Monday, January 24, 2011

Masa itu belum lagi tiba.

Ingat lagi tak isu 'cikgu Su' (OT) aisya yang menyarankan agar aisya dihantar ke sekolah/nurseri bagi meningkatkan tahap perkembangan sosialnya selain untuk melatihnya bercakap?Memang ibu akui ibu turut teruja untuk menghantarnya bersekolah.Supaya aisya mempunyai ramai kawan.Juga supaya aisya belajar untuk berdikari( tanpa ada ibu dan cik til @ family lain yang 'terlalu melindunginya' -seperti yang dikatakan oleh cikgu Su.Setidak-tidaknya jika bersekolah, aisya pasti boleh belajar bercakap kerana ramai kawan yang bercakap disekelilingnya.Dan aisya MUNGKIN tidak lagi bermain berseorangan seperti sekarang jika ibu/babah/cik til sibuk dengan urusan di rumah.Ibu mahukan semua itu untukmu sayang NAMUN.............

Ibu perlu fikirkan semua kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya aisya bersekolah.Dari sekecil-kecil risiko sehinggalah sebesar-besarnya.Kerana ibu tahu setiap kelemahanmu sayangku.Kerna cik til dah memberitahu yang dia tidak boleh menemanimu jika kau bersekolah nanti.Tanpa ada 'mata-mata' dari  kami keluargamu yang akan melindungimu ketika itu (sepanjang waktu sesi bersekolah).Ibu xmahu kau sakit.Ibu xmahu kau terluka dengan ketiadaan ibu/babah/cik til mahupun ahli keluarga kita yang sememangnya sangat paham tentang keadaan dirimu.Bolehkah cikgumu nanti menjagamu seperti kami menjagamu sekarang?Bolehkah cikgumu nanti memberikan tumpuan hanya padamu seorang sepanjang waktu persekolahanmu itu sepertimana yang kami lakukan sekarang untukmu sayangku?Tidakkah kawan-kawanmu itu nanti yang sememangnya NORMAL membulimu?Sudah pasti anak sekecilmu yang lembut, yang kecil molek, yang tidak pandai bersuara, yang tidak boleh berjalan menjadi tatapan mata dan bualan mereka.Dan bagaimana sekiranya terdapat virus-virus yang tidak diingini hinggap pada tubuh kecilmu yang sememangnya kurang dayatahan itu?

Aduhaii hati, mengapa selalu memandang serong pada orang luar?mengapa tidak boleh mempercayai mereka?mengapa tidak boleh membuka peluang itu pada aisya untuk mencuba?Ntahlah..mungkin masa itu belum lagi tiba!

Akhirnya keputusan telah ibu ambil.Ianya dibuat bukan hanya pada perasaan dan mengikut kata hati ibu semata.Malah pada semua pendapat ibu-ibu bloggers yang menelefon, menghantar email dan memberi komen.Juga pendapat keluarga dan rakan-rakan terdekat.Termasuklah faktor keselamatan, kesihatan dan keadaan aisya sekarang.Terima kasih atas pandangan kamu semua.Kamulah cabang dan ranting kekuatan saya untuk terus kuat berdiri tegak sehingga sekarang.Terima kasih.

"Aisya ibu tidak akan hantar ke sekolah/nurseri buat masa terdekat ini kerana dia masih kecil (belumpun 2 tahun wahai cikgu).Mungkin cadangan ini ibu akan pertimbangkan semula bila usianya menginjak ke 3@ 4 tahun nanti.Waktu itu dia dah besar sikit kan?Harapnya ketika itu aisya dahpun boleh berjalan dan bertutur walaupun hanya dua tiga patah perkataan."

* Jika cikgu mempersoalkan tentang peningkatan kendiri dan tahap perkembangan sosial aisya, termasuk kemahiran bertutur yang sememangnya ibu akui aisya masih jauh ketinggalan, ibu akan cuba sahut cabaran itu untuk ibu terus berusaha dan melipatgandakan latihan dan stimulasi aisya di rumah.Insyaallah..doa dari semua auntie's yang menyayanginya akan tetap mengiringi perjuangan anak kecil ini.Terima kasih semua :)

9 comments:

ieda said...

moga aisya terus sihat & ceria..ibu jgn risau.kat rumah pun aisya boleh belajar.

Jiey^Mien said...

ayue, jiey setuju ngan pendapat ayue.. lagi pun, anak-anak kita ni fragile.. kadang2 ada mak bapak yang tak paham bahasa kat skolah tu.. anak selsema, batuk pun antar gak.. satu hal pulak berjangkit ngan anak org lain.. *sigh*
tahun ni, insyaAllah ian dah nak masuk 3 tahun..
sbb tu jiey decide antar ths year..
kalo ikutkan therapist, last year dh suh antar..

mrs_zura said...

yeay..nk like buleh? hehe...cik til ada pun dh cukup bgs..dia leh ajar2 sket2..

Jue-Isteri_Ibu said...

betul kata jiey tu ayu... dengan keadaan aisya skrg tak sesuai, insya allah masa itu akan tiba..comel la bila aisya wat mulut cam tu...hehehe..

Min said...

comey sungguh aisya ni. especially gambar last yg moncong mulut tu... insya Allah aisya will be fine... kita doa ayu...

MaMaNuRiN said...

eeee geramnya kat muncung aisya tu..karang tarikmuncung tu baru tahu.Insyallah ayu, Allah pasti akan lorongkan jalan yang terbaik untuk ibu dan aisya.

Yasmin Nabilah.. said...

Ayu lupa nk ckp masa kita tepon aituh..apa kata ayu ajar kakak ckp2 ngn aisya.ayu ckp la kat kakak,kakak kena slalu ckp ngn aisya..nanti aisya cepat sembuh..sure kakak ok punya..aisya untung sebab ada sdik beradik.tak ckp ngn kwn2pun takpe..ckp ngn adik beradik pun dah ok..:)

mamasoffy said...

Ya..saya setuju..anak saya pegi nursery tapi dia lambat juga bercakap..hi hi..she's too young..yang paling dirisaukan pasal mudahnya dia tekena jangkitan di nursery atau sekolah...

ish..geramnya tengok gambar muncung dia tu...:)

ummuharithasif said...

ala,comelnya aisya wat muncung gitu,rsa nk kiss aisya pastu nk tarik muncung tu skali..ekeke..
xpe,aisya duk umh pn blh bljar gak..slalu berinteraksi ngn aisya..pastu bacakan story books,smbil bljar tp pronounce words,it will stimulate her brain too.. insyaAllah