Wednesday, February 16, 2011

Alhamdulillah..walau beribu malah berjuta permohonan (doa) telah dipinta, DIA masih lagi memberi.THANK YOU ALLAH!

Muka blur baru bangun tido selepas beberapa jam kepalanya terhempas kelantai.

Dah mula tersenyum bila diagah

Air hidung (selsema) yang masih belum sembuh. Alert dengan keadaan
sekeliling walaupun kelihatan masih lemah.
 Alhamdulillah...syukur yang tidak terhingga padaMu Ya Allah kerana masih lagi memberi dan memakbulkan setiap permohonanku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui di atas setiap apa yang Engkau janjikan pada kami hambamu yang lemah ini.
 
Ini adalah sambungan rentetan peristiwa entry lepas yang mana aisya jatuh terlentang ke lantai akibat salah berpijak ketika percubaannya untuk berdiri dan mengatur langkah. Alhamdulillah, beberapa jam selepas itu aisya bangun dengan senyuman. Tiada lagi tangisan. Betapa berbunganya hati ibu melihat senyuman itu. Dan kerisauan yang bermain di fikiran sedikit pudar walaupun masih ada kebimbangan yang bersarang. Moga anak ibu ini ok-ok sahaja.

Semalam, sambutan Maulidur Rasul. Pagi, kami hanya bermalas-malasan di rumah. Berehat dan menonton program tv bersama. Babah pula mengikuti perarakan Maulidur Rasul mewakili tempat kerjanya. Tengahari, kakak start merengek memujuk untuk mengajak ibu keluar bersiar. Kebosanan barangkali. Memandangkan kakak dan aisya 'baik' hari ini, demam juga sudah tiada, dan sudah lama kami tidak berjalan ke taman, so ibu katakan pada kakak petang kita keluar. Babah mencadangkan agar kami ke Taman Putra Perdana. So, petang tersebut kami menghabiskan masa bersama di taman. Jelas tergambar keseronokkan dua beradik tersebut. Kakak berlari berkejaran bersama babah manakala aisya sudah pastilah mengekek ketawa melihat kakak dan babah dari atas dukungan ibu (sekali-sekala dia menggelupur minta diturunkan nak main lari-lari gak. Hahaha..adik jalan pun belum boleh lagi sayang. Cepat-cepat boleh jalan ye. Barulah boleh main lari-lari ngan kakak dan babah.) Bila diletakkan ke bawah (atas lantai simen), bukannya dia nak berjalan malah dia mengengsot laju konon-konon nak main kejar-kejar ngan kakak. Comel sekali kamu aisya walaupun dalam keterbatasan itu. Sungguh, itulah antara priceless moment yang terindah dalam hidup saya sepanjang bergelar seorang ibu yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Hati saya puas melihat anak-anak saya menjerit keriangan. 2 minggu yang berlalu penuh dengan kesakitan dan tangisan (bukan sahaja anak malah ibu pun sama turut menangis) akhirnya petang semalam saya temui kembali sinar senyuman mereka. Semoga terus sihat anak-anak ibu. Ibu sayang sangat kakak dan aisya.

Alhamdulillah..Allahhuakbar!
UjianMu kuterima dengan Redha kerana aku tahu Kau takkan menguji sekiranya hambaMu itu tidak mampu untuk melaluinya. Dan aku juga tahu ujian itu menandakan Kau terlalu sayangkan kami malah mendekatkan lagi kami padaMu.
Terima kasih Ya Allah kerana menjadikan aku kuat dengan ujian-ujianMu itu. 
(sebaknya hati saat menaip entry ini)




8 comments:

insan kerdil said...

tatkala menadah tangan....memohon dan terus memohon...pada-Nya yang Maha Mengasihani....Maha Mengetahui....kan tersingkap jua kenangan....yang menyaksikan pahit getir......menempuh suatu perjalanan kehidupan yang dinamakan perjuangan.....untuk yang tersayang....daripada yang menyayangi....

seandainya hidup ini dinilai....dan diadili di sini....entah di mana kan dialihkan perhatian untuk mencari kekuatan yang tersisa....kerana tiada apa yang tinggal...atas kelemahan serta kekurangan seorang hamba.....selain berbaik sangka dengan-Nya....dan percaya dan yakin....Penentu...Pemilik....adalah ALLAH S.W.T.....yang Maha Adil...Maha Mengetahui...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam...

Anonymous said...

Alhamdulillah...syukur Ya ALLAH...

Ain said...

Salam Ayu..
Besday Aisya sehari selepas besday Ain ler..Insya'Allah kalau tiada halangan akan saya hadiahkan besday kek yang special buat putri ayu ni ye..Ain keje kat Putrajaya..nanti boleh ler kita jumpa yer..teringin nak jumpa aisya..

Jue-Isteri_Ibu said...

alhamdulillah..kakak n aisya, sama2 comel.. manis sggh senyumanmu, nak..ayu, nanti inbox no phone yer...tq

Yasmin Nabilah.. said...

Amin...Moga Aisya dan Aireen diberi kesihatan yang baik selalu..

Yu, agaknya aisya nak test lantai tu kot..rasa gegar ke idak..hehe..

zura_habibhaariz said...

wah comelnya anak2 nie...ayu nie mcm2 taman dia tau,sy tau wetland sajer hehe...blm hbs explore Putrajaya nie...

ummuharithasif said...

bilamana Allah menghilangkan mentari seketika...dan mendatangkan hujan,kita mungkin bersedih...rupanya Allah ingin m'hadiahkan kita pelangi yg indah slpas brhentinya hujan...

mungkin yg kita fikirkan baik utk kita,tidak begitu pd Allah..dan yg kita rsa kurang baik itulah mungkin yang terbaik sebenarnya utk kita...sesungguhnya kita hanya merancang dan perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan...

bersyukur kita bila diuji,kerna Allah masih ingatkan kita...pasti Allah rindu mendengar rintihan dan doa kita yg berpenjangan...

" Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai dengan kemudahan, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai dengan kemudahan".-ayat 5& 6 surah alam nashrah

Min said...

syukur aisya tak de apa2... good girl aisya, keep on going...!