Wednesday, January 12, 2011

REDHA - jalan yang terbaik

Petang semalam, kami memenuhi temujanji di Klinik Pakar ENT & Audiologi, Hospital Serdang.Sepertimana maklum, ujian pendengaran yang dijalankan ke atas aisya di Hospital Ampuan Rahimah, Klang mengsahihkan tahap pendengaran aisya adalah diperingkat 'teruk' dan disarankan untuk menjalani 'koklear implan'.Peringkat awal penerangan, kami difahamkan kami boleh memohon bantuan daripada KKM untuk menanggung kos operation tersebut yang menelan belanja RM80 ribu (tetapi ada syaratnya).Namun semalam, setelah meneliti rekod kesihatan aisya lebih-lebih lagi kes terbaru aisya diserang sawan & sering demam yang berpanjangan, pakar audiologist Pn. Roshila Bujang mengatakan dia tidak bercadang untuk aisya menjalani operation tersebut kerana katanya aisya tidak sesuai @ tidak memenuhi kriteria syarat yang ditetapkan oleh KKM (antara syaratnya pesakit mesti sihat dan tiada masalah kesihatan) dan sekiranya kami masih mahu melakukannya, kami perlu menanggung sendiri kos tersebut (mana ibu nak cekau duit sebanyak tuh?) ;( Sumpah ibu rasa sedih sangat time tuh tp apa yang mampu kami katakan?Pn.Roshila memberi semangat pada ibu dengan mengatakan pendengaran Aisya boleh 'improve' sekiranya TEGAR memakai hearing aid setiap masa sepanjang hari setelah dia melihat sendiri aisya sepertinya faham dan boleh mengikut arahan apabila disuruh.REDHA itu adalah jalan terbaik pada waktu ini walaupun hakikatnya teramat pahit untuk ibu telan.Insyaallah, kami akan cuba usaha yang terbaik demimu sayang.

(Time nih audiologist sedang memeriksa hearing aid aisya.So, ibu bagi dia main mainan dulu)
xsangka dengan sekali dua ajar jer, dia dapat masukkan bentuk-bentuk tu kedalam lubang yang betul.
Petang itu kami menghantar hearing aid aisya ke Perfect ENT, Hearing & Speech Theraphy di Bangi untuk di'servis' kerana Pn.Roshila memberitahu bahagian kiri alat tersebut bunyinya seakan bermasalah.So, 2 minggu aisya akan rileks daripada memakai alat tersebut.Tentu aisya suka kan?xperlu sakit telinga pakai mende alah tuh.

'Walau apa pun kekurangan aisya, ibu tetap sayang aisya.Aisya tetap anak ibu yang cantik, bijak dan sempurna.Ya Allah, kuatkanlah hati dan imanku dalam menjaga amanah teristimewa yang Engkau titipkan padaku ini.Permudahkanlah segalanya bagi kami.'

10 comments:

ummuharithasif said...

sabar ayu, semua ibu pasti mahu kan yg terbaik utk anaknya...kita hnya merancang tapi perancangan Allah adalah yg terbaik...pasti ada hikmah disebalik semua itu...DIA menguji kita pada hari ni, pasti Allah sedang mengatur sesuatu yg lebih baik utk kita nnti...berprasangka baik kpdNYA. mmg redha la jalan terbaik utk kita...jgn dirisau ttg hari2 esok, tp fokuslah ttg hari ini...esok dan seterusnya,kita serahkan pd NYA utk menentukannya...sama2 kita jd ibu terbaik utk anak2 istimewa kita...berbangga la kita dgn anak2 kita seadanya mereka....aisya must be proud to have a strong mom like you ;)

mrs_zura said...

b strong ayu...semoga ada sinar utk ayu sekeluarga:-)
*xnak tulih pjg2 kang sy sedih...

ummuharithasif said...

walaupun sy tak pernah brjmpa ayu & aisha,sugguh sy terkesan dgn entry ini...ckup mmbuatkn sy sedih & mnangis...Ya Allah,kau berikanlah yg terbaik utk aisha sklurga...amin

insan kerdil said...

meski kaki baru setapak melangkah....pandangan sudah menembusi ke serata alam....mencongak akan tiap kemungkinan....mentafsir dengan pelbagai andaian....

biar pun perjalanan melalui suatu penzahiran kenyataan....namun tetap membenihkan harapan pada tiap yang tersirat....

tiada yang diharap melainkan redha Ilahi....dipermudahkan tiap urusan dunia dan akhirat.....buat yang tersayang....daripada yang menyayangi...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam...

ieda said...

very true ayu...lebih baik tak buat operation tu sb risikonya tinggi utk situasi aisya sekarang ni.
ayu boleh slowly ajar dia lips reading.akak yakin kalau kita combine lips reading dgn pendengaran yg dia ada sekarang ni,she'll do great.

Yasmin Nabilah.. said...

Ayue..ina tau ayue dah buat yang terbaik untuk Aisya. InsyaAllah..Allah bersama Ayue..kuatkan semangat k..

Jue-Isteri_Ibu said...

Allah sentiasa bersama kita. Semoga urusan ayu dan aisya dipermudahkan, insya allah.Amin.

Ain said...

Salam perkenalan..walaupun saya tak kenal ayu dan aisya..saya sungguh terharu membaca n3 ini, harap ayu tabah demi untuk aisya. Ayu harus bersyukur kerana masih lagi ada disisi..saya baru jer kehilangan anak saya pada 13 Dec lepas..anak saya pergi begitu sahaja tanpa sakit apa-apa..dalam gelak tawanya rupanya dia akan tinggalkan saya..masa tu umurnya baru 7 bulan..namun siapalah kita untuk mempersoalkannya kan ? Saya doakan yang terbaik buat ayu dan aisya

Jiey^Mien said...

InsyaAllah, pasti ada sinar buat Aisya..
=)

Min said...

Allah ada perancangan yang lebih baik untuk Aisya... yakinlah ibu Aisya. Be strong ayu!