Friday, February 25, 2011

Luahan Rasa Seorang Bapa..Kini ibu dah tahu... :(

Malam tadi, sewaktu ibu sedang mengemas manakala babah berehat-rehat sambil melihat kakak dan aisya bermain, tiba-tiba babah bersuara perlahan- 'Kasihan adik (panggilannya untuk aisya), hidup dalam dunia diam. Macam manalah agaknya adik rasa dalam dunia sunyi sepi tuh. Tanpa suara dan bunyi-bunyian. Nanti ye dik, babah masih bertanya mana-mana pakar, ada tak cara untuk memulihkan adik. Makan ubat ker...operate ker. Apa-apapun xkisahlah, janji adik boleh dengar, boleh cakap macam kakak' Huh..bayangkan perasaan ibu waktu itu. Terasa saat tu macam pisau menghiris dalam dada ibu. Sungguh..sayunya hati mendengar luahan itu. 'Maafkan ibu, babah'. Ibu tahu babah xbercakap dengan ibu waktu itu. Mungkin itu sekadar luahan untuk dirinya sendiri. Tapi, buat kali pertamanya ibu mendengar babah berbicara sedemikian. Sebelum ini ibu selalu stress dan marah dalam diam sebab ibu anggap babah buat xkisah kerana riak muka babah xpernah menunjukkan kesedihan itu. Selalu ibu tertanya, xsedihkah babah? Malah babah selalu marah bila lihat ibu selalu menangis (sebab tu ibu selalu menangis dalam diam, ibu xmahu babah tahu ibu menangis lagi). Mulut babah xpernah mengatakan babah sebenarnya risau dan sedih dengan keadaan aisya. 'Maafkan ibu sekali lagi babah' :)
Hingga ke waktu tidur, masih terngiang2 kata-kata itu. Airmata sekali lagi membasahi pipi ibu malam tadi. Betapa babah juga sebenarnya sering memikirkan tentang aisya sebagaimana ibu. Babah juga merasakan kepedihan sepertimana apa yang ibu sedang rasa. Malah babah sebenarnya mencari penawar untuk memulihkan aisya. Kini ibu dah tahu. 'Maafkan ibu sekali lagi babah'
Kasih seorang ayah terhadap anaknya
p/s : Babah, tunggu ibu jap lagi yeh. Kita g Kaunseling Speech Terapi sama-sama. Jap g ibu gerak.

10 comments:

oli said...

rasanya orang lelaki memang macam ni...macam husband i pun...buat dunno ajer bila ada masalah...tapi bila fikir balik, takkan mereka nak menangis macam kita orang pompuan kan? hehehhehehe

so, saya berharap ibu dan babah aisya tabah menghadapi dugaan ni...insyaallah aisya akan sembuh!!

Mawar said...

kak ayu,

kita sbg isteri adalah kekuatan bg suami kita, & begitu jgk sebaliknya...saling sokong menyokong

cuma yg bezanya org laki boleh "sorok" kesedihan mereka brbanding kita

apapun sifatnya (jiwa halus @ brsahaja), kita sebenarnya saling memerlukan

zura_habibhaariz said...

abah Habib pun jarang tunjukkan emosi..kalau citer pasal Habib suara sy dh getar2 nak nangis tp dia diam sajer...bila tny 'u sayang tak anak u?' mesti dia jawab "giler ke tak sayang anak" huhu...
Kadang2 pun dia ada ckp sian Habib..sepatutnya umur nk msk 3 thn dah tak tau buat mcm mana tp nie duk terbaring sajer...
Lelaki mmg pandai sembunyikan perasaan tp kalau dia menangis mmg kita tak sanggup nak tgk..

Yasmin Nabilah.. said...

ayu..ina pun sama..slalu ingat ayah nabila tak pukir ttg anak.kdg2 ina nmpk dia sedih ttg nabila..tahlah mungkin tak suka nk tunjuk..huhu..

Fysa Ismail said...

lelaki pandai sorok kesedihan kan, mereka lagi kuat dari kita. kalau lelaki turut sama nangis lagi bertambah susah, semua pulak bersedih dlm keluarga...

insyallah aisya akan cepat2 sembuh2 ye sayang....

with love from umi sha n baby aiz

ieda said...

org lelaki mmg macam tu.suka pendam sendiri.kalau nak cerita pun kat kawan2 lelaki dia ja.
suami akak pun kalau tgk mmg nampak cool & happy memanjang.tapi bila berdua akak selalu gak tanya perasaan dia ttg satu2 perkara esp pasal anak2.masa tu baru dia nak cerita.kalau dia sedih dia diam ja.pernah gak tgk dia nangis....bila dia nangis akak join sekali sb kesian.
ttg aisya...moga Allah kurniakan deria pendengaran utknya secepat mungkin..amin..

insan kerdil said...

seorang bapa....fitrah nya....sentiasa kan rela berpayahan.....dalam membentengi keluarga nya.....begitu setia nya kasih seorang bapa...

biar pun hakikat nya...sebetah mana....seorang bapa mampu menyaksi.....seorang permata hati....yang ada ketika nya seperti berjuang bersendirian......

sedaya mana lah....seorang suami akan mampu menahan rasa...pabila menyaksikan seorang isteri dilingkari perasaan tidak menentu...yang tidak berkesudahan....

pabila salah seorang nya lemah....yang kuat perlu membentengi yang lemah sehingga yang lemah itu kuat kembali....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

ummuharithasif said...

dlu,lpas bersalinkn,abi menangis bila dimaklumkn ttg hasif,waktu tu dia duk jpan study..kitaorg kt sni..pastu slalula kitaorg nangis sama2 dlm phone..lpas kami ke sna,langsung xpernanh tgok dia nngis lg..ayah biasanya xkn menangis dpn kita wlau sedih,dan automatik nya umi hasif jd kuat sikit...kalau nngis pn time dia xde..pernah berazam xnk menangis tp kekdang bca cite2 touching mcm entry ayu ni airmata menitis jga ;(

Ain said...

Salam..ayu husband sue pun sama gak..masa-masa mula-mula arwah baby shafiy kembali..sue tengok dia tenang jer..tapi sebenarnya malam tu kami nangis sama-sama..cuma bezanya dia lebih tenang daripada sue..kalau dia sama-sama lemah tak taulah kami macam mana..walau macamanapun sabar ye ayu..La tahzan..jangan bersedih ye..ingat pasti ada ganjaran Allah buat insan yang sabar..

Yana said...

assalam...salam perkenalan...sy silent reader blog nie..
kalau x silap nampak ibu, aisya n kakak aisya kat alamanda ptg td (27hb 2)... nak tegur tp malu....