Monday, March 7, 2011

~Demam lagi~ :(

Minggu ini kami balik kampung di Labis, Johor kerana Pak Ngah aisya kahwin.

Sabtu - 5.3.11 (7.10pm), Suhu badan aisya tiba-tiba naik tinggi.Saya bagi dia ubat demam. Dia merengek dan masih merengek. Memang sejak malam sebelumnya begitulah keadaannya dan badannya suam-suam sahaja.Ke mana sahaja saya pergi dia tetap dalam kendongan (dukung).Langsung xmahu berenggang..tak nak orang lain memegangnya selain ibu.Sudahnya dalam riuh-rendah, hingar bingar orang sibuk kenduri di luar, kami hanya terperap dalam bilik sahaja.

7.30pm, saya mula perasan kuku kaki dan tangan aisya berubah biru.(sejukkah dia?kerana petang itu saya memandikannya)Aisya seakan-akan sejuk (tangannya kelihatan seakan menggigil).Ketakutan itu datang lagi. Saya berlari keluar untuk mendapatkan babah tapi babah aisya ke surau sembahyang berjemaah Maghrib. Aduh..sungguh saya macam orang gila ketika itu.Takut, risau, bimbang, gelabah dan bermacam rasa lagi yang bersarang.Bibir aisya juga turut berubah biru.Nasib baik babah balik cepat, xmenunggu Isyak. Kami bergegas ke klinik saat itu juga.Dalam kereta aisya nampak macam tidur namun gigil dia masih ada.Oleh kerana dah malam dan malam itu malam minggu, jadinya kebanyakan klinik sudah tutup termasuklah Klinik Keluarga yang biasa saya bawa aisya.Tiada jalan lain kami masuk jer ke sebuah klinik satu-satunya yang dibuka waktu itu.Sekali lagi timbul masalah kerana dalam kelam kabut itu, saya terlupa membawa beg tangan dan dompet saya. Makanya saya turut tertinggal mykid aisya. Dengan muka xmalunya saya masuk dan merayu di kaunter pendaftaran. Saya ceritakan segalanya yang berlaku. Mujurlah pekerja kaunter pendaftaran itu memahami dan kami dipanggil masuk ke bilik doktor terus sedangkan masih ada 3 pesakit yang menunggu.Ketika itu aisya dah nampak sedikit ok.Sedar dan dah xgigil.Doktor hanya bertanya kenapa, apa sakit dan cek suhu aisya. Bila saya bagitahu masalah aisya (termasuk medical history)terus dia cakap aisya perlu ditahan di wad dan mengarahkan saya ke Bahagian Kecemasan Hospital Segamat tanpa memeriksa aisya terlebih dahulu dan memberitahu saya apa keadaan aisya ketika itu.Saya yang tidak berpuas hati tetap bertanya kenapa dengan anak saya dan mana referral letter untuk kami ke sana?Jawapannya 'xperlu'. Huh..sakitnya hati saya ketika itu. Sepatutnya dia beritahu saya status anak saya dulu dan beri ubat bagi melegakan anak saya. Saya keluar dari bilik doktor tersebut dengan hati yang sangat ralat. 5 minit jer kami di dalam dan anak saya langsung xdiperiksa malah disuruh ke Bahagian Kecemasan Hospital Segamat!
Alhamdulillah, selepas keluar dari klinik tersebut, aisya nampak semakin baik cuma panasnya masih terasa.Dengan berbekalkan keyakinan, saya ambil risiko untuk tidak membawanya ke hospital seperti yang disarankan kerana hati saya mengatakan anak saya dah ok.Saya cuma singgah di farmasi dan membeli 'ubat punggung' dan coolfever.Dan sesampai di rumah saya jeram anak saya dengan air asam jawa.Alhamdulillah.. panas badannya surut dan dia tidur lena selepas itu. Syukur Ya Allah.

3 comments:

zura_habib said...

huhu...klinik mmg xnk amik kes..kt poutrajaya pun gitu haritu ms habib kena sawan...

ieda said...

ayu...alhamdulillah aisya ok.
being neutral..akak tak pasti apa dalam fikiran doktor tu.
biasanya doktor fikir the worst thing that can happen to the patient..jadi dia tak mau delay.sebab tu dia suruh terus ja ke hospital sb nak tulis surat semua tu will take some times...

on the other hand...akak rasa doktor tu tak appropriate jugakla sebab tak check aisya & tak explain betul2 kat ayu.dia boleh buat quick examination utk aisya.bab explaination ni sebenarnya sgt penting..so that parents boleh faham apa yg jadi kat anak dia & apa yg perlu dia buat.

Min said...

ayu... maaf, rasa mcm lama tak meninggalkan komen & kata2 semangat buat ayu n aisya. busy sket dgn mawaddah yg beru keluar hospital last week. she had a bad cough too for about 2 3 days. Alhamdulillah, dah lega.

moga ayu n aisya terus kuat ye... just ignore org punya mulut yg tak dak insurance. keep berdoa & berserahlah sepenuhnya kpd Dia. Dia yg memberikan kita anak2 yg amazing ini, jadi yakinlah yg Dia juga yg akan memberikan kita kekuatan, ketabahan & keberanian untuk menghadapi setiap ujian & cabaran... Insya Allah! Ayu kuat! Keep it up my dear!

love,
kak min, UK