Thursday, April 21, 2011

~Kerisauan yang terpendam~

Entah kenapa hampir setiap masa, pasti hati dan fikiran ini masih terfikirkan perkara yang sama.Di pejabat, di rumah malah kadang-kadang membawa semasa ke driving (huh...bukan ker memang ibu ni suka mengelamun time drive?;P )

Ibu terlalu risaukan masa depan aisya.Ibu risaukan aisya yang masih belum pandai menyebut apa-apapun hatta memanggil perkataan IBU sekalipun.Ibu risaukan pendengaran aisya.Jauh di dasar hati, ibu seringkali menangis melihat wajahnya yang sering membuat orang yang memandang jatuh hati itu.Ibu sebak setiapkali melihat bibir cantik itu tersenyum.Mana perginya suara manja kamu sayang?Ibu harus akui aisya sekarang sering saja menolak setiapkali dipakaikan hearing aid.Berbanding di awal dulu, dia hanya membiarkannya sahaja.Paling tidak pun, alat itu boleh bertahan 1-2 jam setiap kali dipakaikan.Tapi kini, setiap kali dipakaikan setiap kali itulah dia akan mencabutnya semula.Malah, ada ketikanya xsampai pun 5 minit dipakaikan, alat itu sudah berada dalam genggaman jari halus tangannya.Sehinggakan ada masa ibu naik angin dan menepuk perlahan tangan kecil itu sambil memarahinya.Lalu, kesudahannya  tangisan kedengaran.Salahkah tindakan ibu anakku?Oh anak...ibu sedih, ibu pedih kerana TERPAKSA MEMAKSA kamu memakainya.Apa lagi cara yang boleh ibu lakukan?Ibu xtahu apa yang kamu rasa ketika memakainya.Sakitkah?Kuat sangatkah bunyinya?Berdengungkah? Sehingga kau tega sekali menolak setiap kali dipakaikan alat itu.

Maafkan ibu sayang.Hanya itu sahaja caranya supaya aisya dapat mendengar dengan baik.Dapat belajar mengenali suara, bahasa dan perkataan.Malah aisya akan dapat bertutur seperti anak-anak kecil lain sayang.Ibu terlalu ingin mendengar kalimah panggilan 'ibu' keluar dari bibir kecil aisya yang merah tuh.Bibir itu tentu akan lebih manis jika ada suara manja yang keluar darinya.Mengajar aisya duduk tegap, melatih aisya berjalan, ibu rasa tidak sekuat cabaran mengajar aisya bertutur.Banyak masa.. semasa sesi mengajar, dia hanya memandang kosong malah lebih geram lagi bila dia buat xtahu apa yang ibu sedang sebutkan.Dan itu bisa membuat hati ibu ini pedih.Ibu tidak mengeluh, jauh sekali merasa beban tapi ibu terkilan kerana gagal mencuri perhatiannya untuk kali ini.Untuk membuatnya lebih bertahan memakai hearing aid seterusnya mengajarnya lebih banyak tentang sebutan-sebutan penting.

Aduh hati, kuatlah...sabarlah..andai kau boleh bertahan selama ini merawat dan melatihnya sehingga sampai ke tahap sekarang, mengapa tidak berusaha lagi untuk kali ini?Insyaallah, ibu yakin...aisya pasti boleh cuma masa dan keadaan yang bakal menentukan bila tibanya detik itu.Ibu masih menunggu dan akan terus menunggu sehingga aisya pandai mengungkapkan perkataan itu ye sayang sepertimana ibu pernah menunggu untuk aisya berjalan dulu.

Jika ada sebarang pandangan atau cara untuk mengekalkan pemakaian hearing aid serta mengajar anak kecil ini bertutur, tolong bagitau ibu yer kawan-kawan.Terima kasih semua.

Masa ni dia xkisah pun pakai hearing aid tuh
Petang ni ada Fisioterapi dan Terapi Carakerja di hospital.Xsabar nak bawak aisya jumpa cikgu2nya.Aisya boleh dikatakan popular kat sana.Dari kaunter pendaftaran, pembantu terapi, cikgu2 terapi sehinggalah ke Ketua Jabatan Unit Fisoterapi tuh.(huhuhu..mana taknya setiap 2 minggu sekali pasti muka dia ada kat sana paling kurang pun 4jam++ di sana tambah2 lagi suara raungan tangisannya setiapkali OT.Hahaha) Setiapkali pergi pasti ramai yang menegur, bila budak kecik nih nak berjalan?Dah sebulan lebih aisya mis terapi gara-gara kena postpone appoinment date (sebab kes kakinya sakit dulu) .Hari nih nak bagitahu aisya dah boleh jalan cikgu ;P Terima kasih atas segala bantuan dan latihan yang cikgu2 berikan.Jasamu hanya Allah yang membalasnya. ;)

9 comments:

zura_habibhaariz said...

sabar byk2 ye ayu..sy doakan aisya dpt bercakap mcm anak2 yg lain...b strong:-)

Fysa Ismail said...

insyallah...akan tiba jua masa akak akan dengar suara dan kata-kata indah dari aisya..die jalan dulu tu.. sha doakan aisya semakin sembuh dan kuat...hug n kiss for aisya..

Mama Q said...

Ayu..anak Mama Q si Sofea, msa mula2 dpt hearing aids (alat) mmg refuse nak pakai. Tp sejak dia dihantar ke taska, baru la dia nak pakai terutama bila di taska. mgkn kerana org lain yg handle maka dia mau pki.Klu kami pergi shopping pun dia mau pki.
Skang ni bila berada di rumah & dia nak blaja (tgk buku, flash card, laptop mainan) dia sendiri yg soh kiter pakaikan.
Setiap kali ada appt dgn ENT @ pakar, pegawai/doc akan advise mcm2 supaya anak nak pakai. Tp masa tu bermcm2 cara kiter buat dia tetap x mau.
Dlm kes Sofea, mama Q rasa bila dia dah faham sekeliling & juga arahan kat taska maka dia nak pki alat.
Mcm Aisya, since dia masih kecil, mmg agak sukar nak pkikan alat tu.
Cuba lah ayu ajak dia main2 dgn toys @ alat pembelajaran, kemudian pkikan alat tu. @ masa keluar berjalan2...kdg2 bila dia leka dgn perkara lain, maka dia lupa bahawa dia sdg pki alat.

Jiey^Mien said...

Ayu, Ian pun tamau pakai..
Takpe2, kita sesama jab kan lagi kekuatan dalam diri kita..

P/s - ari tu, kat school, Ian cabut hearing aid tu n buang dalam lubang tandas.. seb baik water resistant.. kalau tak, mencangkung mama nak mencari RM4K sebelah! :P

Unknown said...

salam ayue...kak nanie doakan ayu diberi kekuatan....

keinginan kita kadangkala tak sama dgn perkembangan anak-anak kita...dulu kak nani juga begitu...tetapi akhirnya kak nani mengalah...apa yang perlu ialah kita terus berusaha tanpa jemu...InsyaAllah usaha kita akan terbalas....

Kak Nani ada juga buat kajian kat sekolah, sbb kat sekolah kak nani pendidikan khas pendengaran...kbyakannya mereka menolak disebabkan alasan bunyi berdengung...Iman buat masa ni masih ok..cuma kak nani kekuragan masa untuk mengajarnya...cuma ada waktu malam itupun tak sampai 2 jam...

Mungkin aisya juga ada masalh tu...cuba cek kat doktor ENT....
apa-pun kak nanie doakan aisya akan bertutur yer...keep trying aisya and ayu....

Azma said...

sabar ye Ayu.. hasif yg tiada maslah pendengaran pun tak boleh menyebut ibu lagi.. memang mengambil masa.. memang kdg2 kita naik angin dgn si kecil ni.. saya pun sama cuma jgn keterlaluan ye..

Good luck utk ayu ( & diri sendiri juga..) :)

oli said...

ayu, slow slow...bagi masa kat aisya, insyaallah dah besar sikit aisya mesti mau pakai hearing aids..[kalau itu orang fisio marah ayu lagi, ayu marah balik dia...]

Unknown said...

saya mase afiq danial mula2 pakai hearing aid dulu mmg slalu dia cabut2..nangis2 tak nak pakai..amik mase lame gak la..dekat 6 bulan nak bg dia pakai secara konsisten..last2 bila mama perasan afiq danial ni takut rambut,mama pun potong rambut mama dlm 4 inci panjang pastu ikat ngan getah..mama sentiase pegang rambut tu..bila afiq danial nk cabut hearing mama tunjuk kat dia rambut tu..terus tak cabut..slow2 buat..lame2 dia dah biase benda tu ade kat tlinga dia..now dia dh implant nie..kadang2 mama lupa nk pakaikan dia implant tu bila lps cabut nk mandi..skrg dia pula yg mnta nk pakai..dah tau bila pakai benda tu dia blh dengar kotnye..so now,alhamdulillah..alat tu mmg tak di cabut dah skrg...hope ibu aisya pun berjaya memastikan aisya trs pakai hearing dgn konsisten..gud luck..(~@^)

beargemoks said...

kuatkan semangat ye kak..aisya anak yang baik kan