Tuesday, March 1, 2011

Sekali lagi ianya terjadi :(

Melihat wajah tidurmu ketika ini membuatkan hati ibu kembali sebak.Mengapa ianya terjadi lagi disaat hati sedang berbunga ceria?Disaat dia baru mendapat 'kaki'nya.Di saat segalanya nampak kembali sedia kala?

'Ya Allah, kuatkanlah hatiku menghadapi ujianMu.Kuatkanlah anakku.Tiada yang lain kumohon melainkan kesihatan anakku.Janganlah Kau ambil apa yang telah dia capai.Kasihanilah anak kecil ini Ya Allah.Hanya PadaMu aku hambamu yang lemah ini memohon.Engkau Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.'

Tengahari tadi (1.05pm), ibu terima panggilan dari cik til yang kelam kabut mengatakan badan aisya panas sangat (39.1c) dan aisya seakan tersentak-sentak.Saat itu juga terasa berderau darah ibu, jantung berdegap degup, ibu jadi xtentu arah.Serba xkena jadinya.Nak buat itu salah, buat ini pun xbetul.Kalau setakat suhu tinggi sahaja ibu masih boleh berfikir dan bertenang tapi mendengarkan perkataan tersentak-sentak yang diucapkan cik til buat ibu mahu menangis.Aduhai..kalau dapat ibu terbang padamu saat itu nak.Pada cik til ibu arahkan supaya membuka semua baju aisya dan merendamnya dalam air sejuk (yer..biasanya itulah yang ibu buat setiapkali suhu badannya naik memuncak).Ibu call babah supaya balik segera sementara menunggu ibu sampai kerana perjalanan KL-Putrajaya paling laju/cepat yang ibu leh sampai pun dalam 35minit.Itupun kalau xjem.Itulah sebabnya ibu memohon sangat pertukaran tempat kerja supaya ditempatkan di Putrajaya tapi permohonan pertama ibu GAGAL kerana tiada kekosongan dan bagi jawatan tertutup seperti ibu memanglah payah.Setiap 10 minit ibu bertanyakan keadaan aisya.Risaunya hati ini bukan kepalang.
Sebaik sampai aisya sedang lena tidur dipangkuan cik til setelah kepenatan berendam bersama lolongan tangisan yang tiada henti.Hampir setengah jam berendam kata cik til.Nampak kulitnya kecut.Menurut cik til lagi, aisya menangis merengek xhenti dari pagi.Aduhai anak..mahu dikejutkan kasihan lalu ibu biarkan dia lena.Perlahan-lahan ibu angkat dan letakkan di tilam.Langsung tidak sedar.Ya Allah sayunya hati ini.Suhu badan diambil -38c.Masih demam....

'Segeralah sihat sayang.Jangan buat hati ibu gundah gulana begini.Ibu benci lelehan airmata ini.Hapuslah airmata, gantikan ia dengan senyuman.'

9 comments:

zura_habib said...

alahai ayu..bhyala kalau tersentak2 tu..risau plak rasa...bwk gi klinik pun rasanya sama sajer ubatnya...smg aisya baik2 sajer...

Yasmin Nabilah.. said...

hurm..bila demam..tu la perkara pertama yg paling ina takut. yu..kalau nmpk tak ok..hantar spital ek..amik video skali..

Ummi Alisya said...

alahai..aisya demam ye nak. sabar ye yu... ummi doakan cepat baik ye sayang.

** kalau ita, ita lumurkan nivea cream yang kak raw guna tu taim demam2 camni. memang berkesan panasnya turun... sebab nivea tu menyejukkan badan. lumur kat ketiak, celah2 peha, kepala, tengkuk... kalau ayu nak cuba, cuba lah.

cepat baik ye nak... amin!

Mama Q said...

sana-sini dgr anak2 demam...anak mama si Ratu 'Ain pun demam....cepat sihat yer sayang aisya...sihat la semuanya.

ieda said...

cepat sembuh aisya...umur macam ni mmg mudah kena demam.ayu bg PCM tak?

Jue-Isteri_Ibu said...

Ya Allah, Engkau sembuhkanlah anak ini. Sabar yer, ayu..

MommyAqil said...

Semoga Aisya cepat sembuh..Ya ALLAH engkau hapuskanlah segala kesakitan yang dialami oleh si anak ini Ya ALLAH..Amin..

umi aiz said...

demam lg ye aisya yg cantek ini...
ya allah ko sembuhkan lah anak ini dari demam dan kuatlah anak ini dengan sakit yang sedia ada..dan moga kak yu tabah n kuat semangat..

hugs dr umi sha n baby aiz ye aisya..

ummuharithasif said...

mmg sedih sgt bile anak demam..mga si cantik aisya cpat2 sembuh..