Monday, January 24, 2011

Bila kesakitan ini akan berakhir?

Lama x update blog...penyakit 'M' dah mula menular.Sepanjang masa tersebut, hanya ber'blogwalking' melawat blog kawan-kawan.

Aisya??seperti selalunya dia masih aisya yang sama.Seperti selalu...bila sihat, aktifnya bagai tidak pernah mengalami sebarang kesakitan.Meneroka setiap ceruk ruang yang ada di dalam rumah kecil kami itu.Di bawah meja makan,di atas sofa, di tepi kabinet baju kakak, di belakang pintu bilik cik til, di depan pintu peti ais, di depan ruang tv, di ruang bermain dan belajar kakak...semuanya ada kelibat aisya.Namun bila tiba kesakitan, tubuh itu hanya terbaring lemah di atas toto.Dan airmata ini turut sama mengalir melihat kesakitannya itu.Khamis lalu..aisya sekali lagi diserang 'sawan'.Sungguh ibu terkejut.Ingatkan sekiranya ubat (epilim) xpernah culas diambil mengikut aturan, sawan tidak akan datang.Namun syukur, kejadian itu tidak lama.Dalam ibu memanggil dan menepuknya dia kembali tersedar.Owh..walaupun hanya beberapa saat namun cukup membuatkan jantung ibu ini umpama berhenti berdegup.Tanpa demam, tanpa tanda, tanpa isyarat...ianya datang.Kasihan sungguh melihatmu anak kecil.Kalaulah sakit itu boleh diganti, mahu sahaja ibu menggantikanmu.Agar kau tidak perlu lagi menangis kesakitan menanggung penderitaan itu.



"Ya Allah..kau kuatkanlah semangat juang Ainur Ariana Damia ini menghadapi ujian dan dugaanMu.Hanya Engkaulah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Mengetahui.Hanya Kau yang tahu rahsia di sebalik semua ketentuanMu ini".
amin ya robbal alamin.

6 comments:

Ummi Alisya said...

alahai...sejuk hati tgk aisya tido! redup je mata memandang.... semoga aisya cepat pulih dari sawan. oh sawan, pergilah jauh dari anak2 kami..... sungguh, kami sangat takut dan benci akan sawan!!!

** ade rezki kite jumpe eh ibu aisya.... (ita lupa lah nama ibu aisya) dekat je kita kan? jumpe kat alamanda ke, syok gak nak borak2...

ummuharithasif said...

smoga aisya sihat2 slalu..mmg sedihkn bila anak2 sakit...aritu hasif demam pn, susah ati dibuatnya...moga aisya ceria kembali...klu aisya sepahkan satu rumahpn,pasti ibu x marah..asalkn aisya sihat2...kn ibu aisya kn?..hehe

nuyin2u said...

orang lain demam bermusim, anak2 kita demam tak kira musim, tu yg sedih tu kan..oh sawan, jgnlah hampiri aisya lagi..

Kerikil Kehidupan said...

huhu...sawan...moga ianya pergi jauh dari anak-anak kita...buat aisya...moga sihat sentiasa....

mrs_zura said...

sian nye aisya...semoga sihat selalu

Min said...

moga aisya sihat n ceria selalu...