Tuesday, February 8, 2011

Ujian untuk ibu

Dah 3 hari anak-anak ibu xsihat. Inilah 'buah tangan' yang kami bawa balik dari kampung. Tulah, nak sangat tengok suasana banjir (walaupun sebenarnya kami langsung xjejak pun air banjir tuh)

Si kakak, aireen..dah 2 hari tak ke sekolah. Demam panas ditambah pula pakej batuk dan selsema. Suhu badannya berlegar di sekitar 38.2c-38.8c. Kesian kakak..dek kerana kepanasan dalam badan tu, muka, mata dan bibir semuanya merah. Tapi yang baiknya si kakak ni dia kurang meragam walaupun sakit. Dia hanya melepek terbaring lesu sambil sesekali kelopak mata terbuka nak lihat apa yang berlaku di sekelilingnya. Malam semalam badannya menggigil2. Katanya sejuk namun bila ibu rasa badannya panas. Sesekali dia merengek, tu pun bila terasa nak muntah @ batuk yang xhenti. (mungkin sakit sangat tekak tuh) Dan kakak kerap minta di mandikan walaupun kain basah xlekang dikepala dan badannya (panas dalam badan agaknya). Kesian kakak..cam dah lama jer xdengar mulut becoknya bercerita dan bertanya itu ini. Peralatan menulis dan mewarnanya juga xberusik seperti selalu.

Si adik, aisya pulak baru jer berjangkit demam ngan kakak 2 hari lepas. Haa..si adik ni kalau tak sihat, alamatnya memang asyik merengek. Kerjanya merengek, merengek dan menangis. Start malam tadi batuk dah bermula. Sampai merah padam muka dengan mata berair menahan batuk. Nafas pun dah mula cepat. Yang merisaukan adalah keadaan jantung dan paru-parunya. Ibu dah start pakaikan aisya in haler puff oren dan kelabu 4 jam sekali untuk paru-parunya agar pernafasannya lancar. Epilim juga xpernah lalai diberi mengikut aturan. Malam tadi tidurnya terganggu dengan batuk yang berpanjangan. Akibatnya, menangislah anak kecil itu. Nasib baik susu masih mahu diminum (makan? langsung digeleng tanda xmahu). Jika tidak lagi bertambah runsing hati ini. Suhu badannya pagi tadi 38.2c.

Hati ibu mana yang xsedih, xrunsing, xbimbang andai anaknya sakit? Penat? Letih? Stress? usah dikira. Jika menjaga seorang anak sakit pun dah macam-macam perasaan, inikan pula 2 orang yang mana seorangnya memang bermasalah kesihatan. Kadangkala benteng kesabaran runtuh juga melayan kerenah dan tangisan yang xhenti itu namun apabila melihat kesakitan si anak, tambahan pula bila sendirian di malam hari atau di subuh dinihari, mengelap kepala dan badan mereka dengan tuala basah...sebak mula menggunung...airmata juga begitu mudah gugur. Sayangnya Maha Besar Pencipta kepada ibu kerana mengurniakan ujian-ujian ini pada ibu. Allahuakbar! Hanya doa yang dipohon agar kesakitan itu cepat pergi dan digantikan dengan kesihatan yang berpanjangan. Ataupun biarlah yang menanggung kesakitan itu IBU, bukan anak-anak kecil ibu yang tidak berdosa itu.

Kakak, aisya...cepat sihat ye sayang. ibu rindu kelincahan kamu berdua :(

5 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

Moga Aisya ngn Aireen lekas2 sembuh..Amin...

Jue-Isteri_Ibu said...

Alahai, ciannya dua beradik ni. Cepat2 sembuh yer sayang.
Ayu, just nak share, sy pernah bw ainie tgh mlm ke kinik sbb suhu tggi 38.8c, n sy dinasihatkan doc supaya ada spare ubat buntut(demam) kat rumah. ia penting bg budak2 cam anak2 kita. bila suhu mencecah 38.5c perlu msk ubat sbb bw bg diorg, tkt sawan myerang. apa2 nanti ayu tanya doc ayu yer. sbb sy sentiasa ada dlm fridge. sabar yer ayu..

Min said...

semoga aisya n kakak cepat sembuh... Insya Allah... rajin selawat di telinga anak2 ye ayu...

Mawar said...

kak ayu,

moga anak2 cepat baik ye, rajin2 bg ubat...jgn lupa

jgn bimbang, budak kecik Allah jaga, insyaallah

insan kerdil said...

sering nya dalam mendepani ujian ianya adalah tentang apa....ketika ujian itu dilalui....ianya adalah tentang bagaimana....dan pada akhirnya....pabila ujian itu berlalu.....yang terzahir adalah kenapa.....meski hakikat nya hanya ALLAH S.W.T Maha Mengetahui akan hikmah sebenar.....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam....