Thursday, December 30, 2010

Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011

Selamat Tinggal 2010..tahun yang banyak meninggalkan kenangan suka & duka dalam lipatan kehidupan seorang yang bergelar ibu. Tahun yang banyak mengajar ibu erti kesabaran yang tinggi, kekuatan untuk terus bertahan agar tidak mengalah dan berputus asa, tahun yang penuh dengan airmata gembira dan sedih. Yang membuatkan ibu agar lebih matang dalam membuat setiap keputusan..menilai sebuah erti kehidupan, mendalami sebuah kasih sayang.
Selamat datang 2011..bermakna bertambahlah lagi usia ibu.Semoga dengan kehadiran 2011 membuka tirai sebuah dairi kehidupan yang membahagiakan, menggembirakan, dipermudahkan semua jalan dan membawa sinar cahaya dalam kehidupan ibu sekeluarga khasnya anak-anak ibu yang tercinta.Tiada azam yang ibu pikirkan melainkan :
  1. Anak-anak ibu sihat sentiasa, ceria dan bijak seiring dengan pertambahan usia masing-masing.Moga kedatangan tahun baru ini aisya boleh berjalan dan bercakap.Insyaallah, segalanya akan ibu usahakan.
  2. Ibu mahu menjadi hambaNYA yang hebat(tanpa pernah leka dan cuai padaNYA), anak yang solehah untuk kedua orang tua ibu, isteri yang mithali untuk babah seumur hidup, ibu yang terbaik dunia dan akhirat untuk anak-anak ibu, kakak yang paling best untuk adik-adik ibu, sahabat yang terbaik untuk kawan-kawan ibu kerana tanpa kamu semua maka tidak bermaknalah kehidupan ibu.
  3. Ibu berdoa agar kehidupan ibu dirahmati selalu, diberikan ketenangan dan dimurahkan rezeki dan yang penting dipanjangkan umur agar ibu boleh terus mencurahkan kasih sayang untuk anak-anak ibu.
  4. Semoga kedatangan 2011 ibu akan berjaya dunia akhirat sama ada dalam kehidupan berkeluarga mahupun kerjaya.
  5. Tak lupa juga buat semua ibu-ibu yang punya anak istimewa..ketahuilah anda tidak pernah keseorangan kerna setiap masa ada doa yang sering dititipkan walaupun dari jauh untuk semua agar segalanya dipermudahkan untuk kita terus memelihara dan menjaga amanah Allah yang Teristimewa ini.
Kalau diikutkan semua yang terbaiklah diinginkan, namun kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa seterusnya bertawakal.Moga segala impian kita tercapai.Amin..

4 comments:

ummuharithasif said...

semoga tahun 2011 membawa lebih byk kebahagiaan kepada aisya sekeluarga...slamat thun barun;)

Yasmin Nabilah.. said...

Selamat Tahun Baru Ayu..Moga tahun 2011 lebih menyinar lagi :) Amin..

Min said...

amin untuk semua doa dan harapan ayu. doakan kami sekeluarga juga di kejauhan ini... hugs n kisses to aisya ye!

Mawar said...

aaamiiin...

moga kak ayu & keluarga sentiasa dlm lindungan-NYA