Monday, March 21, 2011

Kita Meminta dan pasti ALLAH memberi... :)

Alhamdulillah, selepas siri demam yang berlarutan diikuti kesakitan kaki yang penuh dengan andaian dan teka teki...akhirnya 2 hari lepas anak kecil saya kembali lagi memulakan langkahnya.Biarpun masih tidak begitu stabil sepenuhnya dan jalannya agak terkangkang, namun dia ligat kehulu dan ke hilir.Dah xmahu mengengsot ok!Sungguh eksyen.Hahahaha..
Asyik bangun dan berjalan sahaja kerjanya 2 hari ini.hihihik..sangat senang hati ini melihat gelagatnya sekarang.Sungguh  comel sekali.Dan yang pasti dia dah xmahu dipimpin lagi seperti selalu.Bila didukung, dia akan menggelongsor minta diturunkan.Dengan kaki kecil dan langkah yang diatur penuh hati-hati..senyum mungil dibibir manisnya yang tiada henti membuatkan seisi rumah ketawa.Bahagia sekali.Hanya perkataan syukur xhenti diucapkan dalam diam.

Petang semalam diadakan sedikit kenduri kesyukuran dan doa selamat di rumah tok abah.Budak kecil yang murah dengan senyuman itu begitu riang sekali didukung babahnya menyambut setiap jemputan di muka pintu sambil tangannya turut sibuk dihulur untuk bersalaman.Ehmm..memang menjadi tumpuan sungguh dia pada majlis petang itu.

Alhamdulillah...'KITA MEMINTA dan pasti ALLAH MEMBERI'.Insyaallah!

Kasut 'crok' saya yang besar dan longgar tapi comel!hihihi..

Kaki budak 2 tahun yang baru nak berjalan.

Tengok tuh..ragam dan senyum mungil yang bisa buat
ibu geram nak menggomol budak kecik ini.

7 comments:

Yana@Noni said...

Cute la kasut Aisya...sama pattern cam kasut Kak Humaira...hehehe...moga Aisya sihat selalu k...

Mama Q said...

Alhamdulillah Aisya dah sihat sepenuhnya..

Yasmin Nabilah.. said...

Aisya tahu dia nk celebrate besday dia minggu ni..tu yg dia dah sihat tu..hehe

umi aiz said...

alhamdulillah...sht da aisya...comel nye die..

nuyin2u said...

celebrate birtday? sama ngan kak nurin ecah la...

ieda said...

jalan elok2 aisya...
ayu..tgk2 sama kat kaki aisya bila pakai kasut jenis ni.dulu nabila pernah pakai.tp bila dia jalan banyak,ada lepuh kat bhg tepi kaki...kat tempat yg kena button sebelah dalam kasut tu.
kaki aisya berapa inci panjangnya?dulu akak dah tanya tp lupa kat posting mana...hihi.

Mawar said...

kak ayu,

happy birthday buat aisya

doa dr kami sekeluarga sntiasa mengiringi prjalanan hidup anak ini