Tuesday, January 18, 2011

Dilema Hati.Inginkan Yang Terbaik Untuknya..

Petang semalam aisya memenuhi sesi temujanji Fisioterapi dan OCCT nya.Oleh kerana temujanji bulan lepas tertunda akibat aisya ketika itu berada di unit kritikal maka temujanji kali ini agak merisaukan ibu.Takut aisya meragam dan buat hal xnak di terapi.Pada cik til ibu berpesan supaya aisya di beri susu dan tidur yang cukup sebelum jam 2 petang.(pagi ibu ke tempat kerja dahulu)Jam 1.30 ibu balik untuk mengambil aisya, dia masih lena tidur.Menurut cik til, aisya tidur dah lama lepas minum susu tadi.Jam 2 ibu kejutkannya dan tukarkan baju,pampers seterusnya ke hospital.

FISIOTERAPI
Tak banyak yang diperkatakan oleh 'cikgu'nya kerana aisya masih macam dulu.Takut-takut nak berjalan.Bila didirikan dan dilepaskan tgn, dia akan duduk.bila letak dipalang atau walker tolak tuh, xsampai 2 minit dia akan duduk dan mengengsot.bila dipaksa...mulalah kedengaran tangisan.Kesudahannya, cikgu cuma berpesan benda yang sama.'KENA LEBIH KERAP LATIHAN DI RUMAH' kerana katanya aisya boleh berjalan cuma dia xyakin jer.Beliau juga berkata aisya agak bernasib baik jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah sepertinya kerana sawan yang menyerang tidak membantutkan perkembangannya.Syukur yang tidak terhingga ibu panjatkan ke hadrat Illahi di atas segalanya.

OCCT
Tahun baru, cikgu yang mengajar pun baru.Kalau dulu cikgu dila (yang agak tegas ngan aisya -sebab setiapkali ke sini aisya pasti melalak sampai muntah dan langsung xnak buat apa-apa aktiviti) kali ni cikgu su (yang banyak bermain dengan psikologi).Alhamdulillah...dengannya semalam aisya langsung xmenangis.Aisya di beri cube-cube yang berwarna warni, piano berbunyi dan cermin.Oleh kerana aisya suka baling-baling so cikgu su turut bermain baling-baling cube dengannya dan aisya akan ketawa mengekek-ngekek (xsempat nak snap pic sebab ibu pun teruja tengok diorg main-main tuh.hihihik).Sepanjang sesi occt tu cikgu su banyak bertanya tentang masalah dan perkembangan aisya.Menurut dari pemerhatiannya, aisya ketinggalan 1 tahun berbanding usia sebenarnya.Aisya lebih suka bermain sendirian, low self confident(mungkin akibat terlalu dilindungi),belum boleh bercakap dan berjalan tapi penggunaan motor kasarnya bertambah baik (boleh pegang barang kecil, besar).Bila diajukan berkenaan 'kurang fokus', menurut cikgu su bayi berumur satu tahun atau kurang (ikut delay aisya) memang begitu.Mereka lebih suka bermain daripada mengikut arahan.So, perkara itu tidak perlu dibimbangkan sangat.Ibu perlu mendidiknya mengikut umur delay aisya bukan umur sebenarnya, aisya juga perlu dibiarkan berkawan dengan bayi yang berumur 1 tahun (umur delay) dan cikgu su turut menyarankan agar AISYA DI HANTAR KE SEKOLAH. Tujuannya untuk meningkatkan tahap kemahiran sosial aisya supaya dia bergaul dan belajar bercakap.Sekiranya ibu xmahu menghantar aisya ke taska/nursery, ibu boleh cuba menghantar aisya ke PDK.4 helai senarai PDK yang terdekat (area Selangor) diberikan oleh cikgu su kepada ibu.Kami meninggalkan bilik itu dengan lambaian dari aisya kepada cikgu barunya itu.

DILEMA
Sejak balik dari hospital sehinggalah ke saat ini ibu masih teringat-ingat kata-kata cikgu su supaya aisya dihantar bersekolah.Persoalannya, perlu ker ibu menghantarnya ke sekolah?Boleh ker aisya bersekolah?Aisya xpernah tinggal dengan orang lain sejak dia keluar NICU sehinggalah sekarang.Sekiranya dia ke taska/nursery -Ubatan dan puff yang berjadual pasti menyusahkan orang yang menjaganya.Sakitnya yang mungkin datang tanpa isyarat menakutkan ibu bila berlakunya kecemasan sedangkan orang lain (cikgu taska/nursery) tidak pernah menghadapinya.Tidakkah anak kecil (dengan berat 6.8kg) itu di buli oleh abang-abang, kakak-kakak atau rakan sebayanya yang pasti lebih besar dari dia?Boleh ker orang lain menjaganya sebaik selain kami keluarganya?Boleh ker orang bersabar sekiranya aisya mengalami amukan atau tangisan yang xmahu berhenti?Dan sekiranya dihantar ke PDK, ibu perlu mengambil cuti/masuk lewat setiap minggu untuk menemaninya di PDK.Sudahlah jadual temujanjinya paling sedikitpun 3 kali sebulan tidak termasuk yang berkala (paeds, telinga, mata,pertuturan, klinik kerajaan, IJN, HKL dll) Kalau dirangkum 1 bulan kesemuanya 10 appoinments!Mahu rasanya berkampung terus di hospital.

Bukan ibu xmahu berkorban malah sehingga saat ini pun ibu masih berkorban.Segala apa yang disaran @ dicadang TERBAIK untuk aisya ibu paksa diri ibu untuk lakukannya.Ubat yang terbaik,susu yang terbaik (tp skrg dah tukar ikut yang dia selera nak minum),mainan/alatan yang bagus untuk perkembangannya, tempat urut yang bagus, tempat berubat yang terbaik, air penawar, latihan latih tubi yang kadangkala dilihat agak memaksa untuk anak kecil itu, doa yang xpernah putus.Mental, fizikal, wang ringgit...apa lagi???(walaupun masih ada yang mengatakan ibu xpandai jaga anak, xsayang anak dan sebagainya.huhuhu) Sungguh kadangkala ibu stress sangat.

"Mohon agar diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi serta dipermudahkan segala jalan untuk kami".

 
 
 
     "Minta pendapat dari mommies semua adakah perlu aisya ibu hantar ke sekolah?"

5 comments:

Jue-Isteri_Ibu said...

saya pun rasa cam ayu rasa.sering disalahkan dgn keadaan ainie.ayu cuba hantar kat PDK n biar ada org temankan..hehehe saya pun tgh nak cari PDK kat Klang. Insya allah ayu, pasti ada jalan penyelesaian.

zura_habibhaariz said...

kalu ayu confident aisya leh berdikari di sekolah hantarla...ayu...risau kalu ada org buli kan? hrp2 kalu ke sekolah cikgu dia leh monitor aisya supaya tak kena buli...

ieda said...

ayu..
tgk juga sekolah tu macam mana.kalau sorang cikgu kena jaga 4,5 murid tak payah la..susah nak monitor anak2 kecik ni.
kesihatan aisya pun belum stabil lagi.risau jg nak lepas kat org.kalau setakat special tp takde masalah kesihatan yg lain taklah risau sgt.kat rumah pun boleh juga ajar sikit2.social skill tu takpe..masa tunggu turn nak jumpa doktor pun dia boleh bersosial kan..

ICAZIESYIRA said...

ayu p la pdk yang ayu nak hantar aisya tu. cuba nengok keadaan dia. cuba tanya2 org yg hantar anak situ. ayesha skang dok pdk. tapi dalam perancangan nak tukarkan dia ke NASOM

habibah_bib said...

memang payah nak buat keputusan kan? diluah mati mak, ditelan mati bapak (eh betul ke, ke terbalik?) apa-apapun keputusan yang ayu buat, semestinya itulah yang terbaiki buat aisya. Pendapat saya, try masukkan dia ke PDK utk 1 minggu ni. sebab PDK specialises utk anak2 istimewa. cikgunya pandai handle budak yang sebegini. Kalau hantar ke taska, takut cikgu tak paham dan tak nak paham, susah aisya nanti..

Buatlah solat istikharah, berdoa dan selepas itu bertawakal.. insya-Allah, Allah akan permudahkan jalan bagi ayu...