Friday, January 28, 2011

Tangisan Dalam Tidur


Pagi tadi ibu ke pejabat dengan rasa yang berbelah bagi kerana meninggalkan aisya yang sedang dalam tangisan kepada cik til dan babah. Harapnya kamu ok - ok saja sayang. Ntah apa sebabnya malam tadi tidur anak ini kerap terganggu oleh esakan dan tangisan. Adalah dalam 4,5 kali. Bukan sebab laparkan susu. Bukan juga kerana pampers yang basah. Mulanya fikir ibu mungkin mengigau kerana penat bermain di siang hari atau 'nightmare' kah dia? Namun apabila berterusan rengekannya...umpama ada yang tidak kena. Sakitkah kamu wahai anak? Ceritalah..beritahulah ibu sebabnya. Bingung sekali fikiran ibu. Sukarnya memahami kemahuanmu. Andainya kau bisa melahirkan ketidakselesaanmu itu, pasti mudah saja ibu membantumu nak. Ini hanya tangisan dan esakan sahaja yang terzahir. Yang tersuratnya? Hanya kau dan Allah sahaja yang tahu. Setiap kali terjaga dengan bunyi tangisan itu, ibu angkat dan peluk aisya, ibu dodoikan dia. Setelah beberapa ketika barulah aisya kembali lena. Tidurlah nak..jangan buat ibu risau ( Dalam fikiran mula membayangkan yang bukan-bukan. En. sawan tolonglah jangan dekati anak saya! Kami baru nak menikmati gembira. Jangan ulangi lagi kesedihan lalu ) Tangisan dalam tidur berulang sehinggalah ke pagi tadi. Ikutkan hati memang mahu ambil cuti kecemasan namun memikirkan yang bulan Februari banyak cuti perlu diambil untuk temujanjinya (Pak Ngah Aisya kahwin, EEG Test-HKL, Audio, Fisioterapi, Terapi cara kerja, Opthalmology) maka perasaan itu terpaksa ditahan. Lagipun ibu dah periksa suhu badannya, normal. Pada cik til ibu berpesan tolong pantau aisya, sekiranya berlaku apa-apa segera hubungi ibu.

Kisah aisya berjalan beberapa hari lepas, tidak berlanjutan dengan baik :( (Ada mode kecewa dan sedih sedikit di situ, wahai ibu tolong jangan patah semangat!) Ntah mengapa di rumah aisya langsung xmahu cuba berjalan. Dia hanya mengengsot seperti selalu. Walaupun kami cuba paksa supaya dia berjalan namun bila pegangan tangan dilepaskan dia akan terus duduk dan kembali mengengsot untuk ke sana sini. Bila ditanya pada teman-teman dan tok abah, mereka cakap mungkin aisya nak selalu ke taman. Kata mereka, bila aisya excited tengok kawan-kawan berjalan baru dia berani nak melangkah. Begitukah??

P/s : Baru lepas call cik til..katanya aisya ok sahaja. Bermain seperti biasa. Alhamdulillah.
Kawan-kawan..nak tanya, ada tak sesiapa yang tahu kat mana ada jual kasut budak dengan saiz kecil (aisya pakai 6 bulan++ punya size) sebab saya nak cari kasut yang betul2 untuk budak berjalan, sekarang aisya pakai kasut-kasut baby yang tapak lembut tuh jer(untuk baby yang belum berjalan). Therapist suruh tukar pakai yang tapak keras/tebal. Dah puas cari tapi xjumpa size kecik (paling kecik size 20). Kalau sesapa tahu tolong inform saya yer. Thank's.

9 comments:

ieda said...

bab berjalan tu ayu jgn risau.dia dah boleh makanya nati dia akan berjalan lg.mungkin kaki dia lenguh sikit kot.nabila dulu2 pun mcm tu.masa baru belajar jalan.sat berjalan...lama tak berjalan.jenuh gak tunggu.
kaki aisya berapa cm panjangnya.kalau akak jumpa nanti akak belikan.tp tak leh nak janji bila.

Jue-Isteri_Ibu said...

insya allah ayu, aisya ok2 jer tu..nightmare agaknya..

insan kerdil said...

biar pun dalam kepayahan....tetap mengharapkan tiap ruang dan peluang itu....menumbuhkan cuma rasa kebahagiaan....buat yang tersayang....daripada yang menyayangi....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam...

Nonie said...

Aisya dah direfer ke rehab x?akak dgr citer dr pakar fisio .. rehab akan tentukan kasut yg sesuai utk anak yang mana kasut tu dibuat khusus mengikut saiz & keadaan kaki anak..akak pn tgh tunggu appnment ngan diorang..wat masa ni akak pakaikan Humaira ngan kasut biasa yg jual kat luar tp x brp membantu Humaira la..coz sebelah kakinya masih menjingkit sms melangkah...anyway memang susah kan nak cari kasut utk aisya coz saiz kakinya yg terlalu kecil..tp teruskan usaha ..insyaAllah akan jumpa yg sesuai....:-)

Mawar said...

kak ayu,

jgn sesekali putus harap, teruskan semangat akak yg kuat & cekal tu, aisya akan dpt jalan nanti, insyaALLAH, kita sama2 doakan yg terbaik buat dia

Min said...

she needs a little bit more of confident. so jgn risau... dia akan jalan la tu ayu...

ummuharithasif said...

insyaAllah aisya akan boleh jalan nnti..ameen..ibu aisya kna slalu yakin dan positif...smua kjayaan aisya bermula dgn kepercayaan ibu ayah aisya ;)

Azma said...

ayu mgkin boleh dapatkan kasut khas utk aisya. Cuba tanya asz (mommy ammar)coz ituari dia ada tmpah kasut khas utk ammar kat Jln TAR, KL.

ians said...

salam ibu aisya,

sekadar berkongsi ttg amir. amir mula berjalan ketika umurnya 1 thn 8 bulan. apa yg kami buat ialah dia mengikuti terapi seperti biasa di hospital utk belajar berjalan dan dirumah kami paksa dia tolak kerusi. biasanya kami berdirikan dan suruh dia pegang kerusi. dlm pd masa yg sama kami pegang tgn dia dan tolak kerusi tu sama2keliling umah. meleleh air mata pun kami biarkan saja tp dlm pd masa yg sama kami tiupkan kata2 semangat utk dia. Alhamdulillah dlm masa 4 bulan dia mula berjalan jatuh sendiri. kdg2 sy dengki dia. sy gantung dia dkt grill tingkap dan suruh dia panjat. kalau dia x mo sy paksa gak. ada org kata sy zalim tp sy kata kalau sy x "zalim" skrg, apa akan jd pd dia kalau sy tiada nanti. belum tentu ada org nak jaga dia.