Friday, August 12, 2011

Ramadhan Bulan Penuh Keberkatan - bersamanya membawa seribu kenangan

Ramadhan bulan keberkatan, bulan yang penuh rahmat.Kedatangannya begitu dinantikan setiap umat Islam.Sangat di tunggu-tunggu.Alhamdulillah...sehingga ke hari ini saya masih lagi diberi ruang dan peluang untuk menikmati manisnya bulan Ramadhan.Dah hari ke 12 dah pun.Kejap jer kan masa berlalu?Sedar tak sedar nanti dah raya ;)
Melihat telatah dan kenakalan aisya petang semalam kembali menggamit memori Ramadhan 2 tahun lepas.Ramadhan yang pada saya ketika itu, penuh dengan tangisan kesyahduan dalam mengumpul titik-titik kekuatan dan sedikit demi sedikit mencari keredhaan diri terhadap setiap ujian yang mendatang.Ramadhan yang meningkatkan rasa syukur saya di atas setiap apa yang telah direncanakan olehNYA.Sesungguhnya setiap apa yang berlaku adalah dariNya dan semua itu pasti ada hikmah di sebaliknya.'Sakit' yang saya rasa 2 tahun lepas, alhamdulillah.....hari ini diganti dengan nikmat bahagia yang penuh kesyukuran.Sesungguhnya senyuman dan telatahnya hari ini telah menghakis setiap luka yang pernah wujud suatu masa dulu walaupun parutnya tak akan hilang sampai bila-bila.
2 tahun lepas, Ramadhan pertama - saya dan aisya menaiki ambulan berbekalkan 4 tong gas oksigen, wayar yang berselirat penuh di badannya, segala macam peralatan bantuan, mesin-mesin yang bingit berbunyi bersama 2 orang kakitangan NICU.Sepanjang perjalanan aisya 'ditidurkan'.Kami ditinggalkan di wad kanak-kanak IJN.Hari pertama bermalam di sana, bermacam kisah saya dengar dan lihat.Sejak hari pertama lagi kami tiba, aisya dikunjungi beberapa pakar, dijalankan pelbagai ujian, ditanyakan bermacam soalan.Tidur saya hanya tidur2 ayam kerana bimbangkan segala kemungkinan tentang aisya, juga takut terlepas memerah dan memberi aisya susu (aisya ketika itu minum susu melalui tiub setiap 3 jam).Babah hanya boleh menemani hanya pada waktu melawat (Biasanya waktu tengahari, sebelum berbuka 4.30petang sehingga jam 8.30mlm) Ramadhan ke2 juga begitu, lebih-lebih lagi setelah dikunjungi Mr.Siva -pakar bedah aisya.Kami diberi penerangan berkaitan masalah aisya, risiko yang bakal terjadi semasa pembedahan dan pelbagai komplikasi lainnya.Dan ibulah yang memegang risiko itu kerana ibulah yang bertanggungjawab menandatangani kesemua borang pembedahan bersama lelehan airmata!Dan malam ke2saya langsung xboleh melelapkan mata selepas menetapkan tarikh pembedahan iaitu pada hari ke3 Ramadhan.Sepanjang malam saya hanya merenung, mengusap dan memeluk anak kecil yang kuat itu bersama harapan dan doa agar segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan.
Ramadhan ke3- penantian adalah suatu penyeksaan!Aisya saya siapkan dengan pakaian bedah sedari jam 5 pagi lagi namun sehingga ke petang gilirannya masih belum tiba.Hampir 12 jam aisya dipuasakan dari makan dan minum tetapi akhirnya kami dikhabarkan pembedahan terpaksa ditunda berikutan adanya kes kecemasan.Sepanjang siang (waktu menunggu turn untuk dipanggil ke dewan bedah) aisya, kami terpaksa lekakan dengan bermain dan tidur supaya dia tidak menangis kelaparan.Malamnya Mr.Siva datang ke katil memohon maaf dan berjanji esok aisya adalah pesakit pertama yang akan masuk ke dewan bedah.
Ramadhan ke4- saya ulangi lagi proses yang sama seperti semalam.Seawal jam 5 pagi aisya dimandikan dengan sejenis cecair ubat khas, kemudian saya siapkan dia dengan pakaian bedah, stokin dan bedak bayi yang wangi.Dalam hati bermacam perasaan melingkar.Saya sering bercakap dengan aisya supaya dia kuat.Juga xlupa memberitahu yang ibu, babah, kakak malah ramai yang sayangkannya...yang mahu dia sihat, yang xsabar menunggu dia di rumah.(sambil bercakap sambil airmata xhenti turun).Lebih kurang jam 8.30pagi, nurse datang bersama stretcher namun saya mohon untuk menghantarnya sendiri (dukung).Maka, saya mendukungnya sepanjang jalan ke dewan bedah bersama tong gas yang disorong oleh nurse.Oh ya..sebelum kami melangkah keluar dari bilik, aisya telah dicium dan saya dipeluk oleh ibu-ibu yang juga menunggu anak mereka di wad itu bersama kata-kata semangat dan doa.Terima kasih kak zura nafeesa, kak zaidah dan k.yong kelantan.Kalian memang ibu-ibu yang hebat!(Alfatihah kepada anak-anak mereka) Saat paling mengharukan adalah semasa ibu menyerahkan aisya di pintu masuk dewan bedah.Ibu diberi kesempatan untuk memeluk dan mencium aisya.Lama aisya hangat dalam pelukan saya.Rimas dia dek ciuman bertalu-talu dari saya.Saat itulah esakan tangisan seorang ibu bermula.Dan saya melangkah ke wad selepas bayangannya hilang.(untuk kemas semua barang aisya.Di IJN, setiap pesakit yang telah di sorong ke bilik bedah...waris perlu mengemas semua barang dan katil perlu dikosongkan-discharge wad kerana mereka akan ditempatkan di PICU)Menunggu di ruang menunggu sangat meresahkan.Ada masa saya tewas dengan juraian airmata, ada masa saya termenung ntah memikirkan apa dan saya sempat menghabiskan 3x bacaan yassin serta beberapa surah pendek untuk menenangkan hati.Alhamdulillah, hampir 4 jam menanti...babah mendapat panggilan telefon dengan ayat 'Ini waris Ainur Ariana ker?Pembedahan berjaya dan encik boleh melihatnya di PICU.' Syukur...syukur...syukur padaMu Ya Allah.Terima kasih kerana memakbulkan doa kami hambaMu yang lemah ini.Tergesa-gesa kami ke sana dan alangkah pedihnya hati menyaksikan keadaan anak kecil itu.Dengan mata terpejam, mulut sedikit terbuka kerana di intubed, wayar yang berselirat dibadan dan tangan, tebukkan di leher untuk memasukkan ubat(ada 8 bekas ubat yang sedang dialirkan ke badannya), 4 balang yang mengalirkan darah/cecair dari pembedahan, bunyi mesin yang tak henti.Sungguh hati ini tersayat.Kuatnya kamu melalui semua ini anakku.
Ramadhan ke5 sehingga ke8...detik demi detik, hari demi hari...saya begitu xsabar menunggunya sedar.Terseksanya hati ini setiap kali waktu melawat, saya hanya menyaksikan sekujur tubuh kecilnya yang diam.Tiada lirikan mata, tiada senyuman indah dan tiada genggaman tangan darinya seperti selalu untuk saya.Hanya airmatanya sahaja yang sesekali mengalir.Sungguh saya rindukan semua itu.
Ramadhan ke9- sewaktu bercakap dengannya, saya lihat ada cubaan membuka mata darinya.Dan pabila jari kami bertaut saya dapat rasa genggamannya.Yer...hari itu saya tersenyum sepanjang balik.Aisya semakin sedar.
Ramadhan ke10-sekali lagi kami menaiki ambulan untuk kembali ke NICU Hospital Serdang.Dalam ambulan dia 'ditidurkan'.Walaupun nampak lemah tapi aisya nampak semakin baik.
Ramadhan ke17-Aisya tidak lagi di intubed.Dia hanya memakai bantuan oksigen biasa (yang kat hidung tuh).Setiap minggu, bacaan mesin okigennya direndahkan sedikit demi sedikit.
Ramadhan ke24-Hari yang sangat saya tunggu.Saya diminta untuk tidur di wad bagi tujuan mengajar aisya breastfeeding.(sebelum ni sepanjang aisya di NICU, saya hanya berulang alik setiap hari) Pertama kali menyusukan, aisya menolak.Hisapannya juga xkuat.(agak sedih di situ) Berkali-kali juga saya memaksanya.Dia hisap 2,3 kali then stop.Maybe xpandai sebab xpernah (sebelum ni guna tiub)..atau penat menghisap...atau xselesa kerana saya memangkunya dengan wayar yang masih melekat dibadannya.....atau geli barangkali.Ehmm, ntahlah.Akhirnya dek xkuat semangat bila tengok dia dah menangis kelaparan, saya beri aisya susu guna syringe dan tewas kerana akhirnya membawa kepada penggunaan botol susu.Tapi still kena berhati-hati kerana dia cepat terdesak.Setiap kali tersedak, mukanya akan berubah merah dan susu keluar melalui hidungnya.
Ramadhan ke 26- Penggunaan bantuan oksigen aisya dihentikan.Syukur!Aisya kini mampu bernafas tanpa bantuan namun saya perlu memantau keadaannya takut dia stop bernafas kerana doktor cakap maybe dia lupa nak bernafas sendiri (sebab dah biasa-lama sangat guna bantuan)
Ramadhan ke27-Saya memohon untuk aisya discharge sebelum hari raya dengan alasan perkembangannya semakin baik dan seluruh keluarga xsabar untuk melihatnya pada hari raya (maklumlah sejak 6 bulan lahir, hanya saya dan babah sahaja yang dibenarkan melawat).Pakar mengatakan tunggu esok untuk memantau keadaannya tanpa bantuan oksigen.
Ramadhan ke28- pagi semasa lawatan, saya masih bertanyakan pakar tentang permohonan untuk membawa aisya pulang sebelum hari raya.Kata pakar yang melawat tunggu tengahari iaitu sehingga ketua NICU datang.Jam 2.30petang- saya dimaklumkan oleh nurse yang bertugas, aisya boleh discharge petang itu.Ya Allah, xtergambar kegembiraan saya hari itu, dengan airmata gembira saya menelefon tok abah dan seluruh keluarga yang lain memberitahu berita gembira.Semuanya xsabar menanti kepulangan aisya.Jam 3- semua wayar yang selama ni melekat dibadan aisya dicabut.Darah diambil untuk diperiksa.Berat ditimbang dan ukuran lilit kepala serta tinggi diambil.Berat aisya ketika itu 3.34kg.Saya menyiapkan aisya cantik-cantik ;) Jam 4 petang seorang demi seorang nurse dan doktor yang pernah merawat aisya datang memberikan ucapan selamat tinggal.Ada yang datang membawa hadiah ;) Begitu sayangnya mereka pada anak kecil yang paling lama di NICU ini (menurut pakar NICU semasa menerima balik kedatangan aisya dari IJN hari tu, sepatutnya ikut umur aisya...dia dah xleh masuk NICU kena masuk ICU sebab NICU hanya untuk bayi baru lahir tapi sebab dia kecik macam baby baru lahir, xpelah.hihihi)Pesanan demi pesanan diberi pada saya kerana aisya sangat sensitif-mudah dijangkiti kuman.Tak boleh bawak keluar kat tempat ramai orang, perlu segera kehospital sekiranya nampak pelik.Jam 6.30petang baru kami melangkah dari pintu NICU dengan rasa sayu.Kami pasti merindui setiap saat pengalaman pahit manis semasa di NICU.Terima kasih semua.
Hampir jam 7petang-kami sampai rumah tok abah.Semua dah menunggu kat luar dan xsabar melihat aisya.
1 Syawal 1430H - Raya pertama kami bersama.Ibu, Babah, Kakak dan Aisya juga semua kaum keluarga.Syukur Ya Allah.Terima kasih aisya atas semua pengalaman berharga yang aisya beri pada ibu.Sesungguhnya semua itu mengajar ibu menjadi lebih kuat dan bersyukur.
IJN -3 hari selepas operate
 Raya 2009 (usia 7 bulan) - hanya terbaring
Raya 2010 - usia 19 bulan (baru pandai duduk dengan sokongan bantal)
*Sila abaikan date pada pic sebab salah setting kamera*

Ramadhan dan Syawal tahun lepas, aisya baru jer pandai duduk (itupun xberapa kuat lagi).Ramadhan serta Syawal tahun ini doa saya agar segalanya bertambah seri kerana aisya baru pandai berjalan.Tak sabar melihatnya terkedek-kedek berjalan memakai baju kurung bersalaman dengan ibu babah ;)

8 comments:

zura_habibhaariz said...

kenangan....

Fysa Ismail said...

sayu nya baca kak....memang sukar bila terpaksa buat keputusan macam tu.alhamdulillah aisya kuat..moga kite di jodohkan untuk berjumpa ye aisya...

Mawar said...

ayu,

hanya doa yg mampu kami titipkan dr kejauhan ni, moga aisya membesar & terus sihat serta jd anak yg baik & solehah ya

Unknown said...

huhu...so touching....moga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat ayu dan aisya....

Unknown said...

huhu...so touching....moga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat ayu dan aisya....

mama akid said...

moga kenangan lalu membuatkan ibu semakin kuat yer...

sal ya said...

a strong mom and a strong gal indeed. kita mungkin tak pernah merasai pengalaman yang sama. tapi pengalaman anak di ICU (Anis masuk PICU) memang tak boleh lupa. kadang2 walaupun kita cuba untuk jadik tabah ada masanya gagal jugak.

itu hakikat kita manusia. tapi syukur sebab di sebalik pahit ada manisnya kan?

Tika said...

alahai, aisyah ada masalah jantung rupanya.. tak tahu saya.. Tak sempat lagi membaca habis entri terdahulu dek kesuntukan masa.. Nasib ada entri kenangan begini hehe.. Apa pun aisyah memang comel.. tengah sakit pun sejuk mata memandang hehe.