Wednesday, January 26, 2011

Alhamdulillah..akhirnya usaha itu membuahkan hasil

Salam semua....
Setinggi syukur dan sebutan alhamdulillah masih xputus dari bibir saya sejak dari petang semalam.Dan kejadian itu memberi impak yang besar dalam diri saya.Saya rasa sungguh bersemangat untuk terus berusaha dan yang pastinya senyuman yang terukir sejak pagi tadi semuanya mempunyai kaitan dengan kejadian petang semalam.Di mata ini masih lagi terbayang-bayang rakaman cerita semalam.Peristiwa itu menjadi antara moment terindah saya sepanjang bergelar IBU...

Balik jer dari pejabat, saya membawa kakak ke taman permainan yang berada di bawah.Aisya dan cik til sememangnya berada di taman kerana latihan berjalan aisya MESTI diteruskan setiap hari walaupun tanpa kehadiran saya tidak kira sama ada di dalam rumah mahupun di taman - jika cuaca baik selain cuba untuk memberikan dia pendedahan sosial.(Yer, saya sememangnya amat tegas berkenaan segalanya tentang aisya-kerana saya hanya mahu yang terbaik untuknya)Setibanya saya di taman, saya lihat aisya bermain buaian.Suka benar nampaknya dia.Senyuman xlekang dari bibir yang comel itu.

Tanpa saya sedar (kerana sibuk duk tengok kakak dan beberapa lagi kanak-kanak bermain) saya berpaling dan melihat aisya.Terkedek-kedek kaki kecil itu melangkah ke arah saya sambil tangan ke depan, badan terhoyong hayang untuk mengimbangkan diri daripada jatuh.Sungguh..saya terpegun.Subhanallah!Terpegun mata ini melihat aisya dah pun boleh melangkah lebih dari 5 langkahan tanpa ada tangan yang memimpin.Comel sekali kaki kecil itu melangkah walaupun nampak kekok dan lambat.Kerna sebelum ini apabila di rumah, aisya TIDAK PERNAH pun melakukan aksi tersebut.Begitu juga jika ke sesi fisio. Berpuluh malah beratus kali kami cuba melepaskan tangan kecil itu berjalan tanpa bantuan, namun apabila tiada pegangan di jarinya dia akan terus duduk dan mengengsot.Seketika kemudian saya menjerit 'Aisya dah boleh jalan!'.Ayat pendek itu saya ulang berkali-kali sambil mendapatkannya.'Aisya dah boleh jalan sayang.'Saya peluk dan angkat dia.Saya cium pipinya berkali-kali.'Alhamdulillah..syukur Ya Allah'.Sungguh saat itu airmata ni bergenang.Saya sebak.Anak kecil saya yang berumur 1 tahun 10 bulan kini dah pun boleh berjalan.Rasanya mahu saya laungkan pada semua yang aisya dah pandai berjalan.Walaupun hakikatnya baru berjalan jatuh namun saya puas kerana itulah balasan di atas segala usaha dan ikhtiar kami.Ibu-ibu yang berada di taman itu hairan malah ada yang bertanya.'Berapa umurnya nih?'.Sambil tersenyum saya menjawab '1 tahun 10 bulan.' 'ooo..lambat jalan.baru nak berjalan lah nih?' 'kecik ye badan dia.xnak makan ker?'Saya hanya tersenyum.Katalah apa sahaja kerana di fikiran saya waktu itu, anak saya akhirnya dah pun pandai berjalan.Alhamdulilah..alhamdulillah..alhamdulillah.

Aisya yang dulunya lembik...terbaring lebih 1 tahun 5 bulan tanpa meniarap dan merangkak, kini setelah bermula dengan duduk tanpa sokongan (1 tahun 5 bulan), dari baring belajar bangun duduk sendiri tanpa bantuan (walaupun xseperti bayi normal - mengiring tekan tangan baru boleh duduk - 1 tahun 6 bulan ++), mengengsot (1 tahun 8 bulan), berdiri dengan bantuan (1 tahun 9 bulan) dan kini dah mula bertatih tanpa sebarang sokongan (1 tahun 10 bulan).Apa sahaja yang dicadangkan bagus untuk anak ini saya cuba lakukan.Tanam badan, teknik urutan, berenang, pijak embun pagi, latihan, berubat dan segalanya.Anak kecil ini yang dulunya memakai bantuan oksigen selama 6 bulan.Berarak dengan tong gas ke sana - ke mari.Anak kecil ini yang ditakutkan tidak akan dapat berjalan kerana air tulang belakangnya diambil 2 bulan lepas.Anak kecil ini yang mengalami serangan sawan berkali-kali.Itulah dia Aisya - anak kecil istimewa saya.Satu pencapaian yang sangat membanggakan pada saya bagi anak bermasalah developmental delay yang mengikut ulasan cikgu OT nya DELAY 1 TAHUN! Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang tidak terhingga ini.
Ibu bangga denganmu nak!

* Malam tadi ibu tenggelam dalam tangisan setelah menunaikan solat sujud syukur.Insyaallah...ada beberapa nazar yang ibu perlu tunaikan setelah aisya benar-benar sihat dan boleh berjalan sepenuhnya.Syukur alhamdulillah!

12 comments:

Azma said...

hasif dtg menjenguk..ooo..dah boleh jln ye aisya.. boleh kwn ngan asif la cam ni.. :)

Anyway, congrats aisya & mummy nye..

ummuharithasif said...

alhamdulillah,tahniah2 aisya...nnti bolehla geng ngn abg hasif..k.azma,jom bwa hasif sma..kita main kjar2 ngn aisya ;)

Kerikil Kehidupan said...

Terharu...nangis dah pun...tumpang gembira...Alhamdulillah....Tahniah Aisya dan ayu....

mun said...

terharu saya baca entry nie..syukur alhamdulillah ya ALLAH....moga2 aisya sihat selalu..lepas nie lehla aisya main kejar2 dengan kakaknya....

harz... said...

Salam....
alhamdulillah....
selama nie saya hanya membaca blog ini tanpa meninggalkan jejak... tapi bila baca aisya dah bleh berjln saya tumpang gembira...
Syukur Ya Allah...
Tahniah juga kpd ibu aisya... Insya Allah segala usaha yg ibu lakukan akan mendpt pertolongan drp Allah Taala....

Jue-Isteri_Ibu said...

alhamdulillah..aisya, ibu ainie tumpang gembira..semoga aisya sihat2 selalu yer sayang.. ibu ainie nak pinjam semangat aisya utk ainie plak..

Yasmin Nabilah.. said...

Alhamdulillah..berkat usaha berhasil jugak kan..tahniah ayu!! ya..aisya anak yg kuat semangat.

mrs_zura said...

Tahniah!

Min said...

alhamdulillah! go aisya go!

Anonymous said...

tahniah kak...selame ni saye jd silent reader jerk...tahniah lagi skali...dah boleh jln dah aisya...comel...lepasni boleh beli kasut baru...yeay....

insan kerdil said...

setulus kasih yang diberi....setulus jua kasih yang diterima....

biar ada ketika kepayahan itu datang menyinggah.....namun pabila dipermudahkan walau satu langkah...maka tiada yang meninggalkan kesan selain...rasa kesyukuran pada Allah S.W.T...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam....

Tika said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH..

TAHNIAH Aisya dan Ayu..!!! Akak pun tumpang sangat gembira... HArap Aimy pun akan mengikuti jejak langkah Aisya...amin..

Nanti boleh bagi tips apa yang Ayu usahakan utk Aisya? dan di mana berurut?