Wednesday, December 15, 2010

Ikut naluri dan kata hati..

13/12/2010 - Hari yang mendebarkan buat ibu. Babah juga ada menemankan ibu.menenangkan ibu yang xhenti mengalir air mata..Subuh itu ibu rasa syahdu..hati ibu tenang setelah bertafakur kepadaNYA memohon petunjuk dan kekuatan dari Yang Maha Esa.
Lebih kurang jam 9.30pagi..beberapa orang pakar datang ke katil aisya membawakan sekeping kertas.Ibu dah maklum akan tujuan mereka.Mereka menerangkan sedikit sebanyak risiko LP.Ibu sempat bertanya...'anak saya xakan lumpuh ye doktor?' meluncur laju persoalan itu dari bibir ibu tanpa ibu sangka. Mereka memandang ibu, dengan nada lembut doc Tasnim (pakar dari Mauritius yang fasih berbahasa melayu) itu menjawab.'Insyaallah Puan,kami cuba buat yang terbaik.Risiko xbuat lebih tinggi dari puan buat LP nih.Kita cuma ambik beberapa titik sahaja air tulang belakangnya.Setelah kita dapat keputusannya..kita akan bagi antibiotik yang sesuai dan anak puan xakan sawan lagi' Setelah mendengar jawapan itu hati ibu sedikit terubat.Yer..kalaupun tanpa jawapan itu pun, ibu dah nekad membuat keputusan usai sahaja solat Subuh pagi tadi dan babah juga telah bersetuju.Beberapa minit sebelum ibu sign surat kebenaran, ibu terima msg dari ina ibu nabila dan forward message dari Dr.Zaahirah PPUM yang mengatakan perlu buat LP.Terima kasih atas sokongan semua.Sokongan dari kalianlah buat ibu kuat.Dengan lafaz bismillah dan penuh harapan ibu menandatangani kertas tersebut.Aisya dipuasakan sejak dari kul 6.00am lagi.Rentetan peristiwa aisya melalui prosedur LP:

12.30pm- aisya diberi ubat tido..xsampai 10 minit aisya dah tenggelam dalam lenanya yang panjang.Wajah yang nampak begitu tulus dan mulus walaupun dalam kesakitan.
1.00pm- nurse datang untuk mengambil aisya tp ibu mintak untuk membawanya sendiri ke bilik prosedur.sebelum keluar, ibu cium aisya dan berbisik di telinganya 'aisya kena kuat ye sayang.maafkan ibu kalau keputusan ibu ni buat aisya sakit.hanya ini yang terbaik untuk aisya.aisya kena lawan sakit aisya tu.ibu xakan tinggalkan aisya.ibu tunggu aisya kat luar yer' dan ibu sempat berpesan pada doc Tasnim 'doc, saya serah anak saya kat doc.doc buatlah yang terbaik'.
2.00++pm- aisya ditolak ke katil. ibu tanya pada nurse kebiasaannya berapa jam baru dia sedar.nurse jawab 4 jam.
5.00++pm- aisya masih lom sedar.doc datang untuk memeriksa aisya.ibu tanya lg biasa berapa lama pesakit akan sedar?doc jawab ‘bergantung pada pesakit itu sendiri.ibu jangan risau.’
6.00pm- aisya mula bergerak..mata dah start mengedip.ibu panggil aisya perlahan, dia bukak mata kemudian tutup balik.nmpk sangat keletihan.
Dalam kul 7.00++pm, aisya dah mula sedar, merengek minta didukung.ibu minta kebenaran untuk bg dia susu tp doc srh tgu dia btl-btl sedar.Dalam kul 8.00pm, ibu bg aisya minum dan dia dah sedar sepenuhnya tp kelihatan sangat letih.Aisya lebih banyak merengek dan bila didukung dia akan tidur di atas bahu ibu.Malamnya dia tidur dengan nyenyak.

4 comments:

ieda said...

dulu masa kat hospital..masa tu takde anak lg bg akak benda2/situasi mcm ni adalah suatu perkara yg biasa2 saja.sekadar simpati without truly mother's heart feeling.tapi sekarang bila dah ada nabila akak boleh rasakan ketakutan yg setiap ibu lalui bila anak2 sakit...totally a different feeling.
moga Allah segera sembuhkan aisya...amin..

Yasmin Nabilah.. said...

ina tau aisya anak yg kuat semangat..bergenang air mata ni. walaupun ina tak merasai apa yg ayu rasa..tapi ina dapat rasakan semua ini perit utk kita lalui sebagai ibu bapa.kuatkan semangat ayu..ina doakan aisya kembali sihat.Amin..

Anonymous said...

slm,
adoi ina forward msg saya tu sebijik2 ke?ms ina msg saya, kat klinik tgh busy..so jwpn sgt pendek, tp agak mendalam huhu..sorry sgt2, i should have explained better huhu.. nway saya harap semuanya ok and aisya sihat seperti biasa.. take care

-zaahirah

insan kerdil said...

pabila mendepani ujian tentang perasaan.....tentang suatu ketidakpastian...adalah suatu 'kesakitan' yang tidak tahu bila mula nya....di mana akhirnya...

dalam diri menadah tangan...tanda betapa tidak upaya nya seorang hamba...tetap mengharapkan dipermudahkan segala urusan buat permata hati ini....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...