Wednesday, August 24, 2011

Kurusnya awak nih ;P

'Kenapa dah susut badan dia?'...............'kenapa kurus sangat si aisya nih?'..............'eh, nampak makin kuruslah dak aisya sekarang'.Itulah antara beberapa soalan dan kenyataan yang diutarakan tentang aisya hujung minggu baru-baru ni.Bukan seorang dua yang bertanya dalam satu hari tapi lebih.Yup...'KURUS'. Itulah yang sering ibu dengar kebelakangan ini tentang aisya.Sejak demam yang sekejap ok, sekejap datang tu memberi kesan pada berat badan aisya.Kalau 2 bulan lepas, dia dilihat dah nampak sedikit berisi berbanding sebelum ni kini dia nampak semakin kurus.Mungkin kalau ditimbang beratnya hanya 7kg sahaja.Dengan muka yang cengkung dan badan yang apabila dibuka baju nampak tulang temulangnya,ibu tahu jawapan utamanya ialah kerana dia langsung xnak makan selain menyusu sahaja ditambah bila rasa sihat jer, dia mula aktif (xduduk diam), so macam mana berat badan nak naik?Buntu bila memikirkan apa yang hendak diberikan padanya.Resepi kanak-kanak banyak yang ibu dah cuba.Bubur ayam, makaroni sup, mushroom sup, roti bakar telur, telur +mayonis, cheese semuanya dia tolak.Aisya masih belum pandai sepenuhnya makan makanan yang pejal kerana selalunya dia akan tercekik dan muntah.Dia tidak pandai menguyah.Semua makanan yang dimakan, ditelan sahaja (sebab tulah tercekik).Kalau diikutkan umurnya 2 tahun 6 bulan, terapist mengatakan sepatutnya susu dah dikurangkan dan aisya perlu lebihkan makan.Tapi macammana nak kurangkan pengambilan susu sedangkan dia memang menolak untuk makan?Itulah masalah utama saya sekarang.Multivitamin, vitamin C, Lysine, Carborie malah susu Pediasure dah pun saya beri namun beratnya masih begitu.Buntu sungguh memikirkannya.....
~Muka xsihat.Baru lepas nangis.Asyik nak berkepit je ngan ibu~

2 comments:

mama akid said...

ala ciannya dia...mybe demam ari tu yg badan susut tu..tkpe nnt raya jmpe sedara ramai2 msti aisya seronokkn...

Fysa Ismail said...

ala anak umi ni xmoh makan ye? nnt kurus mcm umi sha pulak, xmoh la, aisya cantik. mkan byk2 ye sayang..