Friday, January 7, 2011

Tolonglah jauhi anak saya!

Kalaulah ayat di atas boleh ibu laungkan, dah lama ibu merayu agar 'en. demam' dan semua penyakit pergi jauh-jauh dari kehidupan aisya.Agar aisya tidak lagi kesakitan seperti sekarang.Hari nih genap 5 hari anak ibu demam.Panasnya masih xnak surut.Suhu badan yang dimbil jam 5pagi tadi menunjukkan 38.0c.Sedikit turun namun merungsingkan.Malam tadi di tambah pula bonus muntah 3 kali.Kali pertama ketika dia nyenyak tidur selepas diberi susu.(9.30malam) Berhamburan keluar semua susu yang baru diminum.Malam tadi juga (antara maghrib-isya') terjadi 2  kali aisya tersedak air liurnya sendiri (seperti yang pernah saya ceritakan).Mujurnya ketika itu aisya sedang berjaga.Dan selepas tuh, air liurnya banyak meleleh keluar.Pelik..??sebelum nih aisya xpernah air liur meleleh.

Mengapa kali ni lama benar demamnya??Ubat makan dah di beri, xcukup itu..air asam jawa/asam keping menjadi mandiannya (semalam 5-6 kali aisya mandi).ubat bontot juga digunakan sekiranya panas terlalu tinggi.Namun suhu masih berlegar antara 38c.Kasihan anak ibu...merengek, merengek, merengek dan terus menangis.barangkali tidak selesa dengan panas dalam badannya?atau lenguh-lenguh sendi badannya?Siang dia sedikit ok..suhu agak terkawal ( dalam 37++c) namun menjelang petang ke malam membawa ke pagi panas badannya mula naik.Masuk ubat bontot-suhu turun seketika namun selepas tu naik kembali.
5.30 pagi tadi selepas ibu memasukkan ubat bontot dan berjaya menidurkannya kerana dia merengek xhenti dari jam 4.30pagi, ibu mandi dan bersiap.Kemudian menyiapkan bekalan kakak ke sekolah.Ketika di dapur (lebih kurang jam 6) cik til datang memberitahu aisya menggigil macam sejuk.Terkejut seketika, ibu lantas berlari melihat aisya.Dalam fikiran dah terbayang cik 'sawan' datang kembali.Namun bila ibu tiba dan membeleknya, kelihatan aisya lena tidur dengan desah nafasnya sedikit berbunyi.Mungkin benar dia sejuk kerana ibu baru sahaja membasahkan seluruh kepala dan badannya dengan air asam keping.(cuba menenangkan hati sendiri ;( huhuhu ) Lindungilah aisya Ya Allah.

Sekiranya hari ni masih xkebah, ibu nekad membawanya ke hospital.xpelah..ditahan wad pun, asalkan aisya sihat seperti sediakala.Kasihan ibu melihat tubuh yang semakin mengecil itu, kaki tangan yang semakin kurus, mata yang semakin kuyu..nampak lemah walaupun sesekali masih terukir senyum melihat kakak mengagahnya.
Lena akibat keletihan menangis.Tubuh yang semakin mengecil (bantal peluk sofa tu nampak lagi besar saiznya dari aisya).
Sembuhlah cepat aisya.
(Gambar jam 6.00 pagi tadi )
p/s : Mungkin terpaksa tunda nak pergi berubat malam ini kerana keadaan kesihatan aisya.Lagipun orang tu mintak air yassin yang dibacakan sendiri oleh ibu.ibu xsempat nak buat sebab bulan dah mengambang.huhuhu..

8 comments:

mrs_zura said...

ayu tryla bwk gi hospital..dh berlanjutan..tp kalu nk lg mudah pe kata bwk gi klinik n kalu doc tu kt kena masuk wad suh dia bg surat..lagi cepat prosesnya kot...

Bicara hati ibu aisya said...

zura:memang kalau petang ni masih xsurut gak demamnya igt nak p lagi klinik malam ni.andaikata kena tahan wad pun..xkisahlah.risau dah tengok keadaan dia.

mun said...

siannya aisya..semoga aisya cepat sembuh ye.....isyaallah...

Jiey^Mien said...

cepat baik yea nak..

Jue-Isteri_Ibu said...

semoga aisya cepat sembuh yer, sayang..

Min said...

Ya Allah! sembuhkan anak ini...!

ICAZIESYIRA said...

jangan selimutkan aisya kot.
biarje dia paki stokin
ayesha saya kalau demam, saya akan biarkan dia pakai baju lubang2. jangan bagi suhu naik

semoga aisya cepat sembuh

nuyin2u said...

ada selsema n batuk x ?, denggi selalu dikait bila 2 ni xd. minta dijauhkan dr aisya.