Wednesday, June 1, 2011

~Karya Seorang Anak Berusia 4 tahun~

Cuti sekolah dah pun bermula.Untuk tidak membuatkan si kakak kebosanan atau lebih tepat membuat onar (mengacau ganggu si adik) di rumah, Ahad lalu saya membelikan beberapa buah buku latihan serta senaskah drawing block dan satu set warna air untuk tujuan melekakan dia selain dapat menghabiskan waktu dengan berfaedah.Anak-anak saya (kakak aireen dan aisya) agak kurang menonton tv jadi kebanyakkan aktiviti mereka adalah bermain.So, semasa membeli...saya katakan pada kakak ' ibu nak tengok kakak lukis setiap hari satu lukisan atas buku lukisan nih.'
Dua hari saya tak bertanya tentang lukisan padanya tapi petang semalam....kakak datang kepada saya sambil membawa lukisannya.Lukisan pertama yang saya lihat agak mengejutkan dan membuatkan saya begitu bangga padanya :
 Helaian pertama dia menulis " SAYA SAYANG IBU, SAYA SAYANG BABAH, SAYA SAYANG ADIK"   :P
Dan yang membanggakan saya dia melukis 4 orang lidi yang mewakili KAMI : Ibu,Babah, Kakak (dirinya) dan Adik yang sedang berpimpinan tangan. Dalam usia 4 tahun kakak dah pandai melampiaskan erti KEKELUARGAAN & KEBAHAGIAAN.Sungguh ibu terharu!
Ini keseluruhan lukisannya.Ada sebuah rumah, ada pokok dan keempat-empat org lidi sedang berjalan ke arah rumah itu.

Ini pula helaian ke2.Aireen main cop2 tapak tangan of coz lah dengan bantuan cik til.Hihihi..Kata cik til, ni kakak buat time aisya tidur.

IBU BANGGA NGAN KAKAK!

8 comments:

zura_habib said...

suweeetttt!!!! pandaila kakak nie...

insan kerdil said...

terlebih dahulu mengenal...erti nya 'pengorbanan'.....

terlebih dahulu 'merasai'....nikmat nya kasih sayang...

biar pun dibanding pada usia....tetap yang akan 'terkesan' adalah 'pembelajaran'...dalam 'menzahirkan' tiap rasa...yang menjadikan impian untuk sama2 merasa....

dalam lengkap melengkapi....kan hadirnya bahagia.....pabila saling memberi dan menerima....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

umi aiz said...

how sweet.......

Kasih Ibu said...

bijaknya kakak...berbaloi2 ibunya beli drawing block dan kaler air..

seronoknya bila anak dah pandai tnjukkan rasa kasih mereka pada keluarga...xsabar nak tunggu haiqal membesar...moga bijak macam kakak aireen...

Mama2Q said...

bagus la kakak, penuh kecintaan pada ibu bapa dan adiknya...kalau mama2Q sure nanges if qaisara wat gni..tak sabo tunggu dia wat gak...mmuah utk kakak aireen..

CuppyCakeMommy said...

kakak aireen mmg ada bakat seni ni..future da vinci..

ummuharithasif said...

wah,pandainya kakak aireen...sweet sgt hasil lukisan kakak...mesti ubu sgt bangga dgn kakak...bsar nnti jga adik aisya elok2 ya ;)

PoohGumux said...

bangga kan kak bila tengok perkembangan minda anak2 ni..akif sekarang pun dah pandai conteng2 lukis bulat2...abis dinding di conteng nya huhuhu