Friday, June 17, 2011

Kecuaian Manusia - padahnya pada siapa?

Tak tau tajuk apa nak letak.huhuhu..


2 hari lepas, Jabatan kami digemparkan dengan satu kejutan iaitu isteri seorang pegawai dari bahagian kewangan kami meninggal dunia ketika melahirkan anak.'Mati' itu pasti akan datang tak kira di mana dan bila tapi yang dikesalkan adalah cara dan punca kematiannya.Faktor 'kecuaian pihak hospital' menjadi penyebab yang sangat membuatkannya terkilan.
En. Yoon (pegawai saya) adalah seorang yang sangat baik, tidak pernah berkira dan 'sporting' dengan pegawai bawahannya.Tak hairanlah dia sangat disayangi oleh pegawai-pegawai bawahannya.7 tahun masa yang ditunggu untuk 'ketibaan' orang baru dalam rumahnya.7 tahun masa yang agak lama yang bisa mengujakan untuk menyambut kelahiran.Namun 'ketibaan' yang disambut, 'pemergian' yang sampai.
15/6/11 tarikh yang pasti tidak akan dilupakan sepanjang hayatnya kerana pada tarikh itulah 2 nyawa kesayangannya telah direnggut pergi.Pergi yang xakan pernah kembali lagi.Tengahari itu, En. Yoon memberitahu yang dia akan halfday kerana menghantar isterinya (seorang guru) untuk check up kandungan yang telahpun berusia 9 bulan 2 minggu di sebuah hospital pakar swasta di Kg.Baru.(Sememangnya dia nampak happy dan suka bercerita tentang persiapan orang baru) Dan yang menyedihkan mereka masih lg sempat g shopping barangan bayi tengahari itu.Salah seorang rakan menceritakan bahawa sebaik bangun tidur, dia melihat ada misscall daripada En.Yoon dan sahabat tersebut telah pun menghantar pesanan 'Isteri En.Yoon dah bersalin ker?TAHNIAH!' dan beliau terkejut bila dibalas 'Anak dan isteri aku dah xde' ;(


Berikut adalah keratan akhbar (Sinar Harian) tentang berita lanjutnya :


PASIR PUTEH – Seorang suami bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur atas kecuaian kakitangannya, sehingga menyebabkan isteri dan bayi di dalam kandungan meninggal dunia.

Yoon Boon Chew, 35, seorang pegawai kerajaan dan bertugas di Kuala Lumpur berkata, beliau amat sedih apabila melihat sendiri bagaimana isterinya, Wikiam a/p Eh Pot, 35, diperlakukan semasa hendak melahirkan anak kedua mereka di sana.

“Kejadian ini berlaku dari jam 3.30 petang hingga 11 malam pada Selasa lalu sepanjang isteri saya menjalani rawatan di sana untuk bersalin.

“Pada awalnya, isteri saya mendaftar di sana selepas doktor mendapati mendiang sudah tiba masa untuk bersalin, pada masa itu kandungannya berusia sembilan bulan dua minggu,’’ katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumah mertuanya di Kampung Siam, Kertik Buluh, Cherang Ruku, Semerak di sini, semalam.

Menurutnya, semasa proses bersalin, beliau melihat kakitangan hospital tersebut berada dalam keadaan kelam kabut dan peralatan tidak mencukupi sedangkan ia adalah sebuah hospital pakar.

Boon Chew berkata, akhirnya sekitar jam 11 malam isterinya serta bayi di dalam kandungan disahkan meninggal dunia akibat dipercayai air ketuban mendiang memasuki ke dalam saluran darah dan terus masuk ke paru-paru sehingga menghalang pernafasan.

Beliau berkata, oleh kerana rasa tidak yakin, beliau telah membuat laporan polis di Kuala Lumpur dan membawa mayat isterinya untuk dibedah siasat di Hospital Kuala Lumpur pada pagi Rabu itu.

“Melalui laporan awal daripada bedah siasat tersebut, kematian itu dipercayai ada kebarangkalian seperti mana yang dikatakan oleh pihak hospital namun kemungkinan juga disebabkan kecuaian.

“Apa pun laporan sepenuhnya belum disiapkan lagi dan saya akan menunggu sehingga siap sebelum tindakan selanjutnya,’’ katanya.


Takziah dari saya untuk En.Yoon.Semoga tabah menjalani dugaan ini.

14 comments:

zura_habibhaariz said...

berdiri bulu roma sy baca..kesian dia...

Fysa Ismail said...

aduh kesian nye...hos pakar pulak tu yang cuai...emm

mama akid said...

seramnya...hospital pakar pulak tu..sepatutnya lebih bgus...

Anonymous said...

sampai sekarang air mata saya belum lagi kering...setiap kali tengok last call dlm phone saya masih ada nama "wikiam"..

sepupu yang dah mcm adik bagi saya...kelaianan agama sedikit pun tidak menjejaskan hubungan kekeluargaan kami.

doa saya semoga pemergian dia mendapat pembelaan yang sewajarnya........

ummuharithasif said...

sedihnya kan,mmglah ajal itu ditetapkan tp kecuaian tu sesuatu yg blh dielakkan,lbh2 lg hospital pakar...smoga suami itu tabah menghadapinya...

Saidati Farah said...

ajal & maut ditgn Tuhan.....cara kematian semua telah ditetapkan,berlarilah sejauh mana pn,ajal tetap akan dtg..xlambat & xcepat..takziah kpd kluarga Pn Wikiam..

Anonymous said...

Guru yang sangat berdedikasi, guru pengawas saya... Terima kasih guru..

Anonymous said...

she likes my sister..my mentor..seorg guru yang amat berdedikasi...jasanya tetap dikenang..

Anonymous said...

Rasa sedih..saya mendapat tahu ttg brita ini dary kakak saya, wan zahrah di seberang...pn.wikiam ialah guru kelas kami di SMKPW, Kg.Bharu...beliau seorang yg baik hati n berdedikasi..may God bless her..

Mawar said...

kak ayu, sy ada baca psl ni d paper, kesian dia, moga dia tabah menjalani hari2 medatang tanpa yg trsayang di sisi

Dayana Z said...

ksiannye.. kehilangan dua sekali.. semoga dia tabah..
akk,
dayana buat da ni,
http://herstylestoriie.blogspot.com

hee :) hrp dpt bg pndpt , maceh.

sarah-najwan said...

semoga suaminya tabah menghadapi..

Tika said...

Aduhai kesiannya... hmm pada saya, hospital kecik-kecik ni... janganlah pergi.. Mereka memang kekurangan peralatan. Bayar sama mahal dengan hospital pakar yang besar-besar.. tapi servis kurang. Hairan kadang, kenapa orang nak pergi juga.. hmm

Fara said...

As salam,

Walaupun telah setahun berlalu, takziah diucapkan kepada En Yoon. Saya sedang dalam usaha untuk mencari orang awam yang menjadi kecuaian pihak hospital untuk ditemubual di dalam sebuah program TV bertajuk "iKonsumer". Program ini diterbitkan sebagai panduan pengajaran dan iktibar kepada masyarakat di luar sana sebagai konsumer, tidak kira perkhidmatan, produk, makanan, barangan, dan apakah tindakan atau langkah2 yang perlu diambil jika konsumer tersepit dgn masalah2 seumpama ini. Kami juga mahu kisah seperti ini dijadikan peringatan kepada para peniaga/syarikat untuk tidak sewenang-wenangnya membuli masyarakat/konsumer.

Saya harap anda dapat membantu saya untuk berhubung dgn En Yoon untuk ditemubual dalam program TV ini. Saya boleh dihubungi di faraishak@gmail.com.