Thursday, January 6, 2011

Demam Vs Sakit Mata


Nak tidur berdodoi atas lengan ibu
(Gambar diambil jam 5.30 pagi tadi)
Demam yang berlarutan dah masuk 3 hari masih belum menunjukkan tanda-tanda kebah sepenuhnya.Kini aisya diserang pula virus sakit mata.Banyak sungguh dugaan untukmu anakku.Moga kau kuat dan terus kuat.

Balik kerja semalam, ibu rasa badan aisya masih lagi panas.Namun mata kirinya pula kelihatan merah dan berair.Sakit matalah pula adik nih.Walaupun xaktif seperti selalu namun dia xlah terbaring lemah sebaliknya masih lagi mampu duduk dan mengengsot ke sana ke mari.Begitulah aisya budak kuat ni, selagi masih berdaya, dia tidak akan duduk diam sehinggalah dia betul-betul lemah barulah dia terbaring lesu di tilam.Kami sampai di rumah daru rumah tok abah jam lebih kurang 7 petang, ibu memeriksa suhu badan aisya 38.6c.Ibu masukkan ubat bontot.Cadangnya mahu ke klinik kesihatan P9, Putrajaya.Selepas mandi dan menunaikan solat, kami bergerak ke klinik.Inilah kali pertama ibu jejakkan kaki ke klinik kesihatan P9 ni kerana sebelum ni hanya ke klinik panel babah.Alhamdulillah orang xramai dan dalam masa xsampai 1 jam semuanya selesai.Sangat cepat.

Kebetulan selepas mendaftar ada satu suara menegur memanggil aisya, rupanya zura ibu habib yang mengenali wajah aisya.Seronok sekali dapat berjumpa zura lebih-lebih lagi habib yang comel n nampak bijak tuh.Tersenyum jer bila orang menegur.Sungguh behave.Doc mengatakan kulit aisya nampak sedikit biru.So, kalau demam masih berlarutan perlu ke hospital.Owh...perlukah aisya di tahan wad lagi?;(

Pukul 5 pagi tadi, aisya merengek lagi.Ibu rasa muka dan badannya.Panas!Kain basah di dahi dah kering.Suhu badan diambil, huh 38.8c.Tingginya.Cepat-cepat ubat bontot dimasukkan lagi.Matanya yang berair memerah dan penuh dengan tahi mata di sapu.Untuk masukkan ubat titik mata sangatlah susah.Aisya akan menggelupur marah.Tangisan mula bergema.Susu suam babah bancuh namun bila disuakan kemulut kecil itu, dia menolak.(Baru jer ibu mahu melihat aisya semakin berisi, kini aisya dah xmau makan minum pula.Sudah pasti berat menurun ;( )Bila diangkat dan didukung barulah aisya senyap.Tidurnya mahu didodoi beralaskan lengan ibu.Kalau demam, tiada orang lain yang dia mahu selain ibu.Desah nafasnya yang perlahan  turun naik itu membuatkan ibu sayu.Cepatlah sembuh anakku.Ibu rindu keletah dan senyummu.

 
Aisya sakit mata.
(Gambar yang diambil jam 6 petang semalam.)

7 comments:

mrs_zura said...

siannya tak kebah lagi demam...hrp2 aisya ckp sembuh...
seronok juma semalam walaupun kejap:-)

ieda said...

cepat2 sembuh aisya...
suka tgk kakak bg aisya minum ubat kat entry bawah tu..ada stail.

Puteri Nuur At-Terawis said...

kesiannya demam :( kakput doakan cepat sembuh. kakput pun di P14 :) rumah kat mana? nanti boleh buat playdate :D

MaMaNuRiN said...

alaaa ciannya aisya mama ni..mama doa cepat sembuh yer..

Min said...

ala aisya... cepat sihat ye sayang...! sakit pun mata tetap comel...!

ummuharithasif said...

ciannya aisya...mmg susah ati kn kalu anak demam...cpat2 sihat ya syang...

Jue-Isteri_Ibu said...

cepat sembuh yer sayang..mata aisya tetap cantik walaupun sedikit merah...