Wednesday, June 8, 2011

~Cerita satu hari~

~Kisah tentang semalam~

Klinik Pakar kanak-kanak.


Dari awal pagi kami berkampung di hospital.Hari nih ada follow up aisya ngan paeds dan temujanji terapi carakerja.Untuk kedua-dua temujanji nih, ibu sangat berpuas hati kerana banyak maklumat dan nasihat yang ibu terima berkaitan aisya.Huh...bila membicarakan tentang aisya pantas sahaja panas mata ini.Namun harus ibu terima dengan redha dan kuat demi aisya.Biar banyak manapun andaian, telahan dan rancangan yang dibuat, namun hanya DIA penentunya.Kita hanya merancang tapi yang menentukan segalanya adalah ALLAH yang Maha Esa.Menjejakkan kaki memasuki bilik pakar kanak-kanak kali ini, saya biarkan aisya berjalan sendiri.Biarpun terkedek-kedek (lambat) namun hati seorang ibu ini bangga untuk menunjukkan bahawa hari ini buat pertama kalinya temujanji paeds, anak saya berjalan dengan kakinya sendiri!Sebelum ini dia hanya berdukung atau paling tidakpun duduk di dalam stroller.Hanya mereka yang merasainya paham perasaan ini.Kami disambut oleh seorang pakar muda baru (doktor Ozryn) kerana ibu tidak pernah melihatnya sebelum ini.Seperti biasa, ibu ditemuramah serba sedikit berkenaan aisya.Rekod lama aisya dibelek-belek.
  1. Perkara pertama yang ditanya adalah tentang masalah pemakanan aisya.Beratnya hanya naik sendikit iaitu sekarang 7.785kg dalam usia 26 bulan++ adalah sangat tidak memuaskan.Malah graf yang ditunjukkan pada ibu masih berada pada bawah garis 'bayi kurang berat badan' ;( Lalu tiada cadangan lain selain temujanji dengan pakar pemakanan.Muscle langsung xada.Hanya tulang, kulit dan sedikit isi.Beberapa cadangan diberi untuk ibu cuba bagi menaikkan selera makan aisya.Aduyaii..masalah inilah yang selalu membelenggu ibu.Anak ibu sorang ni memang xsuka makan.Sekali dua suap dia makan, suapan berikutnya dia luah balik.Susu jer yang dia kuat minum sekarang.
  2. Pakar tersebut menyuruh ibu membaringkan aisya di atas katil rawatan untuk pemeriksaan.Ada kerutan pada wajahnya saat mendengar degupan jantung aisya.Ibu yang memang maklum tentang itu memberitahu memang 'murmur' aisya masih berbunyi.Namun dibalas dengan jawapan 'Tapi bunyinya kuat dan jelas.Kalau bayi/anak kecil lain, perlu berulang kali stetaskop diletakkan namun aisya hanya sekali!Puan nak dengar?'.Saya mengangguk.Selama ini saya hanya mendengar pakar mengatakan aisya masih mempunyai murmur walaupun telah dioperate jantungnya namun kali ini saya diberi penghargaan untuk mendengarnya sendiri.Ternyata yer....selain degupan 'dap' 'dup' 'dap' 'dup' ada bunyi lain yang kuat 'pssssssssssss' umpama bunyi gas/angin yang bocor.Pakar bertanya bila last temujanji dengan IJN, apa kata cardiolgy paeds di sana dan bila lagi temujanji berikutnya.Pakar perlukan report dari IJN segera.
  3. Kemudian aisya di periksa kepalanya.Alhamdulillah, tempurung kepala dah keras dan tertutup semuanya (dulu bahagian depan kepala aisya lembik dan tipis sampai ibu dulu takut nak sikat rambut dia, setiapkali dia bernafas..akan nampak jelas denyutan pada depan kepalanya.Jika jantungnya berdegup kencang, maka denyutan di depan kepalanya turut laju.Jika bayi lain 3 bulan atau mungkin 6 bulan dah keras - orang kata ubun-ubun namun aisya mengambil masa 2 tahun)
  4. Aisya diberi pen dan kertas.Melihat caranya memegang pen dan menconteng, pakar kata ok..nampak xde masalah ;)
  5. Mata aisya yang sememangnya sejak kecil sering berair dan bertahi mata pun di periksa.Pakar mencadangkan agar sample air matanya di ambil bagi dihantar ke makmal untuk diuji.Ini dibimbangkan adanya infection pada mata aisya.Sebelum ini ibu dah pernah memaklumkan, namun tiada tindakan diambil.
  6. Ibu ditanya tentang ubatan yang masih diambil aisya.Tentang multivitamin, tentang ubat inhalernya dan yang paling ditekankan Epilim.Ibu mengaku yang ibu selalu skip epilim (bukan xbg langsung) , ibu hanya mengurangkan  pengambilannya daripada 2 kali kepada 1 kali sahaja sehari kerana tak mahu aisya terlalu bergantung dengan ubat tuh setelah result EEG nya keluar mengatakan ianya 'normal'.Sekali lagi ibu silap.Kerana epilim aisya tetap perlu diteruskan sepertimana yang pernah dijadualkan dahulu.
Pakar itu meminta izin untuk keluar sebentar dan lebih kurang 10 minit kemudian dia kembali bersama pakar 'otai' yang sememangnya sangat ibu kenal kerna dialah yang merawat aisya sejak aisya menjenguk dunia.Dia adalah doktor Nujaimah, pakar yang menjaga aisya di NICU dulu.Malah doktor Jai juga digelar 'ibu angkat' aisya oleh nurse -nurse semasa di NICU kerana keprihatinannya dalam menjaga aisya sehinggakan walaupun dia ditukarkan ke wad pun, setiap pagi dia masih melawat dan menjenguk aisya.Betapa anak ini mudah membuatkan orang jatuh kasih padanya.
Ayat pertama yang keluar dari mulutnya 'Hai ariana, kenapa muka nampak kurus sangat nih?' sambil memegang aisya.Kemudian dia menjelaskan pada ibu tentang perkembangan kesihatan aisya.Antara ayat yang masih ibu ingat hingga kesaat ini, 'Ibu tahu kan masalah dan komplikasi ariana?Ariana banyak masalah kesihatan dalaman; jantung, paru-paru, otak.....ibu tahu kan result MIR dia?'cepat ibu mengangguk 'normal kan doktor?'. 'Ehmm..itu result EEG, saya bercakap tentang MIR'.Lalu dia membuka report MIR aisya.Ditunjukkan pada ibu keadaan otak aisya.Ada beberapa tanda hitam.'Ariana mempunyai beberapa kerosakan di bahagian otaknya dan itulah yang membuatkannya delay.So, kita xboleh mengambil risiko lagi.Ibu ingat kan fit yang aisya alami tahun lepas?Itu adalah fit yang teruk jika nak dibandingkan dengan anak-anak lain yang pernah mengalami fit.Ibu perlu teruskan epilim tu sehingga 2 tahun dan kita akan buat plan lain sekiranya ariana tidak mengalami fit lagi dalam masa 2 tahun.Kita bimbangkan sekiranya ada tekanan dan kejutan yang kuat maka cas-cas diotaknya bertindakbalas dan dia akan diserang fit yang lebih teruk.Risiko tu terlalu tinggi buat ariana.Ibu paham kan?'Lembut doktor Jai memberi pandangannya.Dan ketika itu juga airmata ini dah mula bertakung di kolam mata.

'Alhamdulillah, ariana dah banyak melepasi setiap kesakitannya.She struggle so much.Malah dia dah jauh lebih baik dari apa yang pernah didiagnosis padanya dulu.Lihat, dia boleh berjalan secepat ini.Dan dia nampak bijak.Ibu perlu lebih banyak bersabar.Teruskan rawatan dan terapi.Insyaallah,kita akan buat yang terbaik.'katanya sambil menepuk bahu ibu.Saat itu airmata ibu dah pun meleleh.'Terima kasih doktor.'
Kami keluar dari bilik doktor setelah bersalaman dan aisya mendapat ciuman daripada doktor Jai.

Terapi Carakerja.

Tak tahu mengapa, bilik ini yang paling aisya xsuka.Masuk sahaja kebilik terapi nih, matanya akan melilau memandang sekeliling.Muka nampak cuak sangat.Tangan ibu langsung xmahu dilepaskan.Aktiviti pertama aisya diberi wood block yang berwarna warna untuk disusun.Walaupun lambat, dia boleh melakukannya dengan sedikit pertolongan.Namun dia tak mahu menghabiskan susunan walaupun hanya tinggal 3 lane je lagi.Kemudian, diberi pula mainan berbunyi untuk aisya ketuk2.Setelah itu aisya di masukkan ke dalam kolam besar yang penuh dengan ratusan bola.Untuk aktiviti ini aisya 'failed' kerana dia terus-terusan menangis.Dia langsung xnak cuba mengeluarkan dirinya dari limpahan bola tersebut malah membiarkan badannya tenggelam.Hanya teriakan tangisan yang kedengaran dan tangan yang didepakan minta untuk diangkat.Menurut therapist, jika anak-anak lain...inilah aktiviti yang sangat digemari.Pasti mereka akan membaling bola-bola itu dan bermain.Tidak pula untuk aisya.Mungkin aisya takut, gayat atau sebagainya.Kemudian aisya dibawa pula ke bilik lain.Di sini dia diletakkan di atas buaian bulat.Reaksi pertamanya nampak takut tp 5 minit selepas tu dia rileks jer.Seronok barangkali diayun atas buai.Diam jer dia.Sehinggakan bila diturunkan untuk beralih keaktiviti lain, dia masih menunjuk buai tanda mahu naik buai lagi.Terpaksalah therapist bukak buai tu supaya dia xlari fokus.Aktiviti berikutnya 'ambil dan baling'.Mulanya balingan aisya dekat sangat.Tapi dah cuba berulang kali ada peningkatan pada balingannya.Berikut adalah kesimpulan yang dibuat:-
  1. Ada peningkatan pada 'balancing' badannya.Dia dah pandai untuk menyeimbangkan badannya sendiri.
  2. Penggunaan motor halus dan kasar juga bertambah baik.Perlu lebih latihan di rumah
  3. Tumpuan pada sesuatu juga meningkat
  4. 'Self confident' masih perlu ditingkatkan.
  5. Therapist turut memperkatakan tentang saiz/berat badan.Katanya berat 7.7kg tu untuk budak umur 7 bulan, bukan 2 tahun seperti aisya.Dia ada memberikan beberapa cadangan untuk menambahkan selera makan aisya.
  6. Perlu banyak komunikasi ringan dengan aisya supaya aisya belajar bercakap
  7. Aisya perlu dilatih agar tidak terlalu bergantung.Biarkan dia belajar melakukan sesuatu sendiri tapi dipantau.
Keseluruhannya adalah memuaskan.Untuk setakat ini, aisya umpama berada dalam tahap budak berumur setahun.Sepatutnya untuk umur 2 tahun aisya mesti dah boleh melompat, berlari, membuat balingan dengan jauh, dah boleh bertutur perkataan ringkas, enjoy dengan permainan-permainan baru (xfikir takut seperti dalam kolam bola) dan sebagainya.Namun menurut therapist perkembangannya tidak merisaukan.Perlu lebih banyak latihan.

 Tangisan dan ketakutan pada wajah aisya semasa berada dalam kolam bola
Aisya pulang dengan wajah lena yang kepenatan dan ibu dengan kepala merangka rancangan baru untuk aisya.Aduh...apa lagi yang perlu ibu lakukan?Segalanya ibu akan usahakan asalkan aisya terus kuat, sihat dan happy selalu.
Semoga segalanya dipermudahkan buat kami.

4 comments:

mama akid said...

menitis air mata baca entry ini..tp saya th aisya kuat...insyaallah aisya akan menunjukakan perkembangan positif buat ibu...

zura_habib said...

aisya! bola nie feveret habib tau..nape xsuka?
ayu kuat semangat ye...insyaallah aisya akan makin improve....

umi aiz said...

aduh sayu nye kak, moga jantung aisya cepat sembuh ye..aisya kuat ye sayang...suruh ibu beli bola wane wani tu byk2 kt umah kn.nnt aisya xtakot lg...

kak yu kuat kan semangat ye...

Kerikil Kehidupan said...

hehe...suka baca citer ayu pasal dr jai...actually rmh kwn baik akak merangkap keluarga angkat kat teras jernang rumah dr jai tu la...kami biasa panggil dia nanie...kakak dr jai tu bestfreind akak...rumah dialah akak menumpang masa akak dlm masalah dulu...dkt 2 bulan akak stay dgn diaorg...nanie byk bg sokongan moral kat akak...masalah iman pun akak byk refer dia...kalau Iman pulak biasa jumpa dr azyati kat spital serdang...

pepun akak doakan ayu kuat dan tabah yer...moga dipermudahkan jalan buat ayu dan aisya....