Wednesday, January 5, 2011

Demam menyerang lagi

Petang semalam cik til call ibu bagitahu badan aisya panas balik.Dalam masa 3 minggu serangan demam datang lagi.Lemah sungguh antibodi anak kecil itu.Sering sahaja diserang demam.Ibu cuma pesan pada cik til sentiasa check temperature badan dia.Jangan sampai panas sangat.Selalu jeram kepala dan badan dia dengan air asam jawa atau mandikan dia.Ibu balik kerja tengok aisya memang macam orang tak sihat.Mata kuyu dan bibir merah.Merengek jer kerjanya.Makan langsung xnak (siap buat-buat muntah bila nampak ibu bawak mangkuk bubur nasi padahal belum suap pun lagi!).Susu pun sikit yang diminum selebihnya dia hanya menghisap puting kosong.Malam tadi badan masih suam-suam.Ibu dah prepare ubat 'bontot'.Satu mangkuk air asam jawa sentiasa ada kat meja sisi katil.Setiap 4 jam suhu badannya ibu ambil (dah jadi cam nurse di wad pulak).Nak tidur pun xlena memikirkan keadaan aisya.Mulalah terbayang saat-saat aisya diserang sawan arituh.Huh...jauhkanlah.Pukul 2 pagi ibu terjaga bila dengar aisya menangis.Cepat-cepat ibu bangun tengok dia.Suhu badan makin tinggi.Ubat 'bontot' ibu masukkan.Tuala kecil ibu basahkan semula dan lap diseluruh badan aisya.Kepalanya ibu jeram dengan air asam jawa.Rengekan semakin menjadi, mungkin kerana xselesa badan basah..

'Adik...xmau macam ni lagi sayang.Ibu risau sangat.Kuatlah sayang.Lawan sakit tuh.Ya Allah, jauhilah anakku dari kejadian yang tidak diingini.Kasihanilah anakku yang lemah itu'.

Pagi ni ibu terpaksa ke office walaupun hati tak berapa tenteram.Ibu tinggalkan aisya dan cik til di rumah tok abah pagi tadi.Harap semuanya ok.Kepala dah 'ting tong' sebab xcukup tidur.huhuhu..

Kakak yang sangat prihatin. Sibuk nak bantu ibu suap adik ubat.
p/s: tadi ibu call cik til untuk tahu keadaan aisya...cik til cakap suhu badannya dah normal cuma aisya xnak makan/minum.Sudahlah time sihat pun dia kurang makan (nak makan umpama nak berperang lagaknya.kena paksa-paksa pulak tuh), ni dah xsihat lagilah susah.'Hai anak..janganlah begitu.Usah buat hati ibu ni kembali rawan.Aisya kan good girl ibu'.Cepatlah masa bergerak..xsabar nak balik jumpa anak ibu.

4 comments:

zura_habibhaariz said...

hmm habib pun tak sihat hari nie..muntah2...risau plak..lama dah dia tak muntah mcm nie...
Semoga Aisya okay n selera nk makan n minum semula...

Min said...

Ya Allah! sihatkanlah aisya... sembuhkanlah dia dr segala penyakit...

Unknown said...

umi doakan aisya cepat sembuh....

Jue-Isteri_Ibu said...

Ya Allah, Engkau pelihara anak aisya ni, sembuhkan lah dia, Ya Allah.. Amin..
Ayu ada bg Aisya apa2 vitamin x? Cuba tanya doc, kot blh bg scoot emulsion..x byk pun x pe, sikit jer, setitik dua..utk permulaan..