Thursday, June 23, 2011

Alhamdulillah, akhirnya....walau belas di hati tapi kugagahi jua

Alhamdulillah...akhirnya ibu berjaya walaupun masih diperingkat awal.Harapnya akan berterusan dan tidak lagi kalah dek airmata dan esak tangisnya yang syahdu tuh.Huhuhuhu...maafkan ibu ye aisya.Ibu buat demi kebaikanmu jua.Nak tau apa yang ibu dah berjaya lakukan?Nampak memang mudah dan remeh tapi sedikit sebanyak mengganggu emosi beberapa pihak.Ada yang pertikai dengan alasan 'kesian, dia nangis2'.Tambah-tambah lagi bila melihat sikecik tu seakan-akan 'hilang' sesuatu.'Sesuatu' yang mungkin dah sebati dengannya selama 27 bulan.
Bermula 22hb Jun lepas, genap aisya 27 bulan (jumaat petang) selepas sahaja balik dari Terapi pertuturan....dengan semangat baru ibu nekad untuk memisahkan aisya dari puting kesayangannya.Petang tu jugak ibu kumpul puting-puting yang ada, ibu letak kat satu tempat dengan harapan nak sorok dari aisya.Tapi ibu silap..aisya nampak puting yang ibu letak kat atas kabinet dapur tu lalu dia tunjuk-tunjuk sambil mulut berbunyi 'uuu...uuuhh'- nak suruh ibu ambil.Memula ibu xlayan..ibu teruskan kerja-kerja memasak.Aisya dah start buat drama.melalak-lalak sambil jari halusnya tunjuk kat atas kabinet (ibu dah sorok lagi tinggi).Dek xtahan dengar dia menangis, ibu ambil satu puting..ibu lumur garam.Penuh kat puting tuh.Kemudian ibu bg kat tangan aisya.Dapat je puting terus dia diam dan cepat-cepat dia masukkan puting tu dalam mulut dia.Tapi.....(mesti aunty2 semua tgh bayangkan muka aisya time tu kan ;P ) hihihi...yer, dengan cepat jugak dia luah balik puting tuh.Ibu pun ambil dan cakap padanya 'puting dan busuk, xsedap'.ibu basuhkan mulut dia dan bagi dia minum air masak.Kemudian ibu bagi puting tu kat aisya (masih bergaram) ibu suruh dia g buang.Memula dia pandang jer muka ibu.Mungkin pelik atau mungkin sayang nak buang.Ibu duk ulang..'uwekk, puting dah busuk.xsedap.aisya buang yer' sambil ibu bawak dia ke bakul sampah.Last-last dia baling gak puting tu masuk bakul sampah.Nampak muka dia sedih tapi ibu buat-buat bodoh..ibu cakap 'good aisya.dah xpayah hisap puting yer.puting busuk, xsedap'.Dia pun masuk dalam umah, main cam biasa.
Malam tu nampak dia xberapa selesa sebelum tidur sebab xde menda nak nyonyot.Gelisah je kejap pusing sana, pusing sini.Pastu dia bangun g kat kabinet tv, rak mainan, meja solek ibu...nampak cam cari sesuatu.Kesian sangat.So far malam pertama ok lagi.Yang harunya hari ke-2 (Sabtu).Siang dia ok, xdelah tercari-cari sangat tapi bila dalam kereta dia tetiba menangis sambil tunjuk-tunjuk kat handbag ibu (sebab kalau keluar berjalan, biasanya ibu letak puting dalam handbag) Mungkin dia rasa janggal nak lalok-lalok dalam kete sambil pekena aircond xde puting.Letih gaklah nak terangkan kat dia, 'puting xde, kan aisya dah buang sebab puting busuk, xsedap'.Jenuh ar dia duk menangis tersedu-sedu.Malamnya nak tidur pun dia melalak jugak.Terpaksa ibu dodoikan dia atas lengan ibu untuk tidurkan dia (selama ni dia akan lena sendiri sambil golek2 nyonyot puting) Hari ke3(ibu terpaksa ulang lagi lumur garam sebab dia berjaya jumpa puting yang ibu xsorok), ke4, ke5 dia oklah sikit walaupun kadang-kadang nampak masih lagi tercari-cari kat tempat biasa ada puting.Hari ke6 petang semalam, balik jer dari kerja ibu tanya cik til...aisya ok tak?dia jawab ok.Tapi petang semalam gak ibu tertangkap aisya ambil puting baby rifaad masuk mulut dia.Nampak muka hilang rindu dia pada puting dari cara dia nyonyot puting tuh.Cepat-cepat ibu tarik dan cakap 'aisya..no puting lagi' (xnak biar lama-lama takut dia nak balik habit puting dia tuh). Nampak dia cam kecewa dan sedih tapi xmenangis.Dia pandang je muka ibu.Time nih...memang ibu tangkap syahdu.Dalam hati 'kesiannya aisya' tapi bila teringat balik kata-kata cikgu terapi terus hilang rasa kesian tuh.Huhuhu...maafkan ibu sayang...
Hari nih dah hari ke7 aisya xhisap puting.Harap-harap berjayalah tindakan ibu ni.Terus terang babah, cik til dan tok abah asyik sangat cakap 'kesian kat aisya' tapi ibu keraskan hati walaupun dalam hati ni sedih tak terkata tengok keadaan dia masa mula-mula.Alhamdulillahh..hasil dah semakin nampak bila dia semakin jarang tunjuk isyarat nak puting.Ibu xnak kalah lagi macam dulu.Semuanya demi kebaikkan aisya.Ibu nak aisya belajar bercakap.Biar xsama cam orang lain asalkan dia boleh menyebut sesuatu.Nak dengar sangat dia sebut 'IBU'.
Ibu bahagia lihat senyuman diwajahnya dan dengar tawa riangnya.

6 comments:

Azma said...

lama x jengah aisya..bagus tindakan ayu tu. Walaupun hati teramat2 kasihan kena tegas jugak kan.. demi utk dia yg tersayang jugak.. Tambah2 bila org sekeliling yg paling rapat dgn kita kurang menyokokng ketegasan kita tu.. Anyway, caiyookk utk ayu & aisya. Semoga berjaya!!

zura_habib said...

chaiyok ayu!

umi aiz said...

ala die ngs la...aisya da besar sayang, xleh hsap puntng da.malu kt aiz la...hehehe..

kak yu gud luck !!!

Noina said...

finally..hurm..ok lah tuh..aisya dah tak mintak sgt..Ayu kena kuatkan semangat k..Demi aisya..

Mawar said...

kak ayu,
teruskan, insyaallah ni yg terbaik buat aisya

Kerikil Kehidupan said...

huhu...teringat zaman nak pisahkan kak long dengan puting dulu...perasaan yg sama...nasiblah Iman dan Mira tak suka puting...pepun kuatkan hati yer ayue....