airmata yang berjejeran..sengaja meminta simpati agar memberikan dia apa yang dimahukan. Nak tahu apa yang aisya nak sangat tuh??? (sesuatu yang tak sihat untuk kesihatan)






Akhirnya tangisan berhenti serta merta bila ibu mintak kakak bagi plastik makanan (yang sebenarnya dah habis) itu kepadanya. Lihatlah gelagat aisya...pandai pulak dia memasukkan tangannya untuk mengambil isi makanan tersebut. Leka sekali....








Muka bengang bila diseluk-seluk masih juga xdapat apa yang diinginkan. Mesti dalam hati aisya berkata 'mananya makanan ni. Tadi kakak makan sedap jer adik tengok'. Hihihi...cian adik. Dapat pegang plastik jelah jawabnya yeh. Bukan ibu nak menipu, tapi makanan itu xelok untuk adik sayang.





Muka budak comot baru lepas nangis.
Terbayang riak puas hati bila dia dapat apa yang dia nak.
'Kecil-kecil cili padi..'
Eii...geram ibu tengok adik nih.nak kena gomol lagi budak tecik nih.hihihi..

9 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

hehe..comel..:)
Bijak la aisya nih..hehe..seronok tgk.. :)

mrs_zura said...

ololo..sian dia nk ngikut...cute jer...

nuyin2u said...

bila kita tengok, itu adalah satu perkembangan, suka biarkan dia nangis lagi kan...samala ngan saya..hehe

Anonymous said...

dalam memerhati setiap keletah seorang permata hati....tiada yang hadir...melainkan rasa kasih...dan syukur kerana masih punya ruang dan peluang bersama....dalam menuju keredhaan-Nya....

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah....

wallahu'alam...

Julaiha Kamarul Baharin said...

comel n cerdik aisya ni..sama cam ainie gak,pantang tgk org pakai tudung atau tukar baju cantik sikit..dia suruh ibunya pakai baju buruk2 jer kat rumah..huhuhu..

Mawar said...

alahai comeiiinya, pandai sungguh dia tarik perhatian org...cute

Min said...

comelnya aisya!!!

Anonymous said...

comeinyeeee anak ni...

mun said...

aduh....comel dan cerdiklah aisya nie.....hehehee...