Friday, February 25, 2011

Luahan Rasa Seorang Bapa..Kini ibu dah tahu... :(

Malam tadi, sewaktu ibu sedang mengemas manakala babah berehat-rehat sambil melihat kakak dan aisya bermain, tiba-tiba babah bersuara perlahan- 'Kasihan adik (panggilannya untuk aisya), hidup dalam dunia diam. Macam manalah agaknya adik rasa dalam dunia sunyi sepi tuh. Tanpa suara dan bunyi-bunyian. Nanti ye dik, babah masih bertanya mana-mana pakar, ada tak cara untuk memulihkan adik. Makan ubat ker...operate ker. Apa-apapun xkisahlah, janji adik boleh dengar, boleh cakap macam kakak' Huh..bayangkan perasaan ibu waktu itu. Terasa saat tu macam pisau menghiris dalam dada ibu. Sungguh..sayunya hati mendengar luahan itu. 'Maafkan ibu, babah'. Ibu tahu babah xbercakap dengan ibu waktu itu. Mungkin itu sekadar luahan untuk dirinya sendiri. Tapi, buat kali pertamanya ibu mendengar babah berbicara sedemikian. Sebelum ini ibu selalu stress dan marah dalam diam sebab ibu anggap babah buat xkisah kerana riak muka babah xpernah menunjukkan kesedihan itu. Selalu ibu tertanya, xsedihkah babah? Malah babah selalu marah bila lihat ibu selalu menangis (sebab tu ibu selalu menangis dalam diam, ibu xmahu babah tahu ibu menangis lagi). Mulut babah xpernah mengatakan babah sebenarnya risau dan sedih dengan keadaan aisya. 'Maafkan ibu sekali lagi babah' :)
Hingga ke waktu tidur, masih terngiang2 kata-kata itu. Airmata sekali lagi membasahi pipi ibu malam tadi. Betapa babah juga sebenarnya sering memikirkan tentang aisya sebagaimana ibu. Babah juga merasakan kepedihan sepertimana apa yang ibu sedang rasa. Malah babah sebenarnya mencari penawar untuk memulihkan aisya. Kini ibu dah tahu. 'Maafkan ibu sekali lagi babah'
Kasih seorang ayah terhadap anaknya
p/s : Babah, tunggu ibu jap lagi yeh. Kita g Kaunseling Speech Terapi sama-sama. Jap g ibu gerak.

Thursday, February 24, 2011

~Task untuk ibu~

Petang semalam..sekali lagi kami menunaikan temujanji OT dan Audio Aisya. Mood bercerita panjang tiada hari nih. Terkesan dengan 'sesuatu' yang ibu baca pagi tadi atau penat yang menguasai diri beberapa hari nih? Entahlah. So, ibu cerita apa yang dapat disimpulkan oleh therapist dan Audiologist pada temujanji kali nih jelah yek :)

OCC Theraphy
  1. Perkembangan aisya pada temujanji kali nih dilihat semakin baik berbanding sebelumnya. Penggunaan motor halus dan kasarnya sangat memuaskan.
  2. Tahap daya tumpuan yang selalu dikatakan oleh Cikgu Dila (therapist lama) kurang memuaskan juga nampaknya semakin baik berikutan aisya berjaya meletakkan beberapa block yang diberi (walaupun xhbs-xsampai separuh pun dia buat) malah menurut Cikgu Su pada peringkat umur 2 tahun biasanya memang kanak-kanak lebih gemar bermain dan selalunya cepat bosan.
  3. Skill pegang pensil aisya dipuji kerana dia tidak memegang pensil secara genggam tapi seperti orang dewasa :)
  4. Keseimbangan badannya juga semakin baik(walaupun masih goyang). Kalau dulu aisya datang berdukung dan dia lebih suka mengengsot tapi kali nih dia berjalan sambil dipimpin babah dan cubaan berjalan sendiri agak kerap semasa dalam bilik OT tersebut.
Cadangan dan latihan di rumah :
  • Untuk meningkatkan tahap daya tumpu : Ibu perlu beri aisya lebih banyak toys yang pelbagai warna, bentuk dan bunyi (kerana budak mudah bosan) untuk menarik perhatiannya. Cth: Kalau aisya suka buku, beri dia buku yang menarik dengan pelbagai warna atau beri dia main builder cube.Menurut therapist kalau dia dapat main dalam 10 minit pun dah kira baik, xperlu lama-lama.
  • Latihan berjalan dengan betul (tidak terkangkang atau menjengket)
  • Latihan keseimbangan badan cth naik buaian
* Aisya happy sangat semalam kerana ramai kakak2 (budak2 UKM buat praktikal) melayannya. Lepas seorang, seorang datang ambil dan dukung dia bawak g main kat luar time ibu discuss ngan Cikgu Su :)

Audio
  1. Total masa penggunaan hearing aid aisya iaitu selama 34 jam dalam tempoh 43 hari adalah kurang memuaskan :( -3minggu dia xpakai alat tuh Puan.Huhuhu..
  2. Setting volume dinaikkan lagi.
  3. Acuan dalam bahagian kiri seakan longgar.(patutlah kadang-kadang bunyi bising berdengung bila dipasang.Kesian aisya)
Sebelum ni, xpernah ibu diberi task kecuali peringatan supaya memakaikan aisya hearing aid selama yang mungkin tapi kali ni ibu perlu menyelesaikan task iaitu :
  • Semasa aisya memakai hearing aid ibu perlu berada dibelakangnya/atau tanpa disedarinya sambil menyebut AAA.. dan EEE, catit berapa kali baru aisya pandang dan latihan perlu diulang-ulang pada masa yang lain. * AAA.. adalah not tinggi dan EEE...adalah not rendah dalam suatu bunyian.(masih ada banyak not bunyi A.E.I.O.U tapi sebagai permulaan dua perkataan itu dulu)
  • Setelah test tersebut berjaya, ibu perlu menyebut perkatan yang sama dan suruh aisya sebut perkataan itu. Lihat berjaya atau tidak. Ulang banyak kali. Buat catatan.
Menurut audiologist memang memakan masa untuk dia bercakap seperti budak sebayanya kerana perkembangan aisya umpama tahap budak 7bulan yang baru nak tangkap sesuatu bunyi. Kena kerap latihan dan stimulasi.






Insyaallah, akan kita usahakan semuanya ye nak.

Wednesday, February 23, 2011

Bila dah penat sangat.......beginilah jadinya.

Malas nak cerita panjang..biarlah gambar menceritakan segalanya :P



Inilah rupa anak dara saya yang tertidur kepenatan ketika dalam perjalanan balik ke rumah semalam. Huhuhu...

Bila dia dah mula pandai menunjukkan kemahuannya...

Tiga empat hari nih ibu perasan yang aisya dah mula pandai untuk memberitahu apa yang dia mahu (selama ni rasanya xpernah lagi dia berkelakuan seperti sekarang. Jarang sekali dia meminta sesuatu. Susu pun hanya diminum jika ada orang suakan padanya atau paling tidak, jika ditengah malam..ibu xsedar nak bangun buatkan dia susu dia akan menangis. Itu pun jika dah benar-benar kelaparan! Jika tidak, dia hanya minum bila diberi. Kalau 5 jam baru ibu tersedar nak buatkan susu, maka dalam masa 5 jamlah dia tidak minum.). Perkembangan baru ni bukan melalui suara @ kata-kata (maklumlah sepertimana maklum, aisya masih lagi belum bertutur sepertimana anak-anak lain ) tapi melalui isyarat tangannya menunjukkan ke arah/benda yang dia mahu. Contohnya, dah dua tiga kali ketika ibu sedang sibuk di dapur, secara tiba-tiba ibu terasa ada satu benda yang menepuk-nepuk lembut kaki ibu atau menarik-narik seluar/kain ibu dari belakang. Bila dilihat rupanya tangan kecil aisya. Bila ibu pandang dan tanya kenapa, mulalah dia akan menunjukkan apa yang dia mahu. Biasanya menunjukkan air-tanda haus atau depang tangan -mahu didukung. :) Comel sekali telatahnya itu. Cik til pun ada cerita pada ibu tentang perkembangan tersebut. Pagi tadi, dalam jam 3 lebih, ketika itu ibu sedang nyenyak tidur...terasa ada tangan menepuk-nepuk badan ibu. Bila mata dibuka, rupanya tangan kecil aisya. Setelah dibancuhkan susu dan diberi padanya, dia minum dan kemudian tidur semula.(paling baik, aisya tidak pernah tidur (dengan botol susu terbiar bersepah-air susu meleleh ke tilam) kerana dia akan memberi botol susunya kembali pada ibu samaada habis diminum atau xhabis diminum) Tanpa menangis malah terkedip-kedip matanya sewaktu melihat ibu membancuh susu untuknya. Mudah sungguh menjaga anak ini.  
Mungkin bagi sesetengah ibu lain, perkara tersebut remeh/ xhairan pun apatah lagi untuk anak yang berumur hampir 2 tahun yang selalunya dah petah bercakap. Tapi bagi saya, sebagai ibunya sangat gembira dengan perkembangan itu kerana itu bermakna anak saya aisya sudah pun pandai menunjukkan kemahuannya dan keinginannya walaupun dengan keadaannya yang terbatas itu.(tanpa bertutur)

Tuesday, February 22, 2011

Kata-kata tulus yang keluar dari mulut seorang anak kecil..


Anak-anak kecil xpernah menipu. Anak-anak kecil selalunya bercakap berdasarkan apa yang pernah mereka rasai dan alami.

Petang semalam, sewaktu menjemput kakak untuk pulang ke rumah...kakak berlari-lari mendapatkan ibu bila melihat ibu park kete depan umah tok abah. Tanpa sempat bersalam dan mencium pipi ibu dia sibuk memberitahu sesuatu :

Kakak aireen     : Ibu, ibu...dah besar nanti kakak nak jadi doktor.
Ibu                     : ??? (dengan muka kehairanan) Kenapa?
Kakak aireen      : Sebab kakak nak ubat aisya. Nak ubat ibu bila ibu sakit..bila babah sakit.
Sambungnya lagi : Kesian aisya. Nanti kakak dah jadi doktor biar kakak bagi aisya ubat. Kakak xcucuk
                            aisya. Aisya dah xpayah sakit lagi.
Ibu                     : Sapa ajar kakak cakap camtuh?
Kakak aireen      : Mana ada orang ajar. Tadi teacher tanya kakak kat school kakak nak jadi apa nanti bila 
                            dah besar kakak jawab lah kakak nak jadi doktor sebab kakak nak ubat aisya. Teacher
                            cakap good kat kakak. Bla..bla..bla..(punya seronok dia bercerita)
Ibu                      : (Sebak dan terharu... huhuhu) Baik anak ibu ni. Kalau nak jadi doktor, kakak kena rajin 
                            g  school. Kena belajar pandai-pandai tau.  

Anak sekecil itu (usia belumpun mencecah 4 tahun ) sudah pandai memikirkan masa depan untuk membantu  adiknya. Semoga cita-cita murni kakak terlaksana. Ibu akan selalu doakan kejayaan kakak. Kakaklah harapan ibu untuk menjaga adik bila ibu dah tiada nanti. ~mood terharu~

Anak saya yang bijak. Ibu loves u so much kakak (pic lama)


Monday, February 21, 2011

Layakkah saya digelar kuat? Maaf, saya tidak kuat! Yang kuat adalah dia...

Sebenarnya dah lama entry nih saya tulis (kira-kira 2 bulan lepas -iaitu selepas siri aisya admit wad selama 9 hari akibat diserang sawan)..dan sehingga kini saya masih lagi berkira sama ada mahu mem'publish'kannya atau tidak. Akhirnya setelah menimbang semasak-masaknya, saya rasa xsalah jika saya luahkan pada semua. Ini adalah memberi kenyataan balas terhadap semua komen, email dan pertanyaan yang telah diutarakan.
Kawan-kawan selalu sahaja mengatakan saya kuat..tabah, cekal. Luaran saya yang happy go lucky sering sahaja menggambarkan saya bagai xada masalah. Celoteh mulut saya dianggap ceria :) Ya, saya bukanlah seorang yang mudah menangis di hadapan orang lain melainkan jika hati benar-benar tersentuh. Hakikatnya?? Hanya tuhan sahaja yang mengetahuinya. Layakkah saya digelar kuat hanya kerana kelemahan yang terselindung itu? Kerana tanpa orang lain tahu sehingga ke hari ini saya masih lagi menitiskan airmata setiap kali memandang anak kecil saya itu apatah lagi bila memikirkan masa depannya. Seringnya saya tewas dengan airmata ketika dalam perjalanan pergi balik ketempat kerja-layan lagu time driving sorang-sorang, ketika mandi, ketika aisya xdapat melakukan perkara mudah yang saya ajar padanya, ketika aisya menunjukkan apa yang dia dah boleh lakukan (cth jalan aritu), ketika sujud kepadaNYA dan ketika berdoa memohon agar anak saya itu dilimpahkan redha dan rahmat dariNYA.
Ramai mengatakan saya seorang ibu yang kuat setelah membaca pelbagai kisah suka duka yang saya coretkan di blog ini berkaitan anak OKU/istimewa/cacat atau pelbagai lagi perkataan enak yang dilemparkan keatas anak comel saya sejak kelahirannya ke dunia ini. Berat mata yang memandang, pedih telinga yang mendengar tapi berat lagi hati saya yang menanggungnya. Tidak! saya tidak pernah menganggap kehadirannya dalam hidup saya sebagai satu beban malah saya berbangga dengan kehadirannya. Saya tidak kuat. Saya hanya menelusuri jalan yang telah tertulis untuk kami. Saya cuma berusaha untuk anak-anak saya. Dalam hati dan fikiran ini, saya hanya mahu yang terbaik untuk mereka. Saya buat apa sahaja yang saya belajar, dengar, baca serta fikirkan baik buat anak-anak saya. Saya ikut kata hati saya sebagai seorang ibu. Saya akui saya sebenarnya garang dengan anak-anak. Kalau boleh saya mahu mereka cepat belajar apa yang saya ajarkan (cth kakak : belumpun umur 2 tahun dah tahu baca A-Z, 1-10,Alif -Ya, beberapa doa ringkas, ulang baca cerita untuk ibu dan faham makna beberapa sebutan dalam B.Ing yang mudah). Awalnya saya juga mahu aisya seperti itu. Saya pernah stress dan menangis kerana berkali-kali saya dirikan aisya untuk melangkah namun dia duduk semula. Saya pernah menangis setelah memaksa aisya memanggil saya 'IBU' tetapi dia hanya diam membisu memandang muka saya. Biarpun ada ketikanya saya pernah jatuh tersungkur, terlentang, tertiarap tapi dengan semangat darinyalah saya kembali bangkit. Jatuh bangun adalah lumrah. Putaran itu seringnya berlaku dalam diari hidup seorang ibu seperti saya. Sukar mencari perkataan yang sesuai untuk saya ceritakan bagaimana betapa sakitnya, peritnya dan retaknya hati seorang ibu ini tatkala melihat kesakitan yang pernah anak kecil saya itu alami apatah lagi bila satu demi satu berita tentang kesakitannya dikhabarkan pada saya. Hancur remuknya hati saya pabila terpaksa mendengar berita demi berita yang mungkin berlaku pada anak saya seawal usianya lagi. Namun hati kecil saya selalu sahaja berbisik...insyaallah, Allah selalu ada bersama saya. Mungkin sekarang saya susah tapi akan datang anak inilah yang akan menyenangkan saya. Dan pasti ada rahmat yang diturunkan oleh Allah di atas kehadiranya kepada kami :) Saya yakin jika kalian berada dalam kedudukan seperti saya, sudah pasti kalian juga akan jadi seperti saya.
Yang kuat adalah anak kecil saya, aisya. Dalam usianya yang baru menginjak ke angka -2 itu, dia telah melalui pelbagai pahit getir ujian kehidupan. Berjuang dengan maut semasa kecil, pernah bergantung dengan mesin hayat, pernah merasai setiap kesakitan yang mungkin antara kita belum pernah melaluinya, pernah menjalani 2x pembedahan jantung yang nampak menyeksakan bagi kita yang tidak pernah merasainya, dicucuk seluruh salur darah yang ada - kesannya masih ketara di kaki tangannya sehingga kini, masih tanpa jemu terpaksa memenuhi setiap temujanji demi temujanji, ujian demi ujian yang dicadangkan keatasnya malah tanpa jemu, culas dan sebarang alasan terpaksa memenuhi jadual/program latihan yang saya ibunya sediakan sedangkan bagi seoarang anak kecil yang sebaya dengannya sepatutnya pada usia begini sedang riang berlari bermain meneroka dunia. Itulah dia aisya, anak kecil saya yang kuat, bukan saya ibunya yang hanya meminjam sedikit kekuatan yang ada darinya. Terima kasih atas sokongan dan dorongan dari kalian!
                                     Inilah dia anak kuat saya. hanya dia yang layak digelar kuat.

Kami bermula sekali lagi..

Oleh kerana tahap kesihatan kedua-dua anak ibu yang sudah semakin baik, ibu telah merencanakan agar
weekend kami dipenuhi semula dengan aktiviti-aktiviti yang telah lama kami tinggalkan oleh sebab-sebab tertentu. Maka weekend ini kami bermula sekali lagi melakukan semua aktiviti yang pernah kami lakukan dulu. Terapi berjalan aisya dan segala aktiviti bagi meningkatkan kekuatan otot dalamannya.
Bermula pada awal pagi, kami ke padang permainan melepaskan aisya belajar bertatih tanpa kasut di atas embun pagi yang masih segar. Walaupun masih takut-takut, jalan jatuh-jalan jatuh pastu kembali mengengsot (tang ini ibu geram) tapi aisya nampak seronok untuk melakukannya. Tambahan pula kami membawa beberapa peralatan mainan (bola, belon buih sabun) untuk mengujakannya berjalan. Bukan sahaja aisya, kakak pun riuh memekik suruh adiknya bangun berdiri, capai dan kejar belon :) terima kasih kakak sebab bantu ibu. Balik dari padang, aisya dimandikan, sebelum tu direndam dalam besen besar (tang ni paling dia suka - main air) dan kemudian sesi urutan seluruh badan pula dilakukan. Urutan lebih bertumpu pada bahagian kaki dan anggota-anggota sendinya untuk melonggarkan yang ketat dan menguatkannya. Part ni memang selalunya aisya sedikit kurang selesa. Mungkin kerana geli, sakit atau rimas dengan picitan-picitan dan gosokan yang dilakukan keatasnya apatah lagi sesi tersebut dah lama benar ditinggalkan. Rengekan-rengekan biasa berbunyi namun kami cuba menjadikannya suatu aktiviti yang menyeronokkan. Geletek paling dia gemar. Terkekek-kekek mulutnya walaupun suaranya jarang keluar. Selesai kesemua sesi tersebut, aisya kelihatan segar. Susu hampir 7oz berjaya dihabiskan (biasanya hanya 4-5oz sahaja) dan aisya tidur dengan lena sekali pada tengahari itu.
Petangnya kami ke taman permainan bermain dan mengajar aisya berjalan. Kali nih dengan memakai kasut (untuk membiasakannya).  Dari latihan di palang, ibu melepaskannya bertatih di atas rumput. Seronok sekali melihat dia cuba untuk mengimbangi badan dengan kaki kecilnya itu sambil kedua tangan mendepang ke depan. Comei sekali. Lebih kurang 45 minit di taman, kami ke kolam renang untuk sesi berendam pula. Anak-anak ibu paling gemarkan aktiviti air. Makanya sedari dalam kereta kakaklah yang paling xsabar bila ibu bagitahu nak ke pool untuk swimming (padahal sejak dari rumah ibu dah bagitahu). Di sana, kakak yang paling senang. Dia pandai membawa diri turun ke kolam (selepas salin baju renangnya) bermain sendirian dikelilingi anak-anak kecil yang lain. Adalah sesekali dia datang kepada ibu mengadu abang tu tolak dia atau kakak tuh percik air kat muka dia. Hihihik..adatlah kan? Dah namanya pun anak-anak kecil. Aisya? sudah pasti si kecil nih paling excited bila nampak air. Sebaik jer kakinya ibu cecahkan di permukaan air, dengan pantas kaki kecil tuh menendang-nendang air. Sesekali ibu terlentangkan dan meniarapkan badannya di dalam air. Kaki dan tangannya xputus mengayuh. Seronok benar dia berada di dalam air. Peruntukan masa untuk aisya bermain dalam air hanya 30 minit. Itu pun xsampai 20 minit, bibir, kuku kaki tangan dan kulitnya bertukar gelap kebiruan sehingga ada seorang ibu menegur melihat perubahan itu. :)
Kuku yang kebiruan
Malamnya kami hanya berehat kepenatan di rumah sambil ibu bacakan buku cerita pada keduanya (kakak paling suka aktiviti ini kerana mulutnya tak akan berhenti bertanya itu ini). Tak lama, kedua-dua mereka lena sendiri bersama botol susu masing-masing. Lena yang begitu dalam. Lena yang biasanya bisa meruntun hati ibu. Kalau boleh hari-hari ibu mahu aktiviti begini berlangsung. Ibu bahagia sekali melihat imej keseronokkan yang terpancar pada wajah mereka. Semoga apa yang ibu usahakan ini berbaloi untuk perkembangan mereka terutamanya aisya. Hanya itu yang mampu ibu buat untukmu anak-anak ibu. Sayang ibu pada kalian hingga nafas terakhir. Membesarlah dengan sihat dan bijak ye sayang.

Friday, February 18, 2011

Opthamology...

Baru balik dari temujanji klinik mata aisya. xpernah-pernah ibu selewat ini masuk kerja (kul 2petang). Sepatutnya ibu ambil cuti sahaja tapi awalnya sangkaan ibu temujanji paling lama pun jam 11 dah boleh habis. Rupanya jangkaan ibu jauh meleset. Nampaknya akan datang terpaksalah ambil cuti. Huhuhu..untukmu aisya, segalanya ibu sanggup nak.

Pagi kami bermula jam 8- menghantar kakak ke sekolah dan terus ke hospital. Setelah mendaftar kami ke klinik mata. Melihat pada no. giliran, kami pesakit yang ke 10. Di fikiran ibu, tentu xlama. Tunggu punya tunggu, punya tunggu ~ aisya dah habis round keliling klinik mata dan telinga, ibu dan babah sempat g minum kat cafe,  sampai aisya dah tidur dah pun, jam menunjukkan angka 11.30, no.giliran kami masih lagi belum dipanggil. Lamanya! Akhirnya hampir jam 12 barulah tiba turn kami (itupun aisya sedang tido, terpaksalah ibu kejutkan dia untuk pemeriksaan). Pakar yang merawat aisya kali ni sangat ibu respect. Dari awal cara dia menyambut kami, bertanya khabar, pendekatan yang digunakan untuk memeriksa aisya, cara dia memeriksa mata aisya tanpa guna sebarang bantuan lain yang menyakitkan(kalau dulu perlu guna sejenis alat besi bagi membuka mata aisya), kali ni aisya hanya perlu dibalut dengan selimut tebal supaya xmeronta kuat dan ibu babah dibenarkan memegang + memujuk aisya supaya membuka mata selain doktor tersebut juga banyak menggunakan kaedah psycho untuk aisya membuka matanya. Katanya, aisya dah besar, xelok guna alatan besi tu kerana boleh mengganggu emosi/fobia dan aisya akan ingat sampai bila-bila. Sangat berhemah! Terima kasih doktor kerana begitu prihatin. Cara penyampaian doktor tersebut dalam menerangkan masalah sebenar aisya juga saya suka. Terang dan jelas. Itu xbermakna aisya langsung xmenangis. Dia masih menangis tapi tidaklah seteruk dulu. Tambah lagi bila aisya mendapat 'upah' mainan daripada doktor pakar tersebut. Kami balik dengan ucapan terima kasih daripada ibu dan babah serta lerekan senyuman aisya selepas bersalaman dengan doktor tersebut.
Keputusan di klinik mata kali ini :
1.   Power mata aisya berkurangan dari 550 (kedua-dua mata) 3 bulan lepas kepada 400 hari ini.
2.   Keadaan bola mata dan struktur mata aisya normal
Paling menggembirakan, buat masa ini aisya tidak memerlukan bantuan kaca mata. Walaubagaimanapun, mengikut doktor, aisya masih ada kemungkinan rabun dekat (katanya normal bagi bayi yang lahir premature atau terlalu kurang berat badan semasa lahir) kerana bola matanya kecil dan pemeriksaan susulan masih perlu diteruskan sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun lagi. Diharap perkembangan saraf mata dan powernya akan bertambah baik seiring dengan peningkatan usianya.

Thursday, February 17, 2011

Kematian itu pasti tiba dan seringnya doa saya xpernah putus agar 'pinjaman' ini dipanjangkan tempohnya selama yang mungkin.

Tadi saya terima satu message yang mengejutkan daripada K.Nor, teman saya sewaktu kami sama-sama menunggu permata hati masing-masing di IJN untuk menjalani pembedahan (pada tahun 2009) mengatakan bahawa anaknya (darling) perlu dibedah sekali lagi dalam masa terdekat kerana pembedahan lama mengalami komplikasi (anak k.nor mempunyai masalah injap rosak - di tukar dengan injap lembu dan jantung berlubang yang kronik) Secara tiba-tiba kenangan di IJN menjelma dalam ingatan saya. Kami satu bilik malah bersebelahan katil. Satu bilik ditempatkan 4katil iaitu saya(aisya), k.nor(darling), k.zura(nafeesa), k.imah(danny). Ketika itu, hanya pada teman-teman dalam biliklah kami mengadu resah. Setiap luahan dan tangisan yang membasahi pipi, kami tidak pernah malu kerana kami senasib dan saling memahami. Jika seorang menangis, maka yang lainnya akan turut sama mengalirkan airmata. Malah ada ketika merekalah yang akan memeluk dan memberikan saya bahu mereka untuk dibasahi bagi menenangkan saya yang paling muda dan paling 'cembeng' antara mereka (thank's k.zura- you are like my mother). Sungguh terasa akrabnya kami waktu itu. Jika saya ke surau untuk solat, atau keluar untuk mandi/ke tandas, atau keluar untuk mengambil susu perahan saya di peti ais dan memanaskan susu untuk aisya, mereka dengan rela hati membantu saya menjaga aisya. Sungguh, hubungan yang terjalin walaupun tanpa sebarang ikatan darah ini sangatlah bermakna dan tidak akan saya lupakan seumur hidup saya apatah lagi hingga kini hanya aisya dan darling anak k.nor sahaja yang tinggal untuk terus berjuang demi meneruskan kehidupan di bumi Allah ini.
Kematian demi kematian ke atas 'anak-anak' saya (anak k.zura dan k.imah) hampir melemahkan saya. Arwah danny anak k.imah meninggal sewaktu usianya 19 bulan, setelah 3 bulan menjalani pembedahan manakala arwah nafeesah anak k.zura yang paling rapat dengan saya malah nafeesa sama-sama masuk ke dewan pembedahan dengan aisya, pergi meninggalkan kami sewaktu berusia 8 bulan iaitu  5 bulan selepas pembedahan demi pembedahan yang dijalankan ke atasnya akibat pelbagai komplikasi. Yang paling sedih seumur hidupnya dia hanya pulang ke rumah 1 hari setengah sahaja. Selebihnya hari-hari yang dilalui hanya di wad, ICU dan dewan bedah (IJN-Hosp.Putrajaya-HKL)
Arwah Arissa-zaidah, puteri kesayangan saya yang sama-sama bermastautin di NICU (satu bilik ngan aisya selama +- 4 bulan ~muda 2 bulan dari aisya) juga pergi meninggalkan kami. Selain k.zura, zaidah adalah bestfriend saya sejak di NICU sehinggalah kami sama-sama membawa anak kami keluar dari NICU (18/9/2009-2 hari sebelum sambutan hari Raya Aidilfitri). Setiap masa kami berbalas pesanan bertanyakan khabar dan ada ketika kami bertemu sewaktu temujanji di hospital. Kehilangannya ketika berusia 11 bulan sangat mengejutkan saya kerana 2 hari sebelum pemergiannya saya masih berbalas pesanan bertanya khabar arissa dan bertukar gambar si kecil dengan zaidah. Perginya hanya kerana demam. Sungguh, pemergiannya saya tangisi melebihi mummynya sendiri.
Berita-berita kematian yang saya terima itu automatik mengingatkan saya pada aisya. Saya akui saya juga pernah membayangkan saat seperti itu.. andainya terjadi pada anak kecil kesayangan saya. Mampukah saya melaluinya? Tapi melihat pada kekuatan aisya, hati saya bertambah yakin bahawa anak saya mampu meneruskan. Anak saya anak yang kuat! Maka saya juga perlu kuat dan berusaha mengubatinya.
Saya xmahu kesakitan itu ada lagi padanya. Saya tak mahu lagi menyaksikan detik-detik 'seksa' anak saya yang perlu bergantung hidup dengan bantuan mesin hayat! Telinga saya perit untuk mendengar bunyi-bunyi mesin yang ada di sekeliling anak saya, mata saya pedih melihat wayar-wayar yang berselirat di badan anak saya. Saya serik untuk melihat wajah lesu kepucatan anak saya yang menahan kesakitan dan saya juga xsanggup lagi untuk mendengar desah nafas serta tangisan halus dari mulut kecil itu seumpama mahu menceritakan kesakitan yang ditanggungnya. Saya sakit setiap kali melihat kesakitan dia. Sumpah...jika saya di beri pilihan lain saya tidak mahu anak saya melaluinya sekali lagi. Namun, saya hanya mampu berdoa, meminta agar dijauhkan. Kematian itu pasti tiba dan seringnya doa saya xpernah putus agar 'pinjaman' ini dipanjangkan tempohnya selama yang mungkin.

Pada k.nor - saya doakan agar segalanya selamat dan dipermudahkan. Sabar dan kuat ye kak. Andai kita dekat, pasti bahu ini saya sandarkan buat akak seperti dulu-dulu.
Pada darling - Darling anak yang kuat kan? Ingat kata-kata yang acik ayu pernah bisikkan di telingan darling dulu? Jangan sesekali putus asa. Terus kuat dan kuat tau. Doa Acik ayu sentiasa ada untuk darling. Insyaallah, acik ayu datang lawat darling nanti.
Pada k.zura, zaidah & k.imah - kalian tetap ada dalam hati saya. Terima kasih atas semangat dan kekuatan yang telah dipinjamkan. Semoga kalian tenang dan bahagia selalu. 'Keep in touch ya sis'.

4 September 2009 - Pediatrik Intensif Care Unit (PICU)
Pada anak-anak ibu yang telah menjadi bidadari syurga, xpernah putus doa ini ibu utuskan untuk kalian. Semoga kalian tenang di sana. Bergembira dan berbahagialah di sana sementara menunggu untuk menjemput kedua orang tua kalian nanti. Alfatihah.

Wednesday, February 16, 2011

Alhamdulillah..walau beribu malah berjuta permohonan (doa) telah dipinta, DIA masih lagi memberi.THANK YOU ALLAH!

Muka blur baru bangun tido selepas beberapa jam kepalanya terhempas kelantai.

Dah mula tersenyum bila diagah

Air hidung (selsema) yang masih belum sembuh. Alert dengan keadaan
sekeliling walaupun kelihatan masih lemah.
 Alhamdulillah...syukur yang tidak terhingga padaMu Ya Allah kerana masih lagi memberi dan memakbulkan setiap permohonanku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui di atas setiap apa yang Engkau janjikan pada kami hambamu yang lemah ini.
 
Ini adalah sambungan rentetan peristiwa entry lepas yang mana aisya jatuh terlentang ke lantai akibat salah berpijak ketika percubaannya untuk berdiri dan mengatur langkah. Alhamdulillah, beberapa jam selepas itu aisya bangun dengan senyuman. Tiada lagi tangisan. Betapa berbunganya hati ibu melihat senyuman itu. Dan kerisauan yang bermain di fikiran sedikit pudar walaupun masih ada kebimbangan yang bersarang. Moga anak ibu ini ok-ok sahaja.

Semalam, sambutan Maulidur Rasul. Pagi, kami hanya bermalas-malasan di rumah. Berehat dan menonton program tv bersama. Babah pula mengikuti perarakan Maulidur Rasul mewakili tempat kerjanya. Tengahari, kakak start merengek memujuk untuk mengajak ibu keluar bersiar. Kebosanan barangkali. Memandangkan kakak dan aisya 'baik' hari ini, demam juga sudah tiada, dan sudah lama kami tidak berjalan ke taman, so ibu katakan pada kakak petang kita keluar. Babah mencadangkan agar kami ke Taman Putra Perdana. So, petang tersebut kami menghabiskan masa bersama di taman. Jelas tergambar keseronokkan dua beradik tersebut. Kakak berlari berkejaran bersama babah manakala aisya sudah pastilah mengekek ketawa melihat kakak dan babah dari atas dukungan ibu (sekali-sekala dia menggelupur minta diturunkan nak main lari-lari gak. Hahaha..adik jalan pun belum boleh lagi sayang. Cepat-cepat boleh jalan ye. Barulah boleh main lari-lari ngan kakak dan babah.) Bila diletakkan ke bawah (atas lantai simen), bukannya dia nak berjalan malah dia mengengsot laju konon-konon nak main kejar-kejar ngan kakak. Comel sekali kamu aisya walaupun dalam keterbatasan itu. Sungguh, itulah antara priceless moment yang terindah dalam hidup saya sepanjang bergelar seorang ibu yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Hati saya puas melihat anak-anak saya menjerit keriangan. 2 minggu yang berlalu penuh dengan kesakitan dan tangisan (bukan sahaja anak malah ibu pun sama turut menangis) akhirnya petang semalam saya temui kembali sinar senyuman mereka. Semoga terus sihat anak-anak ibu. Ibu sayang sangat kakak dan aisya.

Alhamdulillah..Allahhuakbar!
UjianMu kuterima dengan Redha kerana aku tahu Kau takkan menguji sekiranya hambaMu itu tidak mampu untuk melaluinya. Dan aku juga tahu ujian itu menandakan Kau terlalu sayangkan kami malah mendekatkan lagi kami padaMu.
Terima kasih Ya Allah kerana menjadikan aku kuat dengan ujian-ujianMu itu. 
(sebaknya hati saat menaip entry ini)




Monday, February 14, 2011

~Bagai nak pecah jantung ibu~maafkan ibu ye sayang.

Sabtu - petang..(dalam lebih kurang 4.30petang)

Sedang kami asyik dengan urusan masing-masing...kebanyakkan penghuni dalam rumah tok abah sedang leka menonton televisyen, kami dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat diikuti raungan tangisan aisya. Time tu ibu berlari untuk mengangkatnya. Aisya jatuh terlentang dengan belakang kepalanya terhempas ke lantai. Aduhai wahai anak..mengapa terjadi begini? Bagai nak pecah jantung ibu mendengar bunyi kepalamu jatuh  seterusnya menyaksikan kamu dalam keadaan kesakitan begitu. Tangisan aisya agak lama mungkin akibat kesakitan yang melampau. Bayangkan sahaja kalau kita yang tua ni jatuh macam tu pun pasti mengalir airmata. Kasihan sekali melihat tangisan dalam sedu sedannya itu. Nenek menyuruh ibu menyapu muka aisya dengan air dan memberi aisya minum air ecpi namun dia menolak sekerasnya. Tok abah cuba untuk menuam kepalanya dengan kain yang disuamkan bagi mengurangkan benjolan dan kesakitan itu. Babah cuba mengambil untuk mententeramkannya namun semuanya hampa untuk mendiamkannya. Akhirnya untuk memujuknya ibu mendodoi aisya dengan memeluknya kedada sambil tangan mengusap-ngusap belakang kepalanya. Dan akhirnya dia terlena bersama sedu sedannya di atas bahu ibu :( Dalam ketakutan ibu memaksa supaya aisya di hantar ke bahagian kecemasan, namun babah, nenek dan tok abah meminta untuk ibu bersabar...melihat sekiranya ada apa-apa kesan akibat hentakan itu (seperti muntah atau sebagainya ) Malam itu aisya seperti biasa sahaja suhu badannya suam-suam dan dia batuk berpanjangan.

Aisya jatuh kerana dia cuba bangun dan bertatih sendiri namun kakinya tersalah pijak kain yang licin menyebabkannya jatuh terlentang ke belakang. Serius bunyi dentuman kepalanya sangat kuat. Sehingga cerita ini ditaip ibu masih risau memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku akibat dari hentakan yang kuat itu. Sedangkan menggoyang/mendodoinya dengan kuat (kata pakar audiologist tempohari ) boleh mendatangkan kecederaan pada otak, apatah lagi dentuman kuat tersebut. Sungguh ibu menyesal kerana membiarkannya sendirian ketika itu. Terasa kesalahan itu berpunca dari ibu. Maafkan ibu sayang. Doa ibu agar tiada apa-apa yang boleh merosakkan aisya lagi. Aisya kan anak ibu yang kuat!

Lena dalam kesakitan.

Masih dalam mood xsihat

2 hari bercuti, kami tidak kemana-mana. Tahap kesihatan aisya masih tidak memberi peluang untuk kami beriadah @ keluar berjalan dan melakukan aktiviti sosial seperti kebiasaannya. Malah, dah dah beberapa minggu aisya tertinggal dalam melakukan terapi/latihan/stimulasi seperti kelazimannya. Tiada lagi keluar untuk latihan berjalan di taman, tiada lagi aktiviti pijak embun pagi, tiada lagi sesi urutan, tiada lagi swimming untuk anak kecil itu. Malah hearing aid nya dah hampir 3 minggu tidak berusik. Mungkinkah semua ini bakal memberi impak besar pada potensi dan pencapaian yang telah aisya gapai sebelumnya? Doa ibu agar ianya TIDAK. Mungkin aisya akan sedikit lambat kerna perlu bermula kembali tapi diharap ianya tidak hilang begitu sahaja.

Sabtu malam ahad, aisya mengalami masalah kesukaran bernafas. Lekuk di dada yang dalam apabila cubaan menarik nafas begitu merisaukan. Mungkin kerana selsemanya yang mengganggu atau pun batuknya yang semakin teruk. Dan ibu sangat berharap agar ianya tiada kena - mengena dengan masalah paru-parunya. Terus-terusan dia batuk tanpa anak kecil itu sempat menarik oksigen baru masuk ke badannya. Rengekan dan tangisan sering saja kedengaran akibat ketidakselesaan itu sepanjang malam. Air suam dan susu juga ditolaknya mentah-mentah. Alamatnya kami satu rumah bergilir-gilir memantau aisya termasuklah tok abah kesayangan aisya. Tanpa mahu mengambil risiko, pagi itu ibu bawa aisya ke sebuah klinik swasta. Setelah diperiksa, doc mengatakan bahawa paru-paru aisya masih ok (tiada jangkitan kuman ) cuma kerongkong aisya dah bengkak dan merah menyala. Mungkin itu penyebab dia xmahu minum dan makan. Antibiotik yang diambil pada Rabu lepas ditukar dengan antibiotik baru yang lebih kuat kesannya. Tiada ubat selsema dan batuk yang diberi kerana menurut doc ianya tidak sesuai untuk aisya yang mempunyai operation history (4/9/2009 & 24/6/2010) kerana ubat tersebut boleh mencairkan darah dan berbahaya jika terluka. Ibu dinasihatkan agar memeriksa kencing aisya supaya air dalam badannya xkering. Sekiranya kering dan aisya masih xmahu minum, aisya perlu dihantar ke hospital segera untuk dimasukkan air.

Harap dengan antibiotik baru yang dibekalkan, keadaan aisya akan bertambah baik dan pulih. Doa yang tidak pernah putus untuk anak ini agar segalanya dipermudahkan.

Sewaktu menunggu untuk berjumpa doc di klinik.
"Cepatlah sihat wahai anak".

Friday, February 11, 2011

Satu hari yang penuh dengan tangisan

Entry yang panjang..(mesti penat nak baca)

Dah seminggu anak-anak ibu xsihat. Dan sejak Rabu lalu ibu mengambil cuti kecemasan untuk menjaga sendiri anak-anak ibu (xsampai hati pulak nak tinggalkan pada cik til bila tengok keadaan dua beradik yang terlalu lemah tuh lebih-lebih lagi aisya yang kerap merengek dan manja time xsihat nih.Lagipun cik til turut terkena tempias demam kakak dan aisya :( termasuklah babah. So, di rumah kami sekarang ni hampir semuanya xsihat kecuali ibu yang terus bertahan - sebab kalau ibu pun sakit, siapa yang nak jaga anak-anak ibu kan?) Kakak nampaknya hari nih dah semakin sihat walaupun xsepenuhnya ( dia paling susah nak bagi makan ubat. Rasa macam nak g berperang jer) manakala aisya masih juga lemah. Merengek sentiasa. Tidur berdodoi di atas lengan dan bahu ibu. Bila diletakkan dia menangis. Ada ketika suhu badannya normal dan secara tiba2 suhunya akan meningkat tinggi. Dan dah dua hari juga ibu terpaksa merendam dan memandikan aisya dengan air sejuk pada pagi-pagi buta ( 1-2 pagi ) kerana suhu badannya yang terlalu tinggi - 39++c sampaikan kulit mukanya dah macam udang kena bakar. Aisya juga tidur beralas kain tuala basah dengan hanya memakai pampers tanpa baju dan seluar. Kadangkala nampak dia menggigil tp ibu ingat kata2 doc 'luaran memang dia sejuk tapi dalaman dia panas sebenarnya'. Maafkan ibu aisya.



Rabu - kami ke klinik kerajaan di Presint 3, Putrajaya membawa kakak dan aisya. Setelah diperiksa, kakak perlu diambil darah untuk ujian dikhuatiri demam denggi. Aisya juga pada mulanya perlu diambil darah tapi apabila doc melihat kedua-dua tangan aisya, doc bagitahu dia bagi peluang hingga hari Jumaat..sekiranya masih xkebah selepas mengambil ubat dan antibiotik, barulah ujian darah perlu dilakukan terhadap aisya. Ini kerana menurut doc, kesan-kesan cucukan yang banyak di tangan aisya menunjukkan salur darah pada tangan aisya dah pecah dan dia kasihankan aisya yang kecik tuh. Huh, terima kasih doc yang baik hati. Syukur, result kakak tiada yang membimbangkan cuma kakak 'kering' kerana kekurangan air.

Semalam - pagi, kami memenuhi temujanji EEG test aisya di HKL. 1st time ke HKL kami terlewat 15 minit dari waktu temujanji jam 8 pagi. Mana taknya, kesesakkan lalulintas di Jalan Tun Razak satu hal walaupun kami keluar rumah awal, mencari Bahagian Pedeatrik pun dah satu hal, kemudian mencari parking pulak. Setelah mendaftar, kami ke bilik timbang ( berat aisya 7.2kg dengan ketinggian 75.4cm-untuk umur 1 tahun 11 bulan). Untuk ke makmal EEG juga kami melilau-lilau. Kami bertanya kepada 5 orang nurse/kakitangan di situ barulah sampai ke tempat yang nak dituju. Huhuhu..nasib baik xkena marah.

Cerita di dalam bilik ujian pun mengharukan. Aisya yang sememangnya kurang sihat diminta tidur. Puas dipujuk, di dodoi di tetap menahan mata dari lelap (walaupun sebenarnya dia memang nampak dah ngantuk) Akhirnya jalan terakhir ubat tidur diberikan. Untuk diberi ubat tidur juga radiologist terpaksa menelefon pakar setelah saya memaklumkan aisya mempunyai masalah jantung dan laporan yang dia baca dari Hospital Serdang mencatatkan aisya juga mempunya masalah paru-paru yang kronik. Beberapa minit menunggu, pakar sampai untuk memeriksa aisya dan bertanya beberapa soalan kepada ibu. Akhirnya..sejenis ubat di nyatakan sesuai untuk kondisi aisya diberikan sebanyak 4ml. Hampir 15 minit diambil untuk menidurkan anak itu. Setelah dia benar-benar lena, radiologist memulakan kerjanya dengan melekatkan sebanyak 26 wayar ke kepala aisya. Silapnya ketika wayar yang ke lebih kurang 20, sewaktu kepalanya disengetkan untuk melekatkan wayar di bahagian bawah kepala...aisya tersedar. Dari situ dia meraung, melalak dan menangis. Mungkin terperanjat, mungkin sakit, atau mungkin takut melihat oarng-orang yang tidak dikenali. Walaupun di beri peluang untuk menidurkan aisya namun aisya terus - terusan menangis sambil menarik wayar - wayar yang ada di kepalanya. Akhirnya 2 orang lagi kakitangan di makmal itu dipanggil untuk membantu. Untuk anak yang kecil itu, 4 orang diperlukan untuk memegangnya yang sedang meronta sehingga urusan melekatkan 26 wayar tersebut selesai dan seluruh kepala aisya di balut bandage agar wayar-wayar tersebut tidak tercabut. Raungan, tangisan dan rontaan aisya membuatkan hati ibu yang melihat sayu. Sungguh..retak benteng kekuatan saya menyaksikan kejadian itu. Saya minta untuk dipegang/didukung aisya ketika ujian mahu dimulakan. Melihat keadaan aisya, mereka membenarkan tetapi saya dikehendaki duduk diam memangku aisya di sebuah kerusi yang disediakan. Sangat mencabar kerana saya perlu memangku anak yang sedang tantrum tanpa perlu banyak bergerak sedangkan untuk mendodoi/mententeramkan aisya, selain dari memeluknya ke dada saya..saya perlu bergoyang dan menepuknya perlahan. Ujian berlangsung selama 45 minit dan hanya 10-15 minit terakhir sahaja aisya lena kepenatan manakala masa selebihnya dia menangis sakan. Aduhai anak, sakit pinggang  dan bahu ibu ini kerana kamu. Kuat sungguh kudratmu melawat ubat tidur itu sedangkan kalau anak-anak lain dah lama lena jika meminumnya. Urusan mencabut wayar dan membersihkan kepalanya juga kembali memainkan irama tangisan yang kuat. Sebelum balik, ibu sempat bertanya result ujian tersebut namun jawapan yang ibu terima menghampakan. Mereka tidak boleh memberitahu selepas laporan itu diserahkan kepada doktor pakar untuk menilai dan laporan tersebut akan dihantar kepada doktor pakar yang merawat aisya di Hospital Serdang. Moga keputusannya nanti baik- baik sahaja. Kami meninggalkan makmal tersebut dengan berbagai perasaan yang berbuku di hati. :(

Petangnya - ibu hampir sahaja lupa yang aisya mempunyai temujanji fisioterapi. Temujanji di jadualkan 2.30petang dan ibu tersedar jam 2.10petang. Ketika itu aisya sedang tidur tanpa mahu minum/makan apa-apa. Merajuk barangkali atau sememangnya dia fobia dengan kejadian pagi tadi. Pada mulanya ibu xsampai hati nak kejutkannya. Lagipun babah marah xkasi ganggu aisya yang katanya penat mengamuk seharian. Namun setelah ibu berfikir-fikir, ibu rasa sayang kerana ibu dah ambil cuti jadi peluang ini ibu xboleh abaikan begitu sahaja. (kami xpernah mis sebarang temujanji melainkan aisya dimasukkan ke wad ). Pada pendapat ibu, kalaupun aisya xnak buat excersice yang berat-berat, dia masih buat membuat latihan yang mudah dan rileks. Aisya ibu kejut dengan perlahan dan ibu katakan yang kita akan ke fisioterapi  untuk bermain. Alhamdulillah, walaupun lemah tapi dia xmenangis. Sungguhpun lewat namun kedatangan kami disambut oleh Pn. Hamidah yang menanti aisya dengan senyuman. Jangkaan aisya OK ternyata meleset jauh kerana sebaik diletakkan di atas playmat dari dukungan dia meraung. Dipujuk oleh Pn. hamidah dengan mainan dan bola juga tidak memberikan kesan malah dia terus-terusan menangis. Aisya-aisya. Ibu memberitahu Pn. Hamidah peristiwa pagi td dan keadaan kesihatannya yang kurang sihat itu lalu Pn. Hamidah memberi cuti pada aisya. Setelah diberitahu tentang perkembangan aisya yang terbaru, Pn. Hamidah menggalakkan agar aisya selalu di bawa ke taman agar ransangan kakinya untuk berjalan berkembang selain aktiviti berenang untuk kuatkan otot kakinya (yang dah lama kami tinggalkan atas sebab-sebab tertentu).Temujanji baru di buat pada bulan depan.

Ketika menunggu babah datang mengambil kami (babah dan kakak ke pejabat pos buat road tax). Ibu sempat berbual dengan seorang ibu. Tiba-tiba si ibu bercakap berkenaan dengan Program Kaunseling Terapi Pertuturan Untuk Ibu Bapa yang akan diadakan oleh Hospital Serdang pada 25 Februari 2011. Katanya percuma dan hanya 10 orang parents sahaja yang diambil untuk program tersebut. Bagaikan orang yang mengantuk disorongkan bantal, ibu dengan begitu bersemangat menggendong aisya + beg galas aisya memanjat tingkat 3 ke Bahagian ENT. Ibu tanyakan pada jururawat yang berada di kaunter tentang program tersebut dan alhamdulillah, syukur. Nasib ibu baik kerana hanya tinggal satu borang. Jururawat tolong ibu untuk mengisi borang tersebut dan setelah segala maklumat diisi, ibu diberi jadual dan surat berkenaan program tersebut. Gembira bukan kepalang. Dah lama ibu teringin nak pergi program sebegini. Dek kerana bayaran yang mahal dan beberapa masalah lain selalu sahaja niat tu tertunda. Akhirnya kini, Allah berikan laluan mudah untuk ibu. FREE lak tuh. Syukur Ya Allah. xsia-sia ibu bawak aisya ke fisio hari ni. Kalau kami xdatang pasti ibu xtahu menahu pasal program ini. Ada petunjuk rupanya.

Cerita tak habis disitu kerana setelah balik dari hospita dia mula mengamuk lagi. Kali nih salah ibu kerana lalai dan cuai. Ibu xtahu mana ibu letak/simpan putingnya. Alamatnya riuhlah rumah tok abah dengan tangisan anak itu (kalau di rumah sendiri xapa kerana koleksi putingnya sahaja ada lima- di dalam katilnya, di atas kabinet tv, tepi katil ibu, dalam handbag ibu, kat dapur) Didodoi sudah, diberi susu sudah namun tangisan makin menjadi. Akhirnya ibu sarung tudung, start kereta dan terus ke pasaraya cari puting. Balik ibu basuh dan rendam seketika puting dalam air panas dan akhirnya sebaik jer puting diletakkan kemulutnya, cepat sahaja mata itu tertutup dan aisya akhirnya hanyut dalam lena yang panjang bersama sedu yang belum hilang. Satu hari yang sangat memenatkan dan penuh dengan tangisan. Suara aisya pun dah serak-serak hilang kerana terlalu banyak menangis. Mujurlah suhu dia malam tadi xnaik.Cepat sembuh ye nak.

Tuesday, February 8, 2011

Ujian untuk ibu

Dah 3 hari anak-anak ibu xsihat. Inilah 'buah tangan' yang kami bawa balik dari kampung. Tulah, nak sangat tengok suasana banjir (walaupun sebenarnya kami langsung xjejak pun air banjir tuh)

Si kakak, aireen..dah 2 hari tak ke sekolah. Demam panas ditambah pula pakej batuk dan selsema. Suhu badannya berlegar di sekitar 38.2c-38.8c. Kesian kakak..dek kerana kepanasan dalam badan tu, muka, mata dan bibir semuanya merah. Tapi yang baiknya si kakak ni dia kurang meragam walaupun sakit. Dia hanya melepek terbaring lesu sambil sesekali kelopak mata terbuka nak lihat apa yang berlaku di sekelilingnya. Malam semalam badannya menggigil2. Katanya sejuk namun bila ibu rasa badannya panas. Sesekali dia merengek, tu pun bila terasa nak muntah @ batuk yang xhenti. (mungkin sakit sangat tekak tuh) Dan kakak kerap minta di mandikan walaupun kain basah xlekang dikepala dan badannya (panas dalam badan agaknya). Kesian kakak..cam dah lama jer xdengar mulut becoknya bercerita dan bertanya itu ini. Peralatan menulis dan mewarnanya juga xberusik seperti selalu.

Si adik, aisya pulak baru jer berjangkit demam ngan kakak 2 hari lepas. Haa..si adik ni kalau tak sihat, alamatnya memang asyik merengek. Kerjanya merengek, merengek dan menangis. Start malam tadi batuk dah bermula. Sampai merah padam muka dengan mata berair menahan batuk. Nafas pun dah mula cepat. Yang merisaukan adalah keadaan jantung dan paru-parunya. Ibu dah start pakaikan aisya in haler puff oren dan kelabu 4 jam sekali untuk paru-parunya agar pernafasannya lancar. Epilim juga xpernah lalai diberi mengikut aturan. Malam tadi tidurnya terganggu dengan batuk yang berpanjangan. Akibatnya, menangislah anak kecil itu. Nasib baik susu masih mahu diminum (makan? langsung digeleng tanda xmahu). Jika tidak lagi bertambah runsing hati ini. Suhu badannya pagi tadi 38.2c.

Hati ibu mana yang xsedih, xrunsing, xbimbang andai anaknya sakit? Penat? Letih? Stress? usah dikira. Jika menjaga seorang anak sakit pun dah macam-macam perasaan, inikan pula 2 orang yang mana seorangnya memang bermasalah kesihatan. Kadangkala benteng kesabaran runtuh juga melayan kerenah dan tangisan yang xhenti itu namun apabila melihat kesakitan si anak, tambahan pula bila sendirian di malam hari atau di subuh dinihari, mengelap kepala dan badan mereka dengan tuala basah...sebak mula menggunung...airmata juga begitu mudah gugur. Sayangnya Maha Besar Pencipta kepada ibu kerana mengurniakan ujian-ujian ini pada ibu. Allahuakbar! Hanya doa yang dipohon agar kesakitan itu cepat pergi dan digantikan dengan kesihatan yang berpanjangan. Ataupun biarlah yang menanggung kesakitan itu IBU, bukan anak-anak kecil ibu yang tidak berdosa itu.

Kakak, aisya...cepat sihat ye sayang. ibu rindu kelincahan kamu berdua :(

~Mood kelaut~

Sejak balik cuti CNY arituh, mood nak bercerita di blog hilang ntah kemana.Kepala lak semenjak 2 menjak ni asyik sakit jer.Berdenyut-denyut.So, 2 hari nih ibu hanya berblogwalking jer ziarah blog kawan-kawan.Bukan xde cerita yang nak ditaip.Banyak yang terjadi sepanjang 6 hari bercuti tu tapi bila mood dah kelaut, apa pun xjadi.Huhuhu...nampaknya hanya jasad jer yang berada di dalam pejabat nih sedangkan fikiran dan hati asyik teringat kat rumah.Bosannya!Tadi sajer gatal g buat check up tekanan darah dan jantung.Result tekanan darah ibu -atas 82, bawah 60 (tekanan darah agak rendah kata diorg) dan degupan jantung 80 (agak laju) Huh..sakit ker ibu nih?ishh, xlah kot.Ibu sihat dan sentiasa mohon agar diberi kesihatan yang baik supaya ibu boleh jaga anak-anak ibu.

Apalah cerita agaknya anak-anak ibu yang terlantar demam kat rumah tu yer?Cepat sihat anak-anak ibu sayang...rumah tu sunyi tanpa barangan mainan yang berterabur, buku yang bersepah dan jerit tawa kamu berdua.Ibu rindu! (nanti ibu updated kisah kakak dan aisya yeh, auntie-auntie semua).Minta didoakan agar kakak dan aisya cepat sihat.

p/s:Enchek rajin, cepatlah datang lawan malas nih.huhuhuhu...

Wednesday, February 2, 2011

Pertuturan...

Beberapa hari lepas saya ke Perfect ENT, Hearing and Speech Centre. Sebenarnya tujuan ke sana untuk mengambil hearing aid aisya yang di hantar servis 2 minggu lepas. Semasa di sana saya sempat berbual bersama dengan salah seorang audiologist yang sememangnya dah biasa dengan kami. Kebetulan tiada patient waktu itu. Perbualan kami yang mulanya berkisar dengan kesihatan aisya akhirnya melarat pada luahan perasaan saya berkenaan pertuturan aisya. Sungguh seperti yang saya pernah ceritakan..aisya jarang sekali membuat bunyi. Dia hanya diam bermain sendirian dan sesekali menjerit bila marah. Andai ada sesuatu yang diingini, dia akan menarik tangan kita dan menunjukkan ke arah apa yang dia nak atau tangan kecilnya itu akan menepuk nepuk kita untuk memberitahu sesuatu. Namun apabila menangis, teriakan dan laungan kuat bergema. Ntahlah..terus-terang sebenarnya saya risau sangat dengan keadaan tersebut(sebak mula meraja..payahnya saya bila bercerita pasal aisya, airmata pasti xpernah culas mengiringi. Andainya saya punya hati kering..sudah pasti saya xperlu sesakit ini). Menurut audiologist tersebut, insyaallah..sekiranya sering di ransang, aisya boleh bercakap kerana aisya bukan xdengar langsung namun sememangnya ia terlalu menuntut kesabaran dan waktu. Audiologist tersebut juga ada mencadangkan agar aisya dihantar ke kelas pertuturan persendirian /swasta dan jangan terlalu bergantung pada kelas terapi pertuturan di hospital kerajaan. Tahu sahajalah temujanji pertama di hospital untuk terapi pertuturan memakan masa lebih setengah tahun dan temujanji ulangan lebih 3 bulan sekali. Itu pun hanya untuk 1 jam setiap sesi. Satu jangkamasa yang xpraktikal bagi saya untuk anak kecil itu improve. Bukankah lebih baik dibuat kerap dan berterusan? Baliknya, saya singgah ke beberapa pusat pertuturan yang berdekatan untuk bertanyakan tentang itu. Masalahnya..yuran yang dikenakan sangat tinggi. Paling murah yang kami tanya, untuk sesi selama 1 jam bayarannya RM150. Mungkin kami mampu untuk membawanya sekali dua sebulan tapi apalah bezanya dengan terapi pertuturan di hospital jika peruntukan masa tersebut lebih kurang sama? Setidak-tidaknya aisya perlu ke terapi pertuturan setiap minggu. Owh...andainya saya mampu. Segalanya saya mahu tunaikan asalkan aisya dapat ke sana. Belajar bertutur secara berkesan selain kami juga melakukan latihan tersebut di rumah. Teringin sekali hati ini mendengar panggilan 'IBU' dari mulut seorang anak yang kini berusia hampir dua tahun! Ibu rindu panggilan itu darimu anakku.