Thursday, March 3, 2011

Ujian demi ujian tanda sayangnya DIA kepada kami??

'Sudah jatuh ditimpa tangga'.Itukah perumpamaan yang sesuai buat kami waktu ini?Entahlah..fikiran saya kusut, serabut dan kacau bilau saat ini.

Pagi tadi saya menghantar kakak kerumah tok abah dan meneruskan perjalanan ke pejabat dengan linangan air mata yang tidak henti.Mengapa sayu benar hati ini pagi ini?Bukan kerana putaran lagu yang menyedihkan (kerana satu apa pun yang berputar di radio ketika itu tidak melekat dalam otak saya!), bukan juga kerana saya sakit tapi kerana anak kecil saya.Fikiran saya masih memikirkan tentangnya.Di mata saya masih jelas terakam aksinya pagi tadi yang terkial-kial kepayahan dalam cubaannya untuk duduk dari berbaring terlentang.Lalu dia menangis.Mungkin marah kerana susah nak bangun dengan keadaan kakinya begitu ataupun sakit yang mencengkam pada kakinya itu.Ntah..saya xtahu!Saya tidak tahu kerana anak saya masih belum pandai bercakap.Malam tadi juga tidurnya sekejap-sekejap terganggu dengan rengekan dan suhu badannya juga meningkat semula ke 39c.Kalaulah aisya pandai berkata-kata, pasti semuanya menjadi mudah.

Dua hari lepas, Selasa-saya dikejutkan aisya demam panas diikuti keadaannya yang 'tersentak-sentak'.Melihatkan keadaannya yang semakin baik pada malam dan pagi, saya memutuskan untuk bekerja.Tapi jam 9.40pagi semalam, Rabu- saya sekali lagi dikejutkan dengan panggilan telefon mengatakan kaki kanan aisya 'nampak lain' dan dia langsung xboleh berpijak/berdiri.Menangis sejak bangun pagi.Hanya mahu berdukung/diriba.Terdengar suara lolongan tangisan anak kecil itu di corong telefon.Aduh..sekali lagi saya berkejar balik untuk melihat keadaannya.Sebaik sampai saya lihat anak saya masih lagi tersedu-sedu menangis (mata pun dah bengkak).Bila dilihat kaki yang dikatakan sakit itu nampak urat2 biru timbul dan bengkak.Mahu memegang kakinya saja dia dah menangis.Saya terus mengangkatnya dan kami ke klinik.Mulanya saya mahu ke klinik kerajaan saja tapi memikirkan pasti menunggu lama dan anak saya yang masih menangis kesakitan, saya menuju ke klinik swasta sahaja.Di sana doc memeriksa dan beliau mengesahkan agar kaki aisya perlu dixray.Doc tersebut hanya membalut kaki aisya dengan bandage dan memberi ubat tahan sakit.Sudahnya hospital juga tempat kami :( Setelah diberikan ubat tahan sakit dan melihat dia lena, saya putuskan untuk ke hospital petang-menunggu babahnya habis kerja dan saya sendiri bergegas kembali kepejabat kerana masih ada kerja penting yang perlu diselesaikan.Namun setiap setengah jam saya pasti menelefon bertanyakan keadaan aisya dan jawapan yang saya terima dia ok dan masih lena tidur cuma sesekali keadaannya seperti menahan kesakitan.Tengahari, sewaktu saya sedang berfikir untuk mencari seseorang bagi bertanyakan pendapat, tiba-tiba saya terima panggilan dari ina ibu nabila.Satu kebetulan yang baik.Pada ina saya ceritakan segalanya dan pendapat ina saya perlu segera kehospital.Bimbang keadaan itu berkait dengan 'tersentak-sentak' aisya.Aduh, mengapa saya tidak terfikir tentang itu?Secara automatik, mudah sekali airmata ini mengalir.Takut?Bimbang?Semuanya bercampur baur.Terima kasih ina kerana mengingatkan ayu.
Tanpa bertangguh lebih lama, petang itu juga saya balik awal dan membawa aisya ke bahagian kecemasan dan trauma.Beberapa kali pakar bertanya adakah aisya jatuh tapi jawapan saya tetap juga tidak.Aisya dibawa ke bilik x-ray dan resultnya tiada retak atau patah yang kelihatan.Doc juga buntu.Berkali-kali kaki aisya dibelek, ditekan dan disuruh berdiri juga berjalan.Dalam tangisan aisya dipaksa juga melangkah setapak, dua tapak dan kemudian aisya jatuh.Kakinya nampak menggigil.Aduh sakit sungguh kamu wahai anak.Pakar orthopedic dipanggil ke Bahagian Kecemasan untuk melihat keadaan kaki aisya.Sekali lagi aisya disuruh kebilik x-ray.Kali ini kedua-dua kakinya di x-ray sehingga pangkal paha.Setelah 3 kali x-ray diambil, barulah keputusan diambil.Kaki anak kecil saya aisya perlu juga disimen walaupun result x-ray tidak menampakkan sebarang patah @ retak kerana menurut pakar tersebut biasanya kaki anak kecil memang sukar nak tengok patah @ retak sebab xnampak.Simen jalan paling selamat.Akhirnya kami pulang dengan kaki aisya yang bersimen dan keletihan yang amat.Dari petang membawa ke hampir tengah malam di Bahagian Kecemasan, Hospital Serdang tanpa makan dan minum.


*** Baru call cik til.Katanya kesian aisya kerana xmampu bergerak bermain macam selalu.Sesekali dia merengek.Marah mungkin.Semuanya kembali terbatas.Dia hanya duduk di mana orang letakkan sahaja.Berkali-kali dia cuba mengengsot namun kaki beratnya itu payah diangkat tarik apatah lagi untuk bangun berdiri macam selalu.Dari berbaring nak bangun duduk juga nampak sukar.Suhu badan suam-suam.Aduhaiii..retak lagi empangan tubir mata ini.Sabarlah sayang.. itu tandanya DIA sayang sangat pada aisya.Kita berserah ye nak.

9 comments:

oli said...

poor little aisya...
kesiannya...tak tau nak cakap apa...
harap aisya cepat sembuh dan harap ibu aisya tabah tabah dan tabah!!!

Yasmin Nabilah.. said...

Smlm nk tepon ayu..nk tanya ttg aisya.tp dah mlm..tadi nk call ttgl hp plk..

aduhai..doktor terus simen?hurm..takpe yu..mgkin betul aisya menahan sakit.at least simen buat dia lega.mungkin btl kata doc.benda tak nmpk. kalau tak gi kursus ni..ina dah gi dah tgk aisya dah..jaga diri yek aisya.ayu tak mo sedih2 k.apa2 nanti ina call..

Mama Q said...

bergenang air mata mama q dgn keadaan aisya....moga cepat sembuh

ummuharithasif said...

sangat sedih mlihat keadaan aisya...moga Allah permudahkan urusan k.ayu sekeluarga,doa kami dari sini smoga aisya cpat sembuh dan baik2 nanti...amin amin

insan kerdil said...

biar pun masih lagi dibawa oleh 'rasa' dan 'kesakitan'....tetap sedaya mungkin mengutip tiap kekuatan yang tersisa....untuk yang tersayang.....

pada ketika langkahan diatur....meneruskan perjalanan kehidupan atas nama suatu perjuangan.....datang pula ujian....menguji kepercayaan dan keyakinan.....yang sedang dipertahankan....

begitu pun....kerana percaya dan yakin.....kata putus bukan lah di tangan makhluk.....kerana apa jua yang ditentukan....adalah hak milik mutlak Penentu....yang Maha Mengetahui...Maha Menyayangi....

kepada-Nya diri memohon....agar tiap ujian yang datang.....diberikan juga kekuatan....untuk diri menghadapi...dan jangan lah sesekali Dia memalingkan kasih sayang-Nya....dan semoga diberikan petunjuk...panduan....agar sentiasa di dalam perlindungan-Nya....dan dipermudahkan segala urusan......

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam....

zura_habib said...

owh mcm mana leh jadi mcm tu...so sori ayu xtau plak keadaan aisya mcm tuh...smg aisya cpt sembuh..hug n kiss 4 ur lil doter...

umi aiz said...

sayu nye hati ni tgk keadaan aisya...
kak yu, moga kuat & tabah ye..ujian dariNya....
aisya sayang, jaga dr ye, tak mahu byk2 gerak nanti simen tu pecah/retak kena simen balik..moga aisya cepat2 sembuh ye nak...
hugs from umi sha n baby aiz...

MaMaNuRiN said...

maaf ayu..maafkan mamanurin yer aesya sebab ambil masa untuk membaca coretan ibu..

aesya kuatkan sayang, kena kuat untuk ibu, utk babah dgn kakak..good girl kan so cepat pulih yer. Doa mamanurin senantiasa dengan aesya.

MommyAqil said...

YaAllah sedihnya tgk Aisya..Sabar yer kak ayu..Allah lebih tahu segala-galanya..Semoga Aisya kuat dan cepat sembuh!!