Wednesday, January 5, 2011

Manusia Hanya Meramal, Allah Yang Menentukannya

Hanya nak berkongsi cerita dan perasaan yang berbuku di hati.Mulanya rasa ingin didiamkan saja, xmahu bercerita di medan penulisan blog ini tetapi gelodak di jiwa sering sahaja mengganggu.Fikiran kadangkala sedikit terganggu akibat 'statement' yang telah diberikan.Argh..manusia hanya mampu meramal namun Yang Berkuasa untuk menentukan hanya DIA yang satu...
Sejak Aisya lahir dan dibenarkan keluar dari NICU setelah 182 hari berada di sana sehinggalah sekarang (umurnya 21 bulan), pernah tiga kali ibu membawanya berubat secara tradisional.Kali pertama berubat, dia baru berumur lebih kurang 8 bulan.Itulah kali pertama juga aisya dibawa menjejakkan kaki ke kampung babah di Labis.Berubat dengan seorang pengamal perubatan Islam Jawa/Indonesia.Kali kedua pula ketika dia baru sahaja berumur lebih kurang 14 bulan (ketika itu aisya hanya terlentang/berbaring dan masih belum pandai apa-apa hatta meniarap, merangkak mahupun duduk) di Pusat Rawatan Darul Syifa', Bangi dan yang terbaru beberapa hari sebelum menjelang Tahun Baru 2011 iaitu selepas berlakunya siri kejutan fits/epilepsi/sawan ketika umurnya 21 bulan, berubat bersama dengan seorang pengamal perubatan Islam juga.Bukan cara rawatan yang ibu gusarkan namun kenyataan yang diberi oleh ketiga-tiga orang pengamal perubatan tersebut adalah hampir sama saja iaitu :

'Luarannya memang nampak kuat, sihat.. namun dalamannya lemah'.Teruskan dengan rawatan di Hospital.Makan ubat dan jangan tinggalkan temujanji yang diberi.Semangat anak ini kuat.'

Itulah yang ibu terlalu takutkan 'dalamannya lemah'.Apa maknanya?Bagaimana ibu nak tahu kalau semuanya tersembunyi di dalam?xnampak dengan mata kasar.Sungguhpun ada pencapaian dan peningkatan pada aisya tapi biasanya setiap pencapaian pasti diikuti dengan kesakitan dan begitulah juga sebaliknya.Setiap hari ibu berdoa agar segalanya dipermudahkan dan aisya dipanjangkan umur supaya dapat sentiasa bersama ibu selalu.Kejadian aisya diserang fits/epilepsi/sawan 11/12/10 tempohari membuatkan ibu amat-amat takut!Takut sekiranya ibu terpaksa menerima hakikat ibu akan kehilangannya walaupun ibu tahu semua itu kuasa Allah dan ibu perlu REDHA dengan setiap apa yang ditakdirkan.Tapi ibu belum bersedia!Ibu rasa ibu belum mampu nak hadapi semua tuh.Namun sesekali bila ibu teringat kata-kata akuinsankerdil-'Ketentuan Allah Adalah Rahsia Allah', ibu sedikit tenang.Manusia hanya boleh meramal macam-macam, yang menentukan segalanya adalah Allah Yang Maha Esa.
Moga kekuatan itu tetap ada dalam diri aisya.
Merenung nasib masa depan.

11 comments:

MommyAqil said...

aisya makin cumel dan ayu aida tgk..
Sabarlah kak..Yg penting kena percaya qada' dan qadar Allah dan selebihnya kita bertawakal dan berdoa kepada ALLAH..InsyaALLAH semuanya akan baik-baik saja ye kak..Aisya anak yg kuat dan tabah mcm ibu dia..

mun said...

comelnye aisya.....sabarlah awak....saya tahu awak kuat....semangat aisya pon kuat.....semoga di permudahkan segalanya....

ieda said...

ayu..
jangan fikirkan sgt ttg kesakitan & kehilangan.aura sedih & bimbang kita akan sampai kepada anak.sebaliknya sentiasalah bersemangat & ceria menghadapi hari2 gembira aisya.insyaAllah semangat kita itu akan sampai kpd anak.semakin dia membesar maka semakin kuatlah jiwanya.

Anonymous said...

bila berbicara tentang rasa...tentang hati...umpama bayangan mimpi yang tidak berkesudahan....

kerana hadirnya kasih...ada nya sayang maka seolahnya segala seperti sudah tersimpul kemas...meski yang diharap itu selamanya...tetap ianya hanya suatu harapan....yang tiada berkepastian....

namun hakikat ketentuan itu tetap milik Allah....dalam menuju keredhaan-Nya....nikmatilah peluang serta ruang untuk berkasih sayang dengan rasa yang paling bahagia...kerana di saat ini...di ketika ini....itu lah nikmat yang kini dirasai....

semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat pada tiap yang mengharap....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam...

Yasmin Nabilah.. said...

ayue..untuk anak2 spt nabila dan aisya..sebenarnya kita sepatutnya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan. mungkin berat tapi jiwa kita juga perlu kuat.demi anak2 ini utk terus hidup atas semangat kita. buang perkara2 negatif..insyaallah Allah telah menjanjikan sesuatu yg terbaik utk kita.

mamasoffy said...

Salam..ayu..

Percaya pada ketentuannya. Ini pendapat peribadi saya ya..bagi saya maksud pengamal perubatan islam tu ketahahnan badan aisya mungkin sedikit lemah. Dr pernah kata pada saya, bila ada perubahan dalam badan baby, antibodinya akan tergugat hatta untk belajar meniarap dan sebagainya. Itu sebab bila kita tengok anak2 lepas demam mesti nak pandai sesuatu. Sakit sia bergantung kepada ketahanan badan anak itu sendiri..untuk anak seistimewa aisya..mungkin ketahanan badannya lain sedikit..Pernah tak cuba jus kurma? Untuk anak2 saya dia sangat membantu untuk ketahanan badan..mana tau sesuai untuk si comel aisya...

p/s: admire sgt kat mata dia..kalau dapat girl lagi for the next baby..nak anak mata cantik macam aisya..

Bicara hati ibu aisya said...

Terima kasih atas semua komen dan semangat yang diberikan.Terus terang, airmata ini menitis membaca setiap patah perkataan.Sokongan semua buat saya cuba untuk terus kuat demi Aisya!

Mamasoffy : Insyaallah, saya doakan mamasoffy dapat baby girl dengan mata yang sangat cantik :)

Min said...

she's adorable! usaha, yakin, doa, redha & tawakkal adalah kunci insan beriman. segalanya telah tertulis, apa yg bakal brlaku usah difikirkan, hanya Allah yg tahu... just live our life day by day n make full of it. ok ayu... take care dear!

ummuharithasif said...

smoga ibu aisya tenang menghadapi semua dugaanNYA. Allah tahu ibu aisya kuat..pasti ibu aisya seorang yg sgt istimewa sebab tu Allah amanahkan untuk menjaga insan seistimewa aisya. Usah memikirkan apa yg akan berlaku esok.Yang pasti kita lakukan yg terbaik pada hari ini...mudah-mudahan semuanya akan baik-baik slalu.Mengadula kpd NYA kerna DIA lah sebaik-sebaik pendengar.

Anonymous said...

aisya very cute

Jue-Isteri_Ibu said...

sabar ayu..dugaan untuk kita tak kan putus dalam membesarkan si comel ini..